• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Permulaan Kalendar Gregorian: Bagaimana Ia Mendapat Nama?

27 October 2014 By Azeni Ahmad 4 Comments

Salam Maaf Hijrah 1436 buat semua pengunjung blog saya.


Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru bagi masyarakat Islam. Azam tahun baru macamna tue?  Hehehe..

Selamat Tahun Baru Islam
Tiba-tiba saya terasa ingin tahu tentang kalendar yang kita digunakan sekarang iaitu satu kalendar omputih dan kalender Islam kan. 
Bagaimana permulaan kalendar itu sendiri dan berasal dari mana? Bulan-bulan yang kita selalu sebut tue sebenarnya merujuk pada apa kan. Jom saya kongsikan sedikit input yang saya dapat.  
Korang tahu tak kelendar yang kita gunakan sekarang adalah Kalendar Gregorian ataupun dikenali Cristian Calendar. Kalendar Gregorian nie diperkenalkan tahun 1582. Sebenarnya ada beberapa kali calendar yang kita gunakan sekarang telah diubah hinggalah apa yang ada hari nie. 

Nak diikutkan banyak agama ataupun bangsa membuat calendar sendiri mengikut kepercayaan masing-masing sejak dari zaman dahulu lagi. Antara tamadun yyang terawal seperti Sumeria ada  12 bulan dari 29 atau 30 hari masing-masing seperti kalendar sekarang kita gunakan. Manakala bangsa Maya pun ada aplikasi 2 kalendar tahunan yang berbeza. Masyarakat beragama Hindu ataupun Islam ataupun Buddha masing-masing ada pengiraan masing-masing berdasarkan sejarah yang telah berlaku terdahulu.

Nak tau tak apa maksud nama bulan January, February, March hingga ke December tue? Jom saya kongsikan apa yang saya jumpa kat cik Google. Hehehe..
Permulaan Kalendar Gregorian: Bagaimana Ia Mendapat Nama?
Nama-nama bulan nie sebenarnya adalah dalam bahasa Latin tau bukan bahasa omputeh pun. 

1. January (Januarius) – dinamakan sempena dewa Janus iaitu dewa bagi agama Rom purba iaitu dewa permulaan. Dikatakan dewa ini mempunyai dua wajah iaitu wajah untuk melihat masa depan dan masa lampau. 

(Mungkin yang kita tengok pada mana-mana bangunan tinggalan sejarah, ada diukir patung berbentuk muka pada pintu-pintu utama masuk itu adalah dewa Janus kan)

 

2. February (Februarius) – diambil sempena Februa iaitu salah satu upacara ritual permurnian bagi masyarakat Rom. 

3. March (Martius) – dinamakan sempena dewa Marikh iaitu dewa perang pada zaman awal Rom.

 

4. April (Aprilis) – dinamakan sempena dewi Aphrodite iaitu dewi Yunani untuk dewi cinta, cinta, seksi dan kesenangan. Menurut liad Homer, dewi Aphrodite adalah anak kepada Zeus dan Dione.

5. May (Maius) – berkemungkinan dinamakan sempena nama dewi Maia dalam sejarah mitos Yunani. 

 

6. June (Junius) – dikatakan sempena nama dewi Juno iaitu dewi purba Rom. Juga digelar dewi perkahwinan dan kelahiran. 

 

7. July (Julius) – dinamakan sempena Julius Caesar iaitu panglima pada zaman empayar Rom dahulu.

8. August (Augustus) – dinamakan sempena nama pengasas empayar Rom dan pemerintah yang pertama iaitu Augustus (dari 27 AD hingga kematiannya pada 14AD).  

 

9. September (September) – daripada perkataan Septemdalam bahasa Rom iaitu bermaksud tujuh dan ia adalah bulan yang ke 7 dalam kalendar Rom yang lama.

 

10. October (October) – daripada perkataan Octodalam bahasa Rom iaitu bermaksud lapan dan ia adalah bulan yang ke 8 dalam kalendar Rom yang lama. (Dalam geometri pun octagon ada 8 sisi kan)

 

11. November (November) – daripada perkataan Novem dalam bahasa Rom iaitu bermaksud sembilan dan ia adalah bulan yang ke 9 dalam kalendar Rom yang lama.

 

12. December (December) – daripada perkataan Decem dalam bahasa Rom iaitu bermaksud sepuluh dan ia adalah bulan yang ke 10 dalam kalendar Rom yang lama.

Sumber

Lihat betapa besar pengaruh empayar Rom terdahulu terhadap kita sekarang kan. Tapi mungkin kah di masa hadapan kalendar akan berubah? Apabila muncul tamadun yang baru mungkin akan ada perubahan kan. 
Mana la kita tahu kan.
Sedikit pengkongsian daripada saya untuk tambah ilmu pengetahuan.
Daaaa…

Filed Under: Kalendar

Comments

  1. blogger lelaki says

    27 October 2014 at 8:33 pm

    setiap sesuatu itu pasti ada sejarahnya…kadang2 kita ni tau guna je tak tau pun asal usul

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      27 October 2014 at 11:23 pm

      betul tue. semua yang berlaku pasti ada sebab kan..
      bagi yang yang meminati untuk mengetahui pasti menyeronok kan..

      Reply
  2. Safiya Amaran says

    28 October 2014 at 11:11 pm

    menarik entry ni saya pun kadang tidak tahu sume ni 🙂

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      29 October 2014 at 4:39 am

      Hehehe… Tue la kan.. Bagi sesapa yang minat sejarah pasti akan suka baca.. hehehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network