Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu untuk mengekalkan keanjalan kulit dan untuk kesihatan dalam badan kita iaitu otot, sendi, tendon, saluran darah, kuku, dan rambut.
Kesan Kehilangan Kolagen
Tip Pemilihan KOLAGEN
- Sumber kolagen perlulah daripada haiwan atau mamalia yang bertulang kerana kolagen perlulah daripada protein untuk membentuk asid amino yang dinamakan Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine.
- Pemilihan sumber kolagen perlulah daripada hidrolisis yang selamat, halal, dan ideal untuk memudahkan percernaan dalam badan. Hidrolisis daripada ikan dianggap terbaik kerana rantaian molekul asid aminonya tidak rosak iaitu rangkaian “Triple Helix” iaitu struktur yang sama ada pada badan manusia.
- Ada kajian dilakukan dan pembacaan jurnal menyatakan kolagen yang bersumberkan buah-buahan ataupun sayuran tidak mengandungi kolagen cuma sebagai pengggalak kepada kolagen. Jika dilabelkan sebagai kolagen mesti dicampurkan dengan kolagen daripada sumber haiwan. Contohnya seperti cocoa collagen, seaweed collagen atau soy collagen. Rumpai laut mengandungi kolagen tetapi kombinasi asid amino yang wujud di dalam nya bukan daripada kategori kolagen dan ini telah diperakui oleh kajian-kajian yang dilakukan.
Boleh refer di sini mengenai rumpai laut
- Pemilihan kolagen berdasarkan berat jisim molekul kolagen itu sendiri.
Mari kita mengapa kita perlu mengambil kolagen yang berjisim ringan dalam
range 1000 dalton kerana bilangan asid amino yang kurang iaitu 3 sahaja. Ini kerana
ia mudah dicernakan apabila masuk dalam badan kita.
5. Pengambilan kolagen lebih baik disusuli dengan vitamin C kerana pembentukkan
kolagen iaitu pengubahsuaian daripada proline kepada hydroxyproline memerlukan
penambahan oksigen dalam rantaian.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Leave a Reply