• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

4 Sebab Mengapa Anak Degil Menjadi Lebih Berjaya

30 July 2015 By azeni 6 Comments

Rasanya kebanyakan ibubapa mengalami keadaan, di mana salah seorang anak mesti ada yang menjadi paling ‘nakal’ kan.

Paling ‘nakal’ disini bermaksud degil. Sebenarnya saya kurang gemar menggunakan ataupun cuba elakkan menuturkan perkataan tersebut. Kerana perkataan itu agak ‘keras’ dan apabila diucapkan di depan anak-anak, kedengarannya tidak enak sekali kan. Hehe.

Sebenarnya, bagi saya masalah anak yang kurang dengar cakap ataupun ‘nakal’ ini adalah terlalu subjektif. Tidak boleh dikategorikan bagaimana kalau itu yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap.

Cara tangani anak nakal dan tidak dengar cakap

Anak yang dikatakan ‘nakal’ apabila:

i. Tidak mahu dengar cakap kita sebagai ibu bapa ataupun orang dewasa.

ii. Kaki melalak atau meraung dan menangis bila tak dapat sesuatu yang dia nak.

iii. Paling selalu buatkan kita hilang sabar sampaikan terpaksa marah dan tengking.

Dan banyak lagi keadaan di mana mereka bersikap di luar pemikiran kita. Di mana mereka bersikap tidak seperti yang kita mahukan.

Betul tak?

Kalau tak betul pun, takpa.

Masing-masing mempunyai definasi tersendiri kan. Sebab setiap anak kita mempunyai karakter ataupun personaliti yang berbeza.

Sedangkan dengan adik beradik yang lain pun sudah berbeza karakter, inikan pula dengan anak orang lain. Yang berbeza sperma dan ovum nya.

Cuma kita sahaja sebagai ibubapa mereka yang tahu tentang karakter dan bagaimana untuk menghadapinya.

Dan tahukah anda sebenarnya anak yang dikatakan ‘nakal’ ataupun tidak dengar cakap itu, mempunyai sikap ataupun personaliti untuk lebih berjaya berbanding yang mendengar cakap.

Tapi takkan disebabkan itu, kita nak anak yang ‘nakal’ pula kan. Hehe…

Ini adalah penulisan daripada Heather Young yang dibuat berdasarkan pengalaman beliau.

Mungkin boleh bantu anda melihat ia ke dalam diri anak-anak kita pula kan. Mana tahu akan memudahkan kita bagaimana untuk manage mereka.

4 Sebab Mengapa Anak Degil Menjadi Lebih Berjaya

1. Mempunyai pendirian kukuh

Disebabkan ada pendirian sendiri, kanak-kanak akan digelar tidak dengar cakap kan.

Ini kes nak kita (ibubapa) ikut semua cakap mereka sahaja walaupun ada yang salah kan. Tak berganjak daripada pendirian.

Dari satu sisi, ia sebenarnya bagus kerana mendidik mereka untuk mempunyai pendirian yang tetap kan.

Tapi dari sisi yang lain, agak susah untuk kita berkompromi dan nak-nak kalau berada di tempat awam kan. Lagi haru dan memeningkan kepala.

Ini memang kena guna pendekatan yang halus dan lembut untuk jadikan situasi win-win.

Sebab bagi saya, kalau dijerit lagi dan ditinggikan suara menambahkan keadaan yang lebih tegang lagi.

So semua itu, berbalik pada pendekatan ibu bapa itu sendiri.

*** Elakkan menjerit pada anak. Mengapa tidak digalakkan menjerit?

Boleh lihat artikel perkongsian daripada Ibu Rose tentang Kesan Menjerit pada Anak.

2. Sangat berdikari

Selalu diperhatikan, kanak-kanak yang jenis ini akan lebih berdikari. Akan buat semua benda dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa.

Mungkin kita sebagai ibubapa merasakan ataupun nampak mereka buat sesuka hati kan. Tetapi biarkan mereka berkreativiti mengikut cara mereka selagi ia tidak membahayakan keselamatan.

Mungkin salah satu caranya untuk rapat adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersama dengan mereka.

mengapa anak nakal dan degil

Definasi ‘nakal’ terlalu subjektif

3. Mempunyai watak kepimpinan secara semulajadi

Dengan mempunyai pendirian tetap sendiri, membuatkan orang lain perlu mengikut cakapnya. Tidak boleh dibantah ataupun melawan.

Biasanya keadaan ini terjadi di antara adik beradik. Antara abang, kakak, ataupun adik mesti akan ada seorang yang bertindak sebagai ketua kan.

Biasanya ibubapa akan bagi arahan pada yang paling sulung untuk bantu adik-adik yang lain. Tetapi boleh jadi keadaan terbalik jika adik yang lebih ‘nakal’ daripada abang atau kakak.

Biasanya anak yang sulung lebih mendengar cakap berbanding anak tengah ataupun yang bongsu kan. So abang atau kakak akan mengalah dan ikut cakap.

4. Menyuarakan pendapat

Apabila berdikari dan mempunyai pendirian, menyebabkan secara tidak langsung berani menyuarakan pendapat.

Kanak-kanak akan merasa lebih selamat dan berani untuk bercakap apa yang dia rasakan betul apabila ibubapa suka mendengar.

Bukan setakat mendengar tetapi berikan kebebasan untuk buat keputusan asalkan masih dalam keadaan yang normal kan.

Berbanding dengan generasi Y yang dulu. Lebih banyak menurut daripada bersuara kan.

Kena berubah mengikut peredaran masa.

Kesahihan 4 sebab di atas tidak pasti berjaya atau tidak untuk diaplikasikan pada anak masing-masing. Tetapi bagi kita sebagai ibubapa walaupun anak itu ‘nakal’ ataupun tidak, terlalu pendiam ke, tidak ada langsung ciri kepimpinan ke, semua itu boleh dicorak kemudian dengan persekitaran yang sesuai dan selesa.

Saya sendiri pun masih bereksperimen untuk memahami anak-anak saya (5 tahun dan 2 tahun). Banyak artikel dan juga jurnal tentang keibubapaan yang boleh dibaca.

Tetapi itu hanya sebagai panduan sahaja. Apa-apa pun hanya kita sebagai ibubapa sahaja yang memahami anak kita sendiri. Dan kita sendiri yang akan mencorakkan mereka untuk di kemudian hari.

Semoga sedikit sebanyak sharing ini membantu semua.

Terima kasih.

Kesan Buruk Apabila IbuBapa Menjerit Pada Anak Untuk JangkaMasa Panjang

Related

Filed Under: Kekeluargaan Tagged With: anak degil adalah anak pandai, cara tangani anak nakal, jangan jerit pada anak, mengapa anak degil, mengapa anak tidak dengar cakap

Comments

  1. titan says

    3 August 2015 at 3:51 pm

    biasalah tu.

    nama pun budak-budak.

    degil tu biasalah.

    haha..
    titan menulis…Peristiwa dan hari penting pada 28 JulaiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 August 2015 at 6:03 pm

      Nama pun kanak-kanak kan..
      Biasa la tue..

      Reply
  2. wani agri says

    9 October 2015 at 10:41 pm

    Gudjob azeni.. ptt cm familliar.. info yg bagus..

    Reply
    • azeni says

      10 October 2015 at 11:02 pm

      Hihihi..
      Bila letak nama agri tue konpem mmg ingat kat wani..
      Hahaha..

      Semoga sedikit sebanyak leh membantu..

      Reply
  3. Fuzy says

    25 January 2018 at 1:54 pm

    Anak degil.. Mak kena banyak sabar…mudah-mudahan membesar sebagai anak yg membanggakan
    Fuzy menulis…Cara Merawat Sopak (Vitiligo) Mudah Dan BerkesanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 January 2018 at 8:15 am

      Sebab itu anak akan membentuk makayah kan.
      Mengajar kita kesabaran..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer