• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Prodok Tenusu Yang Ditarik Balik

14 August 2013 By Azeni Ahmad 6 Comments

Haiii….Salam Syawal ke 7..:)…
Baru-baru ini (rase macam tak baru kot dalam 2minggu lebih kan) kita digempakkan dengan penarikan Dumex untuk produk susu keluarannya. Berdasarkan laporan TV3 menyatakan susu dari New Zealand itu dikuatiri akan menganggu kesihatan pengguna iaitu anak-anak kita. 
 
Semua ini disebabkan oleh New Zealand yang mengadakan ujian besar-besaran terhadap produk tenusu tersebut dan didapati ada bahan yang tercemar. Pihak Fontera iaitu menyatakan susu bayi tersebut menyebabkan Botulism iaitu kekejangan otot yang serius. 
 
4 produk keluaran Dumex ditarik balik. 
Produk Tenusu yang ditarik balik
Antara batch number yang tidak boleh dimakan.
Batch Number Susu Dumex Yang ditarik
Produk ini disyaki mungkin mengandungi WPC (whey protein concentrate) iaitu bahan ramuan dalam formula bayi iaitu susu serbuk membesar, susu tepung orang dewasa dan minuman sukan. Produk ini mengandungi bakteria clostridium botulinum.
Clostridium Botulinum
Jom kita kenali sikit mengenai info Clostridium Botulinum. Clostridium Botulinum adalah sejenis bakteria yang berbentuk rod Gram-positif yang menghasilkan beberapa toksin. Yang paling terkenal adalah neutrotoksin yang dibahagikan jenis AG yang mana boleh menyebabkan lumpuh, lembik lutut, mengalami masalah penafasan dan sebagainya. 
Clostridium Botulinum
Ada 5 kategori mengenai botulism iaitu botulism pembawaan dalam makanan, botulism luka, botulism bayi, botulism berjangkit untuk dewasa dan suntikan botulism toksin mungkin tidak sengaja.

So untuk kategori kita adalah untuk bayi. Antara symptom bayi disebabkan oleh penyerapan toksin yang dihasilkan oleh Clostridium Botulinum didalam usus bayi yang berumur 1 tahun ke bawah. Sembelit yang paling ketara selepas pengambilannya. Bayi akan hilang selera makan dan kurang tindakbalas motor terhadap ransangan malah perubahan pada kulit luaran pun boleh dikesan. 
Simptom Akibat Clostridium Botulinum
 
Ini antara sedikit info yang saya paham dan ingin berkongsi bersama kalian. Ini yang kita tahu maksudnya yang dibagitau ramuan dan formula yang dimasukkan dalam susu dan diberikan pada bayi kita. 
 
Bagaimana dengan produk tenusu yang lain???.. Secara jujurnya saya sangat takut dan ngeri bila makin korek-korek formula dan ramuan yang dimasukkan dalam susu makin saya tahu banyak information. Syukur anak saya langsung tak kenal apa itu susu formula hanya tahu susu cap gantung sahaja. Itu adalah peranan kita mak ayah untuk mengambil tahu bagaimana untuk menyusukan anak-anak kita kan. 
 
Kasihan la anak-anak kita yea. Ambil la sedikit masa untuk mencari maklumat mengenai penyusuan susu ibu atau hadiri kelas-kelas penyusuan yang hanya RM200++ sahaja setahu saya untuk kebaikan masa panjang anak-anak kita. 
 
Daripada saya..:)
Azeni (yang sangat menyokong penyusuan susu ibu)

Filed Under: Clostridium Botulinum, Produk Tenusu Yang ditarik Balik

Comments

  1. aziyana says

    14 August 2013 at 4:24 pm

    best info 🙂

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      15 August 2013 at 8:22 am

      Sharing the info…:)

      Reply
  2. Lin Alin says

    14 August 2013 at 4:55 pm

    good info sis… kalu cm ni rasa lebih elok bg susu badan. =)

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      15 August 2013 at 9:15 am

      Yup…sangat recommended untuk bagi susu badan sahaja..jimat dan pasti selamat…

      Reply
  3. syakirah shamsudin says

    15 August 2013 at 12:08 am

    info yang baik..

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      15 August 2013 at 9:16 am

      Sharing is caring kan….

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network