• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

24 September 2013 By Azeni Ahmad 1 Comment

Pada entri kali nie, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandung untuk anak kedua dengan menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Tanpa vitamin daripada klinik ataupun hospital.

Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.
Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.
Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan

    Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal 
    saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah 
    hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut 
    yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe… 
    sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik 
    ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.

2. Kaki tak bengkak

    Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi 
    nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung 
    lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah 
    tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang 
    membantu  lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring 
    di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.

3. Tidur malam selesa

    Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi 
    mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. 
    Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk 
    kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang 
    badan segar bugar je.

4. Kulit tak kering

    Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. 
    Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan 
    Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga 
    walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab 
    dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.

5. Stretch Mark

    Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada 
    sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan 
    pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa 
    kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan 
    dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark 
    masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. 
    Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.

6. Bekas-bekas hitam

    Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam 
    di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi 
    tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan 
    perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.

Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan.  Hehehe… 
Untuk mengetahui fungsi setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee boleh rujuk di entri Set Mengandung Shaklee. 

Untuk melihat lebih banyak testomonial boleh rujuk di entri TESTIMONIAL yea….

Berminat untuk order Set Hamil Shaklee dengan saya, meh contact saya… Hehehe..

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian atau sesi kaunseling adalah secara percuma boleh hubungi saya:

Azeni Ahmad
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
ESP: Gabungan Set Shaklee
Testimonial : Vitamin E Shaklee

Filed Under: Set hamil, Testimonial

Trackbacks

  1. Cara Elak Berat Badan Naik Mendadak Semasa Mengandung | azeniahmad.com says:
    15 January 2016 at 7:37 pm

    […] Saya juga menggunakan sepenuhnya set vitamin kehamilan semasa anak ke 2. Boleh baca pengalaman saya sendiri di Testimonial Sendiri Untuk Set Kehamilan. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital