Pangkor.
Adalah satu pulau yang sangat menarik dan cantik. Memang menjadi tumpuan pelancong dari dalam sampai ke luar negara.
Seumpamanya ia aset penting dalam bidang perlancongan di negeri Perak bagi menarik pelancong kan.
Saya dulu pernah bekerja secara praktikal di Lumut, Perak dan berkesempatan ke Pulau Pangkor juga. Memang cantik dengan pantai berpasir putih menjadikan aktiviti dalam laut antara tumpuan utama.
Walaupun pulau, tapi Pangkor terlindung daripada angin monsun yang menyebabkan angin kuat dan hujan lebat. Kiranya waktu melawat Pangkor boleh bila-bila masa sahaja.
Yang pastinya siangnya panas dan malamnya lebih sejuk la.
Antara tempat menarik di Pangkor adalah:
1. Tempat bersejarah Pangkor
Memang sejarah penting Pangkor dalam penubuhan Malaysia dulu kan. Bagaimana kerajaan Inggeris dan Belanda datang dulu ke Tanah Melayu sampai terjadi Penjanjian Pangkor semua.
Sampai ada Kota Belanda yang dulunya kubu kini jadi tarikan penting pelancong.
Kota Belanda berusia 300tahun terletak di Teluk Gadong yang asalnya dulu jadi tempat penyimpanan biji timah.
Di Pangkor juga ada batu bersurat besar terletak di berdekatan dengan Kota Belanda. Batu bersurat ini dipanggil Tiger Rock disebabkan ada ukiran harimau.
Hah kena ambil tahu juga sejarah kita tau. Bila tahu sejarah membuatkan kita lebih menghargai negara kita sendiri gitu.
2. Aktiviti air
Bila sebut tentang pantai mesti wajib ada aktiviti air kan. Dengan pasir putih nye, mesti membuatkan kita excited nak pula dengan bawa anak-anak keluarga kan.
Memang seronok sangat la.
Boleh buat aktiviti snorkeling, banana boat, berkayak, jet ski dan juga fishing trip. Jangan lupa pakai krim sunblock ye nak elakkan kulit terbakar gelap.
Kecantikan kena jaga juga. Penting krim sunblock untuk elak jeragat tumbuh dari bawah kulit kan. Hihihihi.
Boleh baca detail disini tentang kaitan sinaran UV dengan jeragat.
Mungkin anda bawa sekeluarga besar contohnya dengan ibubapa yang berumur, boleh juga ambil pakej mengeliling pulau iaitu boat trip. Lihat keindahan laut air biru seakan hijau untuk diabadikan dalam gambar.
Batu-batu yang terbentuk besar seperti bentuk binatang memang akan membuatkan kita berfikir kan tentang proses kejadian alam. Tarikan unik ini di sekitar Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rock dan Turtle Rock.
Kalau untuk aktiviti snorkeling biasanya di kawasan Coral Island. Cuma kena port yang strategik la untuk tengok keindahan dalam laut. Cuma berhati-hati la sebab lautnya cetek dan ada terumbu tajam.
3. Ramah Mesra dengan Burung Enggang
Antara tarikan juga kalau ke Pangkor kena tengok burung Enggang sambil bagi makan sekali.
Nak tengok burung Enggang di sekitar Pasir Bogak dan percuma sahaja. Memang waktu petang sahaja burung-burung ini akan diberi makan.
4. Makanan Sedap
Tak sah kalau rasai makanan local kan. Memang makanan laut la tarikan utama dan sememangnya segar kan.
Wajib cuba laksa dan cendol juga la. Pekena masa cuaca panas. Sedap sungguh jadinya!
Hihihi.
Biasanya la tempat pelancong kan, ada juga kedai makan ataupun restoran letak harga tak munasabah kan. Kena pusing dan survey-survey juga la.
5. Tempat Penginapan Cantik
Bagi mereka nak jadikan percutian lebih bermakna, mesti nak pilih chalet, hotel mahupun resort yang best kan.
Banyak pilihan ada daripada bajet rendah hingga ke esklusif kan. Daripada pemandangan biasa-biasa hingga boleh dapat pemandangan sunset.
Wow cantik sangat tu.
Bagi anda yang memang nak berehat dengan suasana ekslusif dan di’manjakan’, boleh pertimbangkan pilihan Pangkor Laut resort. Memang tersangat cantik dari segi pemandangan dan juga fasiliti yang disediakan.
Ada bilik penginapan berhadapan dengan pantai pasir putih, ada juga penginapan di dalam hutan yang pastinya kicauan bunyi burung sebagai irama peneman kan.
Sungguh tenang sekali. Hihihi.
Dan ada juga bilik penginapan di tengah laut pastinya menghidangkan bau laut yang nyaman. Hilang segala stress dan juga kekusutan kepala kan. Dengan layanan 5 bintang, membuatkan kita lupa rumah!
Ehh.
Jangan lupa diri sudah ye.
Boleh terus book pangkor laut resort online untuk dapatkan pilihan penginapan anda sekeluarga. Pastinya ia akan meninggalkan kenangan terindah dalam hidup anda.
Jom berekplorasi di Pangkor!
Zaleha Awaluddin says
Tak pernah lagi berkesempatan ke Pulau Pangkor ni. 1 fine day mesti jejak juga!
Zaleha Awaluddin menulis…Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Lebih Muda & Sihat
azeni says
Wajib pergi dah tue.
Nanti buat roadtour ye..
Travel dalam Malaysia.