Bangun pagi.
Diam seketika cuba mencari semangat untuk mulakan hari baru.
Ada kala, terasa lesu dan letih untuk meneruskan perjuangan.
Hinggakan terus ganggu mood untuk seharian yang telah dirancang!

Seriously saya memang kerap alami keadaan ini. Rasa down dan ada juga rasa mahu give up dengan apa yang sedang dilakukan.
Tapi.
Rasa perjuangan belum selesai. Emosi seakan 50-50 saja.
No energy.
Sebenarnya keadaan ini adalah normal kan untuk yang bernama manusia tak kira la samada berbusiness sendiri mahupun makan gaji.
Kalau berbusiness sendiri terutamanya secara online, memang kalau dibiarkan akan melarat hingga terus kita hilang fokus.
Bagi saya sendiri ada cara saya sendiri untuk elakkan perasaan down itu melarat-larat.
Cara nak elak down teruk dalam berbusiness
1. Kuatkan spiritual
Ini merupakan benteng kita yang paling kena tahan lasak dan kuat untuk terus motivate diri sendiri.
Back to basic iaitu hubungan kita dengan Allah.
Kadang kala kita alpa juga dalam urusan duniawi kita menyebabkan kita sering lalai.
Tak kira la anda beragama apa-apa pun di dunia, semuanya perlu back to basic kita sebagai manusia.
2. Baca buku
Ini adalah rutin harian saya untuk wajibkan membaca buku at least 2-3 muka surat.
Banyakkan membaca buku motivasi untuk kita cas kan diri kita dengan ilmu dan kata-kata yang positif setiap masa.
Bagi saya yang sememangnya sibuk menguruskan anak-anak di samping dengan business lagi buatkan saya mudah hilang fokus kan. Kadang kadang bila kita kepenatan dengan rutin yang sama buatkan hilang semangat.
Dengan membaca buku dalam 10-15 minit sehari boleh menceriakan hidup tau. Boleh juga tengok di sini 5 Cara untuk Paksa Diri Baca Buku.
3. Kerap Berjumpa Secara Offline
Walaupun namanya business online, tetapi wajib untuk berjumpa dengan kawan-kawan ataupun prospek kita.
Ini sangat penting untuk kita rasa lebih minda terbuka. Berjumpa secara offline ataupun high touch ini membuatkan kita saling bertukar energy dan aura. Sungguh!
Kena pastikan sama-sama dalam circle yang sama.
At least kita ada persekitaran yang baru selain daripada rumah ataupun office kita kan.
4. Staycation
Berubah tempat dalam beberapa hari untuk kita rasa lebih fresh dan lebih excited. Macamana anak yang dapat mainan yang baru tersenyum seronok kan.
Sama macam kita yang dewasa.
So berubah sekejap mood bilik tidur, ruangan dapur dan yang lebih penting adalah off to cook. Hehehe.
Dan rasa down itu sebenarnya bagus untuk dalam business kita. Memang tak akan sentiasa excited 24/7/30 kan.
Dan bila kita dalam keadaan itu buatkan kita rasa nak bermuhasabah untuk lebih baik.
Untuk cara 1-2 memang wajib setiap hari saya akan lakukan walaupun betapa sibuk sangat. Kadang-kala bila kita paksa diri dengan benda yang tak biasa membuatkan kita lebih excited kan.
- Jika anda ingin tahu tentang business Shaklee?
- Ingin tahu tentang kualiti dan juga permintaan produk Shaklee?
- Juga tentang marketing plan yang ditawarkan dalam Shaklee?
- Bagaimana untuk sustain berbusiness Shakleehingga 20-30 tahun sampai boleh diwarisi kepada waris kita anak cucu?
Boleh saya bantu terangkan.
Dan jika berminat untuk mencari peluang business Shaklee boleh hubungi saya.
Boleh hubungi saya ya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Channel Youtube: Channel azeniahmad
Page: azeniahmad dot com
Saya pun sama, setiap hari mesti akan rasa down dengan bisnes sendiri. Tapi bila dah sampai momentum positif, semangat berkobar-kobar nak buat lebih dari yang biasa
Xplorasi Destinasi menulis…Windmill PD Farm – Tempat mesti pergi jika bawa anak-anak bercuti ke Port Dickson
Bila ada momentum tue, memang rasa excited kan..