• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Resipi Kek Batik Paling Mudah

13 May 2015 By azeni 20 Comments

Antara kek yang paling mudah dilakukan adalah kek batik. Kek yang tidak memerlukan oven untuk dimasak.

Mudah,ringkas dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati.

Resipi kek batik paling mudah

Kek Batik

Bahan-bahannya kek batik adalah:

1. Biskut Marrie (kalau boleh jangan ambil biskut Tiger sebab lembut sangat)

2.1 buku buttercup

3. 1 pek Milo 250gram

4. Susu pekat

5. Air separuh cawan

6. Secubit garam

Resipi kek batik mudah dan senang

Cara membuat kek batik:

1. Biskut marrie dipatah-patah 4 dan kemudian letak dalam loyang ataupun bekas

2.Potong buttercup dalam bentuk kecil-kecil dan masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan.

3. Masukkan garam

4. Masukkan dalam setengah susu pekat dahulu dengan api yang perlahan.

Susu boleh ditambah ikut citarasa masing-masing.

5. Masukkan air separuh cawan.

6. Kemudian masukkan milo sedikit demi sedikit sambil mengacau.

Kacau sehingga betul-betul pekat dan sebati semua.

7. Masukkan dalam loyang loyang berisi biskut marrie. Gaulkan dengan biskut dan dimampatkan semaksima mungkin.

Resipi kek batik paling mudah dan senang

Kek Batik

8. Letak dalam petisejuk untuk dikeraskan. Lepas 3 jam dah keras, boleh dipotong dan makan.

Mudah dan senang sangat.

Tak sampai setengah jam proses membuatnya. Yang lebih suka manis berlemak, boleh letak susu lebih.

Dah keras, boleh potong dan simpan di dalam petisejuk. Bila-bila masa pun boleh makan sebagai kudapan kan.

Selamat mencuba.

 

 

4 Cara Rawat Batuk Berkahak Untuk Ibu Hamil
Koleksi Baju Penyusuan FeedMilk

Filed Under: Santai Tagged With: cara buat kek batik, kek paling mudah dan senang dilakukan, resipi kek batik

Comments

  1. Hafizul says

    13 May 2015 at 10:34 am

    Huhu..terima kasih kongsikan..leh cuba buat ni..nampak macam senang aje..
    Hafizul menulis…Bibit-Bibit Cinta Mekar Kembali NampaknyaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 May 2015 at 1:33 pm

      Alahai..
      Senang sangat buatnya.

      Reply
  2. titan says

    13 May 2015 at 3:55 pm

    tak susah sebenarnya.

    rajin atau tidak je nak buat. tu aje.

    Reply
    • azeni says

      15 May 2015 at 11:47 am

      Hehehe.
      Yang penting kena rajin

      Reply
  3. Budak Nakal says

    15 May 2015 at 2:30 am

    Tak susah pun nk membuatnya, cuma bab rjin malas je lah halangannya haha..kozumi suka sangat kek batik ni..nyum2
    Budak Nakal menulis…Misi Tukar Gula Racun Putih – Stevia SweetenerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 May 2015 at 11:48 am

      Hehehe.
      Kaum lelaki nak buat pun senang sangat kan.

      Reply
  4. ohcikgu says

    15 May 2015 at 8:40 pm

    selalu gak cikgu kat sekolah ni buat.

    saya tumpang makan aje. hehe..
    ohcikgu menulis…Cikgu, soalan ujian BM susah tak?My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 May 2015 at 10:12 am

      Ehhh tukang merasa je la ehh..
      Hehehe

      Reply
  5. Ikhwan Fahmi says

    17 May 2015 at 12:41 am

    saya tukang rasa je bila orang rumah buat.
    Ikhwan Fahmi menulis…Bisnes Roti Canai Dan Murtabak Di Bulan RamadanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 May 2015 at 10:17 am

      Hahaha.
      Memang wajib dah merasa tue ikhwan..

      Reply
  6. JMR says

    22 May 2015 at 10:54 pm

    nampak menarik ni..nk suruh wife cuba la nanti
    JMR menulis…Holiday Inn MelakaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2015 at 11:06 am

      Takpe kalau wife busy, boleh je suami buat sendiri kan.
      Simple je.

      Reply
  7. rahimah says

    22 May 2015 at 11:24 pm

    Suka makan kek je. Buat memang malas sebab takut tak jadi.Memang tak merasalah kek dari tangan saya. Part lauk ok sebab jadi tak jadi tetap kena makan he he.
    rahimah menulis…10 Fakta Menarik Tentang Nepal Di Sebalik Gempa Bumi.My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2015 at 11:07 am

      Hahahaha.
      Sampingan je kek nie.
      Kot mana pun memang masak lauk jugak.

      Reply
  8. obat pelangsing badan herbal says

    1 June 2015 at 11:38 am

    jangan banyak makan tuh bisa jadi gemuk
    obat pelangsing badan herbal menulis…obat herbal pengurus badanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 June 2015 at 11:14 pm

      Makan kena berpada-pada la.
      Tak boleh selalu sangat.

      Reply
  9. Dilla Jalil says

    10 June 2015 at 2:50 pm

    tiba2 ku rasa mcm nak buat pulak kek batik malam ni..sedapnyeeeee…..alahaiiiii makan ajer lah aku ni!hahahaha
    Dilla Jalil menulis…Cara Memegang Pensil Dengan Betul Mempengaruhi Pembelajaran Kanak-KanakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:14 pm

      Hahaha..
      Buat je la..
      Pastu simpan dalam petisejuk.
      Lama boleh simpan kan.

      Reply
  10. jamkho says

    9 September 2015 at 8:20 pm

    lezat sekali nih
    jamkho menulis…Agen Obat Kolesterol Jamkho TasikmalayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 September 2015 at 5:57 pm

      Lazat dan mudah aja.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital