• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?

12 February 2015 By azeni 27 Comments

Jika dilihat budaya kita, kalau bab peluk memeluk anak memang agak janggal. Cara asuhan kita dulu-dulu sebegitu. Tetapi bukan bermakna tak peluk tak sayang kan.

Kalau anak yang masih kecil memang akan sentiasa peluk cium. Tetapi anak yang semakin meningkat besar? Jarang dan ia bukanlah satu kebiasaan.

Kadang-kadang perbuatan menggambarkan kesemuanya berbanding hanya bercakap tapi tanpa melakuakan apa-apa.

 

Kuasa Pelukan

Jika anda perasan, bayi yang baru lahir akan sentiasa tenang dan diam dalam pelukan kita kan. Dengan pelukan kita dapat memberikan keselesaan dan bayi akan merasa lebih selamat. Bayi akan kurang menangis dan lebih mudah untuk tidur.

Konsep yang sama bagaimana kita lakukan pada bayi, kita boleh lakukan dengan suami, isteri, anak-anak yang semakin menginjak dewasa ataupun pada pada ibubapa kita juga.

Kuasa pelukan ibubapa terhadap anak

Rasa lebih selamat dalam pelukan

Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan perkataan apabila kita memeluk ataupun dalam pelukan orang lain. Terasa tenang dan lebih selamat kan. Kalau tengah kusut atau serabut terasa seperti melayang keluar saja semua masalah.

Apabila kita memeluk, ia akan mempengaruhi tahap hormon dalam badan. Ia akan meningkatkan pengeluaran hormon serotonin di mana ia menyebabkan mood kita kembali ceria dan gembira.

Terasa bila kita memeluk, kita seolah sedang pindahkan semua masalah kepada orang yang dipeluk. Kemudian rasa lebih lega.

Bagi kanak-kanak yang meningkat dewasa, apabila kita selalu memeluknya secara tidak langsung ia mempengaruhi sifat mereka. Pakar psikologi mencadangkan apabila kanak-kanak sedang mengamuk ataupun memberontak, cara paling mudah untuk memujuk adalah dengan memeluk erat sambil memujuk. Agak klise macam dalam filem tetapi itu adalah cara yang berkesan dan mudah. Tapi perlu dilakukan dengan kerap la.

Untuk pasangan suami isteri, memeluk boleh menghangatkan hubungan suami isteri. Bagaimana untuk menjadikan hubungan lebih intim?

Anda boleh lihat Cara Untuk Hubungan Suami Isteri Lebih Intim.

Pelukan mampu hindari penyakit

Imunisasi badan kita akan lebih kuat apabila selalu memeluk ataupun dipeluk?

Macamana tue?

Apabila kita memeluk, berlaku tekanan pada bahagian dada kita dan kita dapat merasa emosi yang sedang berlaku pada pasangan kita. Daripada emosi yang bergabung mengaktifkan Solar Plexeus Chakra.  

Ini merangsang kelenjar timus, yang mengawal selia dan mengimbangkan pengeluaran badan sel-sel darah putih, yang membuat anda sihat dan bebas penyakit.

Rembesan daripada hormon selepas pelukan akan menormalkan tekanan darah yang di alami.

Banyak kelebihan yang boleh kita dapat dengan hanya satu gerakan badan iaitu memeluk orang yang kita sayangi. Ia bukan sahaja mampu mempengaruhi emosi, sifat kita malah ia memberi kesihatan yang lebih baik.

 

Jom jadikan ia satu tabiat yang baik dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Kesan Buruk Apabila IbuBapa Menjerit Pada Anak Untuk JangkaMasa Panjang
Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?

Related

Filed Under: Kekeluargaan Tagged With: -anak, bagaimana pelukan boleh bantu psikologi anak, Kuasa pelukan, mengapa pelukan bagus, Peluk anak, peluk ibubapa, Peluk Suami, pelukan boleh hindari penyakit

Comments

  1. ikhwan says

    12 February 2015 at 9:42 pm

    Bila memeluk dan dipeluk, kedua duanya rasa damai baik suami atau isteri.
    ikhwan menulis…Lepas Kahwin Semuanya Salah SuamiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:28 am

      Rase sungguh tenang saja kan.
      Hehe

      Reply
  2. blogger lelaki says

    12 February 2015 at 11:10 pm

    ya ia sangat membantu walaupun unutk beberapa minit..hehehe
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:29 am

      Perbuatan mengambarkan segalanya daripada percakapan.
      Walaupun sekejap sangat bermakna untuk pasangan kan.

      Reply
  3. titan says

    12 February 2015 at 11:22 pm

    memang best peluk bini sendiri.

    haha.
    titan menulis…18 cara simpan duit untuk simpan duit nak kahwin.My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:30 am

      Hahaha.
      Memang la.

      Reply
  4. Dr Fattah says

    13 February 2015 at 4:07 am

    peluklah dengan kasih dan sayang yang erat.
    Dr Fattah menulis…Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang SelamatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:31 am

      Dapat dirasai oleh pasangan kita jika kita betul-betul peluk dengan kasih sayang.
      Hihi

      Reply
  5. Aretikz says

    13 February 2015 at 9:28 am

    Yang penting, peluk dengan orang yang boleh peluk jak.. haha..

    Tapi memang kesan pelukan ni cukup kuat dari segi psikologinya.. suami isteri yang tiada contact body seharian boleh menimbulkan stress diantara pasangan..
    Aretikz menulis…Perlukah Baca Doa Bahasa Arab?My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 1:33 pm

      Betul tue.
      Yang penting kualiti yang kita dapat kan

      Reply
  6. Azlan says

    14 February 2015 at 12:38 am

    Hehehe… belum kawen… x tahu nk ckp pa… x rasa lg… Hahaha
    Azlan menulis…Maxis Menawarkan Plan Data untuk Samsung Galaxy A7My Profile

    Reply
    • azeni says

      14 February 2015 at 6:47 am

      Takpe. Jangan malu-malu peluk mak ayah.
      Pun bagus juga

      Reply
  7. islam di dadaku says

    14 February 2015 at 5:53 am

    memang pelukan memberi sensasi rasa damai budak kecik pun bila dipeluk oleh ibunya biasanya akan tenang
    islam di dadaku menulis…Haramnya Valentine’s DayMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 February 2015 at 6:48 am

      Betul tue.
      Bayi akan tenang dan tak menangis.

      Reply
  8. akubiomed says

    14 February 2015 at 10:09 am

    Bukan berbayar nak peluk. Peluk jer. 🙂
    akubiomed menulis…Cepat anakku Aslah membesarMy Profile

    Reply
  9. ahmad says

    14 February 2015 at 12:38 pm

    Suami yang tension peluk isteri..sama jugak dengan isteri yang tension..berpeluk-peluklah sesama suami isteri.. boleh kurang tension tu.
    ahmad menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 February 2015 at 4:18 am

      Sama-sama boleh hilang tekanan kan.
      Takyah nak keluar.
      Jimat sikit.

      Reply
  10. Noriza Rahman says

    16 February 2015 at 9:48 pm

    Bila anak nangis pun memang dia suka kena peluk..tak lama ja nangis..memang bagus manfaat peluk ni kan 🙂
    Noriza Rahman menulis…Manfaat Stevia dan Xylitol Kepada KesihatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:38 am

      Betul tue.
      Fitrah mnsia bila kena pleuk mesti tenang je.

      Reply
  11. Hafizul says

    17 February 2015 at 1:30 pm

    Bukan anak jer yang suka dan minta dipelukkan..

    Saya sebagai suami pun terlajak suka bila dipeluk isteri tercinta…bahagia dan aman jer rasanya..
    Hafizul menulis…Nikmat Sebelum Hidup BermaduMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:50 am

      Woww.
      Nie mesti terlajak sayang nie.
      Bagus sangat nie.

      Reply
  12. Hero Borneo says

    18 February 2015 at 6:58 am

    teringin pulak nak dipeluk orang….opps isteri
    Hero Borneo menulis…Misi Blogwalking Fasa Kedua 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 February 2015 at 2:28 pm

      Amboiii HB.
      Jangan salah peluk isteri orang lain sudah yea.

      Reply
      • Hero Borneo says

        23 February 2015 at 6:42 pm

        ya..benda yang tak baik jangan dibuat.he..he..
        Hero Borneo menulis…Tips Bagaimana Hadapi Ujian HidupMy Profile

        Reply
        • azeni says

          24 February 2015 at 4:34 am

          Hehehe.
          Kena cam betol-betul isteri tau.

          Reply
  13. Travelog Siti says

    22 February 2015 at 10:09 pm

    Budak-budak kecik yang jenis panas baran kena selalu peluk. Bagi dorang cool down sikit.
    Travelog Siti menulis…20 cara buat duit dengan dan semasa melancongMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 February 2015 at 2:29 pm

      Memang betul TS.
      Budak-budak kalau selalu mengamuk salah satunya nak kan perhatian.
      Boleh amalkan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer