• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kesan Buruk Apabila IbuBapa Menjerit Pada Anak Untuk JangkaMasa Panjang

15 July 2015 By azeni 63 Comments

Anak adalah anugerah Tuhan sebagai pengikat kasih sayang dan mewarisi keturunan kita. Tetapi berapa ramai yang mampu untuk mendidik anak-anak pemberian Tuhan ini pada jalan yang sebetulnya.

Mungkin anak-anak boleh dijaga. Diberi makan minum sekolah sebagainya. Tetapi mendidik untuk menjadi manusia, bagaimana?

Salah satunya adalah percakapan ibubapa itu sendiri terhadap anak-anaknya. Ada yang berkomunikasi dengan anak-anak dengan cara menjerit!

Bukan setakat menjerit malah perkataan yang tidak sesuai pun digunakan pada anak-anak.

Kesan buruk apabila jerit pada anak

Mengapa ibubapa tidak boleh jerit terhadap anak?

Salah satu nasihat dan panduan daripada Ibu Rose tentang kesan buruk yang akan berlaku pada anak-anak kita apabila kerap dijerit dengan kata-kata kurang baik dan kurang bermotivasi.

Jikalah ibu bapa tahu besarnya kesan buruk menjerit kepada anak, ibu bapa tentu tidak akan sanggup melakukannya dengan selalu dan sengaja.

Jika hendak tahu dan nampak kesannya, buat experimen ini.

Ambik dua bekas yang bertutup yang boleh dibubuh sesenduk nasi.

Labelkan A dan B

Setiap hari untuk seminggu, jerit pada nasi dalam bekas A. Jerit pada pagi dan malam. Jerit dengan marah. Guna perkataan yang selalu digunakan bila marah. Tutup balik dan buat malam pula dan seterusnya untuk 7 hari.

Bekas B

Senyum saja pada nasi itu. Niat dalam hati yang anda bersyukur ada nasi itu. Buat dua kali juga.

Jangan letak dalam peti ais dan jangan letak dekat-dekat. Letak di satu sudut dapur dan letak jauh dari satu sama lain.

Semasa menjerit itu, pastikan bekas B jauh dari anda.

Beritahu apa jadi pada hari ketujuh.

Tapi kalau malas nak buat, mungkin video di bawah ini boleh membantu.

Itulah sebabnya kita tengok anak-anak yang sering dimarah, dimaki hamun dan diguna perkataan kasar dan tidak baik kepada mereka itu, kita lihat wajah mereka kelam, mereka juga penuh kemarahan, kebencian dan ketakutan. Kecuali mereka yang memaafkan kekasaran yang dilakukan kepada mereka.

Semoga kita berazam kurangkan menjerit kasar kepada anak-anak dengan sengaja.

Ibu Rose

Video eksperimen.

Video ini dilakukan oleh Dr. Masaru Emoto. Ada yang menggunakan beras ataupun nasi. Tiada masalah untuk menggunakan beras ataupun nasi.

Untuk lihat video menggunakan beras, boleh lihat di Ibu Rose-Mesejnya Kasih.

Kalau menggunakan beras, dibasahkan. Kalau menggunakan nasi, keputusan lebih cepat dapat berbanding  guna beras.

Untuk lebih yakin, boleh lakukan di rumah eksperimen ini. Mudah sahaja kan. Mungkin selepas itu, membuatkan kita akan lebih bersabar dan mudah terkenang pada eksperimen yang dilakukan kalau hendak marah anak kan.

Semoga dengan perkongsian video dan panduan daripada Ibu Rose ini mampu mengubah cara kita mendidik anak-anak.

4 Sebab Mengapa Anak Degil Menjadi Lebih Berjaya
Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?

Related

Filed Under: Kekeluargaan Tagged With: cara mendidik anak, eksperimen nasi tentang love and hate, Ilmu parenting, jangan jerit pada anak, kesan jerit pada anak untuk jangka masa panjang

Comments

  1. Anis says

    16 July 2015 at 3:55 pm

    Mungkin ada kaitan dengan tidak boleh marah dan bertelingkah di hadapan makanan..

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:36 am

      Ya betul tue anis..
      Adat melayu pun tak bagi cakap bila tengah makan kan.
      Takut nanti bercakap perkara tidak elok.

      Reply
  2. Winmac says

    16 July 2015 at 8:27 pm

    Memang la yg jerit tu lagi cepat basi sebab air liur memercik dalam tu. Kalau senyum takde air liur terkeluar, so lagi lambat busuk sebab ada enzim dan bakteria dalam air liur.

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:38 am

      Itu salah satu fakta saintifik Winmac..
      Semua semua benda hidup akan bertindakbalas dengan sekelilingnya.
      Apa yang baik atau tidak baik disekelilingnya akan ditarik.
      Secara tak langsung kita manusia pun perlu hidup dalam lingkungan orang positif so kita aka jadi positif kan.

      Reply
  3. Riza Afzan Asri says

    17 July 2015 at 2:18 am

    terima kasih atas sharing ini..banyak lagi yang perlu kita belajar sebagai ibu bapa…our journey in learning to become better parents will never end…
    Riza Afzan Asri menulis…8 Perkara Sunnah Dilakukan Pada Eidulfitri Oleh Dr Bilal PhilipsMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:39 am

      Memang pun Riza.
      Banyak kaedah dan cara dalam mendidik anak-anak.
      Tidak rigid pada satu cara sahaja.
      Moga kita akan dapat mendidik anak dengan lebih baik lagi kan.

      Reply
  4. MamaBard says

    18 July 2015 at 10:09 pm

    nak try juga la buat eksperimen ni nanti..
    MamaBard menulis…Selamat Hari Raya AidilfitriMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:40 am

      Boleh mamabard.
      Senang sangat.
      Result pun cepat dapat.

      Reply
  5. Ain says

    19 July 2015 at 11:16 am

    Assalamualaikum semua…
    Memang betul…jerit dan marah bukan satu didikan.Bisikan dan berhikmah dan kata2 nasihat adalah cara yg betul.

    Buat semua ibu …..cuba bisik dan nasihat dengan suara perlahan .Anak2 akan dengar n lebih menerima.

    Dulu saya sangka marah adlh satu cara rupanya salah 200%.xpayah marah ,buat habis suara je…..ckp n pesan selalu sudah mencukupi.suara xhabis,hati x sakit,x stress n boleh mendidik kita as mom lbh bersabar.

    Saya dh cuba eksperimen ni.
    Selamat mencuba.

    Reply
    • azeni says

      20 July 2015 at 7:41 am

      Betul tue ain.
      Saya pun baru baca artikel tentang kuasa bisikan.
      Sangat bagus.
      Maybe boles kita sharing sama-sama kan.

      Reply
  6. permatamama says

    20 July 2015 at 3:09 pm

    mendidik anak dengan baik dan lemah lembut menjadikan anak lebih mendengar kata.

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 2:04 pm

      Insyallah semoga menjadi panduan pada kita bersama..

      Reply
  7. hasnizah omAr says

    21 July 2015 at 8:27 pm

    Air liur percik bila menjerit. Basi LA.

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 8:33 pm

      Kadang2 kita bercakap biasa juga pun ada air liur terpercik.
      Cuma aura negatif disalurkan pada nasi.
      Ia akan cepat basi.

      Reply
  8. Aina says

    21 July 2015 at 9:27 pm

    Ada prof.prnah crita ngn sya.. ada satu kaum di negara lain.. apabila nak mematikan pokok2 besar, diorg xtebang pokok tu.. tp diorg akan keliling pokok tu stiap hari smbil maki2 pokok tu. Lama2 pokok tu akan mti sndr.. teori ni btol.. byk g vdeo lain dlm utube brkaitn eksprmn cmni. Kalo ttup rpat pon tetp brubah rupa mknan tu. Sma mcm hti n prsaan anak yg dimarahi..

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 10:14 pm

      Betul aina.
      Saya pun pernah baca tentang pokok besar tue.
      Menggunakan kaedah halus dengan bercakap perkataan negatif.
      Lama kelamaan pokok mati dengan sendiri.

      Sama dengan kehidupan kita.

      Reply
  9. noorna says

    22 July 2015 at 10:08 am

    sya pn nk cuba laa…tq sharing..kdg2 buat dlu bru terfikir apa akibatnya…

    Reply
    • azeni says

      22 July 2015 at 8:19 pm

      Semoga membantu..

      Reply
  10. nurul says

    22 July 2015 at 2:28 pm

    thank you for sharing.even tpkir jgk psl air liur tu.but kalo byk sgt aura negative mmg ada kesan buruk

    Reply
    • azeni says

      22 July 2015 at 8:21 pm

      Kadang-kadang kalau kita bercakap biasa pun, air liur kita terpercik jugak kan.
      Cuma laju tak laju je. Hehehe.
      Tapi aura tue yang sampai pada nasi.

      Reply
  11. noorhayati aziz says

    22 July 2015 at 4:45 pm

    Gud info n sharing

    Reply
    • azeni says

      22 July 2015 at 8:22 pm

      Semoga membantu..

      Reply
  12. Lin Chalo says

    24 July 2015 at 12:25 am

    Tak semua orang menjerit akan keluar air liur kan.. 🙂

    Kalau rasa eksperimen nasi tak betul.. cukuplah tgk anak sendiri.. kalau kita marah2 anak mmg akan bersikap negatif.. tapi kalau penuh kasih sayang.. anak juga akan penuh dengan sikap positif..

    Itu sifir alam..

    Like this article dik Azeni.. kipidap!
    Lin Chalo menulis…Tips Anak Tidur di Bilik Sendiri & Tidur Awal Setiap MalamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 August 2015 at 8:10 am

      Hehehe..
      Betul kak Lin Chalo.
      Walaupun taknak buat eksperimen, kalau sentiasa dilontar perkataan yang negatif, akan negatif budak tue kan.

      Reply
  13. gadafi says

    24 July 2015 at 1:20 pm

    As salam terima kasih sebab kongsi maklumat.saya berbesat hati jika ada apa2 maklumat yang baik untuk pembinaan keluarga.tq

    Reply
    • azeni says

      4 August 2015 at 8:11 am

      Semoga membantu sedikit sebanyak gadafi.

      Reply
  14. Ibu Rose says

    29 July 2015 at 9:53 am

    Dear Azeni, Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana berkongsi perkongsian Ibu di page Ibu dan mengkreditkan kepada Ibu. Semoga ramai yang mendapat manafaat daripada perkongsian ini.

    Satu perkara yang ingin Ibu perbetulkan di sini. Ujian nasi itu tidak dilakukan oleh Dr. Emoto sendiri. Ianya dilakukan oleh orang lain berdasarkan kajian Dr. Emoto. Ya, Dr. Emoto telah juga membuat kajian dengan nasi, tetapi bukan yang ditunjukkan di video itu.

    Ibu baw perkara itu ketengah supaya tidak ada yang keliru.

    Teruskan menulis sayang.

    Salam Kasih, Ibu Rose

    Reply
    • azeni says

      4 August 2015 at 8:14 am

      Wsalamulaikum Ibu Rose..
      Berbesar hati kerana sudi komen disini ya Ibu Rose..

      Terima kasih..

      Reply
  15. zaleha says

    4 August 2015 at 4:03 pm

    setuju pasal marah-marah/ jerit-jerit ni.

    kadang-kadang ibu bapa tak sempat nak kawal emosi sampai terjerit pada anak-anak.
    Semoga kita semua lebih peka & lebih memperbaiki cara & layanan kita sepanjang membesarkan anak-anak syurga ini.
    zaleha menulis…Cuti-cuti Malaysia: Apa Yang Menarik Di Muzium Padi?My Profile

    Reply
    • azeni says

      6 August 2015 at 5:45 pm

      Kita akan sentiasa belajar sebab kalau anak lebih dari seorang memang banyak ragamnya kan.
      Hehehe.
      Apabila sama-sama kita belajar kan.

      Reply
  16. Dyson says

    12 August 2015 at 8:29 am

    Contohnya ibubapa main bersama monopoly, atau puzzle, main basikal etc. Adakah kelakuan ini baru?

    Reply
    • azeni says

      12 August 2015 at 5:38 pm

      Bagus tidak kesah apa permainan pun..
      Asalkan dapat bermain sama-sama..

      Reply
  17. Ryana says

    26 August 2015 at 1:29 am

    Salam..nak tanya sikit.
    Saya sering pekik kepada ank anak saya.Kadang kadang kata kata negatif terkeluar dari mulut ni,tapi setelah membaca ini saya rasa insaf ,adakah sudah terlambat?anak anak saya berumur 8 dan 9 tahun.wasslam.

    Reply
    • azeni says

      26 August 2015 at 4:30 pm

      Insyallah tak terlambat puan..
      Try kerap kan komunikasi dengan anak puan..
      Bagitau yang sebelum nie puan marah2 ada sebab..
      Saya pun masih berekperimen dengan anak2..

      Reply
  18. Ros says

    20 October 2015 at 8:37 am

    Mendidik anak-anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi.
    Mak pun sebenarnya tak nak menjerit-jerit. Tapi stress mungkin.
    Ros menulis…Kenapa Ibu Bekerja Balik Tepat Pukul 5:30 Petang?My Profile

    Reply
    • azeni says

      25 October 2015 at 4:59 pm

      Memang akan stress puan.
      Cuma cara kita nak kawal la.

      Reply
  19. hanez says

    23 October 2015 at 2:40 am

    insaf sy..anak2 sy masih kecil n rapat2..kadang stress or rimas anak merengek…ckp kuat2..rasa menyesal lps tu…tp ulang dlm masa lain…lps tu ckp baik2 pada anak n kadang2 minta maaf sbb ckp kasar td…camne nak sabar bila sdg stress fikir banyak kerja nak buat, kerja rumah yg x pernah hbis…aduh…anak2ku..

    Reply
    • azeni says

      25 October 2015 at 5:00 pm

      Memang la puan.
      Takdapat nak kita nak kawal diri kita bila dalam situasi macam tue.
      Tapi practice make prefect kan.

      Reply
  20. Panduan Malaysia says

    27 December 2015 at 3:09 am

    Perbuatan Ibu bapa membentuk anak-anak. Jadi kurangkan marah dan menjerit tanpa sebab
    Panduan Malaysia menulis…Panduan Mengisi SKT Dan LNPT Online HRMISMy Profile

    Reply
    • azeni says

      29 December 2015 at 12:02 am

      Anak adalah cerminan sikap kita kan.

      Reply
  21. roslina says

    1 January 2016 at 6:56 am

    Saya nak berkongsi.Selepas saya tunjukkan dan terangkan eksperimen nasi yang elok dan nasi yang cepat buruk.Anak saya dapat faham.Jadi dia tahu,lepas ni tak boleh jerit atau cakap keras-keras pada adik.Kalau saya pula marah dan cakap dengan kuat.Dia ingatkan saya,nanti dia pula jadi buruk macam nasi tu.Touched!
    roslina menulis…6 Alat bantu mengajar anak membacaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      2 January 2016 at 3:53 pm

      Wowww..
      Bijak nya anak puan.
      Tahniah..
      Semoga boleh membantu sikit sebanyak kan.

      Reply
  22. titan says

    17 January 2016 at 4:07 pm

    tak penat ke nak menjerit selalu tu?
    titan menulis…Reng De Tu Mohe Gerua, Raanjhe Ki Dil Se Hari Dua.My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 January 2016 at 7:47 am

      Hahaha.
      Memang la penat.
      Tapi jadi ringan mulut kan..

      Reply
  23. aries says

    29 March 2016 at 5:23 am

    jiran saya ada anak kecil. tiap2 pagi saya dengar dia jerit kat anak dia.saya pun x tau apa yg dia marah sangat kat anak tu. kadang 2 kesian kat budak tu….mungkin mak dia tension agaknya….

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:17 pm

      Itu la kita pun tak tahu masalah sebenarnya kan.
      Harap-harap dipermudahkan untuk anak-anak nya kan..

      Reply
  24. rahimi says

    28 September 2016 at 12:38 pm

    Didik cara rasulullah itulah yang paling terbaik sekali dalam mendidik anak2 kita menjadi insan yg kamil di dunia lebih2 lg di akhirat….insyaAllah

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:19 pm

      Insyallah..
      Semoga jadi pedoman bersama kan..

      Reply
  25. rahimi says

    28 September 2016 at 12:43 pm

    Berikanlah mereka atau ajarkanlah mereka ilmu agama agar kehidupan yang akan datang senantiasa cerah dan harmoni ….bekalkanlah mereka sahabat…..(Murabbi fiddin)

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:21 pm

      Terima kasih sudi berkongsi..

      Reply
  26. Ira says

    28 December 2016 at 3:40 pm

    betul tu, semua bergantung pada cara ibu bapa didik anak
    Ira menulis…Tips Travel Dengan Anak-anak Kecil Tanpa Marah-marahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      1 January 2017 at 4:17 pm

      Ya betul.
      Masing-masing ada cara tersendiri.
      Anak akan mengikut acuan kita kan.

      Reply
  27. MeqZa Abdul Rahman says

    29 December 2016 at 6:25 pm

    Itulah, terkadang jadi tarzan juga..huhu
    MeqZa Abdul Rahman menulis…5 Fasa Peringkat Penyakit Buah Pinggang KronikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      1 January 2017 at 4:22 pm

      Kadang-kadang jadi mak hijau jugak kan. Hihihi

      Reply
  28. Asy says

    16 May 2017 at 11:58 am

    Assalamualaikum…
    Umi Asy selalu marah2… Jerit tu mmg perkara biasa.. Bebel apatah lg.. Dri kecik sampai sekarang Asy umur 19,, tetap lg kena tengking…
    Asy try utk bercerita ngn umi.. Tapi umi hnya dengan gadjet… Bnyak kali Asy try utk dpatkan perhatian ibu sendiri,, tapi tak dipeduli… Asy terkilan… So, sampai skrang, Asy mmg tak kongsi apa2 pon masalah dekat ibu sendiri… Walhal ibu laa tempat yg kita mengadu masalah selain mengadu kat Allah…

    Reply
  29. Asy says

    16 May 2017 at 12:01 pm

    Bila kena marah,, Asy bnyak diam.. Sbb taknak hati sendiri yg sakit… Tapi, bila diam pon,, makin ditambah bebelan dan sindiran umi tuu… Padahal umi spatutnya layan Asy mcam sahabat, mcam yg Islam ajar…
    Kiranya dah terlambat kan utk umi ubah?

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:17 pm

      Wsalam,

      Terima kasih Asy sudi singgah dan tinggal komen disini.
      Untuk keadaan asy memang agak complicated sebab masalah ini bukan daripada Asy.

      Yang hanya mampu saya katanya adalah Asy berdoa untuk dilembutkan dan dibukakan hati mak Asy.

      Insyallah mungkin suatu hari nanti keadaan akan lebih baik kan.

      Reply
  30. Dwi Wahyudi says

    15 December 2017 at 9:54 am

    Masa anak2 die tak tahu ape yang dibuat, jike salah pon harap dimaklomi.
    Dwi Wahyudi menulis…ASUS Menutup Tahun dengan Kehadiran ZenFone 4 Selfie Lite Bertepatan dengan HARBOLNASMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 December 2017 at 10:27 am

      Ya betul.
      Kita sebagai makayah bantu untuk fahamkan

      Reply
  31. yus says

    8 June 2018 at 4:31 am

    betul tu sis. sy lah mangsa nya. sy laluinya. hingga kini. menjadikan siapa sy skrg. seorang yg tak guna. sesuai dgn kata2 caci dan makian sedari kecil. apalah nasib sy sis.

    Reply
  32. yus says

    8 June 2018 at 4:40 am

    yus sakit sgt. cukup pedih pjalanan hidup. mak ayah yg bentuk siapa yus skg. dan dia hrus byr sgla perit hdup ini ??

    Reply
  33. yus says

    9 June 2018 at 3:50 am

    boleh ke sy dptkan semula kehidupan sy? sy tak pernah rasa gembira sejak sy kecil hingga lah skrg. sampai satu tahap sy rasakan semua manusia ni jahat. tapi pd ms yg sama sy suka melihat anak2 org lain. bahagianya mereka. sangat bahagia. ini bahagian sy di dunia ini. kesengsaraan. sy cuba kuatkan semangat sy. sekurangnya sy cuba belajar mengenal Allah. sy bljr dgn kwn seasrama sy. menyebut alif ba ta dgn merangkak2 ketika berusia 23 tahun. kemudian belajar quran di masjid smpai surah baqarah. tu pun smpai 3 muka surat baqarah je. lepastu sy kembali berputus asa. sy rasa mcm sia2. susah lupa hinaan dan herdikan ibu. smpai lah skg 27 tahun. sy dihina lg. sebagai sesat agama! sedangkan smasa sy kecil tidak diendah pun pasal keimanan sy. tidak diajar tentang kekuasaan dan keesaan Allah. dihina lg sbgai “org yg paling warak” dalam rumah. hingga sy putuskan sy tak solat lg. kerana doa yg makbul dri org tua. apakah berdosa sy pd ibubapa? atau mereka lah yg berdosa pd sy? sy cuba tahun demi tahun. tpi tak sangka. hinaan tu kekal ada hingga skrg. bezanya sy skrg sudah tak larat nk bergaduh / mempertahankan diri. sebab sy tahu. masalah ini tidak akn slesai. sy tiada tmpt mengadu. tiap kali sy dihina. sy hanya tahu lakukan satu hal. onani. sy pun ingin mendirikan rumah tangga dan bekerjaya. tpi otak sy tak mampu. sy dihimpit dan tersepit antara masa depan dan masa lampau. sy kasihankan mak sy. betul sy sedih tgk dia. tpi dia ttp begitu. hingga bila mn sy melihat diri sy dkt cermin, sy akn benci sebencinya pd diri sendiri. dan sy rasa teramat cemburu akan kehidupan org lain. bg org lain mungkin mereka sangka sy ank derhaka. tp sungguh mereka tak tahu dan tak merasa sendiri pengalaman ini.

    Reply
  34. yus says

    9 June 2018 at 3:58 am

    sy kecewa. dan sy penat sgt. apa dosa sy pd ibu hingga dihina dimaki seusia 7 – 8 tahun? apa salah sy.

    hina maki sy. tak sanggup nk kongsikan apa yg disebut ?

    sedih dan geram itu hanya Allah yg tahu. hingga tetap suatu masa ibu, kamu akan menyesali smua ini.

    samada cepat mahupun lambat.
    ingatlah bahawa aku amat tersiksa jiwa dan raga.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer