• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Rutin Pemeriksaan Untuk Ibu Mengandung

27 August 2013 By Azeni Ahmad 2 Comments

Kebiasaan apabila ibu disahkan mengandung, ibu akan melalui proses ataupun rutin pemeriksaan di klinik ataupun di hospital selama 9 bulan. Rutin ini wajib bagi memastikan ibu dan kandungan dalam perut berada dalam keadaan yang sihat dan selamat. 

Rutin Pemeriksaan Untuk Ibu Mengandung

Pada trimester pertama (1-3bulan) dan trimester kedua (4-6bulan) , pemeriksaan dilakukan setiap bulan. Kandungan memasuki trimester ketiga (7-9bulan), pemeriksaan dilakukan setiap 2 minggu. Apabila kandungan memasuki 36 minggu hingga ke 40 minggu, pemeriksaan dilakukan setiap minggu. 
Rutin Pemeriksaan Untuk Ibu Mengandung
Bagi ibu-ibu yang penah mengandung mesti dah biasa melalui pemeriksaan ini. Tapi tahukan anda sebab apa kena buat suntikan gigi ataupun setiap kali nak buat ujian darah. Kadang-kadang tahu checkup je tapi tak tahu mengapa dan kenapa perlu buat pemeriksaan itu kan.. hehehe

Rutin pemeriksaan yang dilakukan adalah;

1. Berat Badan dan Tinggi

Berat badan di ambil semasa awal kehamilan ataupun semasa keadaan normal (tidak mengandung) bagi memantau pertambahan berat badan seiring dengan usia kandungan. Penambahan yang normal dianggarkan 15-16kg. Pertambahan berat penting untuk pembentukan fizika bayi dan juga sebagai simpanan tenaga untuk ibu gunakan semasa proses kelahiran. Ketinggian badan mempengaruhi proses kelahiran dan pertambahan berat badan serta berat bayi dalam kandungan. 

2. Tekanan darah

Penting untuk memastikan yang ibu mengandung tidak mengalami tekanan darah tinggi ataupun tekanan darah rendah. Ia akan mempengaruhi bayi dan juga proses kelahiran nanti samada kelahiran normal ataupun secara pembedahan. Lagi bahaya ibu yang bekerja dan sentiasa stress dan tidak bagus untuk bayi.

Pemeriksaan Tekanan Darah Semasa Mengandung

3. Sampel Ujian Darah

Darah diambil dan diuji untuk meentukan kumpulan darah ibu. Selain itu, untuk periksa hemoglobin iaitu kekurangan darah (anemia) yang mana kekurangan zat besi dalam diet harian.  Glukosa juga dikesan melalui ujian darah iaitu samada mengidap kencing manis atau tidak. 
Pemeriksaan Sampel Darah Semasa Mengandung

4. Sampel Ujian Air Kencing

Ujian ini adalah untuk mengesan kandungan protein dan kehadiran gula. Kehadiran protein di dalam air kencing pula mungkin petanda jangkitan sistem buah pinggang, pundi kencing dan mungkin juga komplikasi dari penyakit darah tinggi semasa mengandung. 

5. Pemeriksaan Kandungan

Doktor akan memeriksa kandungan dengan mendengar bunyi degupan jantung janin dengan menggunakan Doppler ultrasound iaitu sejenis peralatan kecil yang dipegang oleh tangan. Ini untuk memastikan degupan janin dalam keadaan normal.
Pemeriksaan Kandungan

6. Suntikan Kancing Gigi

Suntikan diberikan  selepas anda dapat merasakan pengerakan bayi untuk dos pertama. Untuk dos kedua akan diberikan sebulan selepas itu bagi kehamilan pertama. Untuk kehamilan edua dan seterusnya hanyalah 1 dos sahaja. 

7. Pemeriksaan Gigi

Kebiasaannya klinik-klinik kesihatan akan membuat surat rujukan untuk anda buat pemeriksaan gigi di klinik pergigian. Selain nasihat akan diberikan untuk menjada kesihatan gigi semasa kelamilan.

Jangan culas ataupun malas yea untuk buat pemeriksaan. Sebab melalui rutin pemeriksaan ini dapat membantu ibu-ibu hamil untuk melalui proses kehamilan dengan tenang dan selamat.

PROMOSI SHAKLEE DISEMBER 2013: OMEGA GUARD SHAKLEE

Related

Filed Under: Pemeriksaan Kandungan, Rutin Pemeriksaan Untuk Ibu Mengandung, Santai, Suntikan Kancing Gigi Semasa Mengandung, Tekanan Darah, Ujian Air Kencing, Ujian Darah

Comments

  1. syuhaidah says

    19 February 2018 at 7:03 pm

    memang tiap kali appoitment memang kene buat semua tu ke

    Reply
    • azeni says

      22 February 2018 at 6:27 am

      Ya betul memang kena buat check up macam ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer