Kulit berminyak memang mendatangkan ketidakselesaan pada kita. Sesetengah mereka yang sememangnya bermekap akan menyebabkan kulit bertambah teruk. Cuba untuk elakkan bermekap tebal dan komestik yang mengandungi bahan kimia yang kuat.
Sebenarnya banyak bahan-bahan yang terdapat di dapur rumah kita yang boleh digunakan untuk merawat masalah kulit berminyak. Lebih murah dan jimat masa berbanding nak pergi ke butik kecantikan. Dan ia memerlukan kerajinan yang tinggi dan konsisten nampak kesan yea.
So jangan complain kalau tidak nampak kesan kalau anda sendiri on off mencubanya. Hehehe.
Jom kita lihat fakta-fakta dan juga tips untuk merawat masalah kulit berminyak:
1. Untuk memerangi kotoran dan minyak, basuh ataupun cuci muka
anda dua kali sehari. Gunakan sabun gliserin untuk mengelakkan kerengsaan
ataupun kekeringan.
2. Menyerap minyak dan membersihkan liang, sapukan sedikit gel aloe vera.
3. Gunakan astringen untuk mengelap bersih bahagian berminyak kulit anda.
Astringen ini membantu untuk menyahkan minyak di muka dan bertindak
untuk mengecilkan liang-liang roma.
4. Kertas tisu muka boleh digunakan untuk menyerap lebihan minyak di muka
dengan meletakkan sahaja di kulit muka dan biarkan minyak diserap.
Jangan sesekali mengosok kulit muka.
5. Pelembap adalah penting untuk kulit kita tetapi pelembap menjadi tidak
berfungsi apabila kulit sudah berminyak.
6. Menggunakan produk non- comedogenic (istilah yang digunakan untuk minyak,
losyen, dan krim kulit yang tidak menyekat liang) dan sentiasa memakai
pelindung SPF sebelum keluar dalam matahari.
7. Pengelupasan kulit merupakan cara terbaik untuk menguruskan minyak
yang berlebihan. Campurkan sedikit badam dengan madu, gaulkan dan urut
perlahan-lahan ke dalam kulit dan bilas dengan lembut.
8. Walaupun alat solek ataupun komestik boleh menutupi kulit anda yang
berminyak tetapi sebenarnya ia memburukkan keadaan. Untuk menjaga
kulit berminyak disarankan mengambil produk berasaskan air dan concealers.
Cuba elakkan menggunakan krim asas ataupun foundation.
9. Kulit muka kita adalah sensitif berbanding kulit di bahagian lain.
Bagi menjaga kebersihan kulit, elakkan tangan menyentuh kulit muka.
Kerana kekotoran daripada tangan akan merebak dan boleh memburukkan kulit.
10. Tepung jagung dan air suam boleh digaulkan untuk membuat masker
iaitu dengan 1 hingga 3 sudu besar tepung jagung dengan air suam.
Sapukan campuran pada muka anda, dan biarkan ia kering untuk menyerap
lebihan minyak pada kulit. Kemudian bilas dengan air bersih.
11. Cuka adalah exfoliant semulajadi yang terbaik. Letakkan cuka sedikit
pada kapas dan sapukan pada muka anda untuk menjaga kulit yang
bersih dan sihat. Biarkan selama lima hingga 10 minit sebelum bilas dengan air sejuk.
12. Membuat rawatan muka anda sendiri dengan mencampurkan bersama-sama
suku cawan epal yang lecek, suku cawan cawan oatmeal dimasak,
sebiji telur sedikit dipukul putih dan 1 sudu besar jus lemon.
13. Paling cepat kesan untuk masalah kulit berminyak adalah menggunakan
kuning telur. Sapukan kuning telur pada kulit anda, biarkan selama
15 minit (mengeras) dan kemudian bilas dengan air sejuk.
14. Untuk merawat dan menyegarkan, campuran jus lemon dengan air dan
sapukan secara perlahan-lahan pada muka anda. Bilas dengan air suam
dan kemudian air sejuk untuk merangsang semula kulit.
Pening tentang masalah kulit ataupun pening nak cuba produk yang mana? Jom hubungi saya terus je.
Hehehe.. Saya memang sediakan kausultasi secara percuma untuk customer saya berserta Ebook.
Najlaa 'Aqilah says
nice tips!
here
AZENI AHMAD says
Semoga membantu awk yea..