• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?

20 November 2014 By Azeni Ahmad 22 Comments

Dulu selalu kita dengar petua orang-orang lama, bayi yang lahir kena bedung. Kalau tak dibedung, katanya nanti jalan macam kengkang la pengkar la kan. Kononnya nanti berjalan, tak macam catwalk la. Hehehe.

Bedung bayi bukan setakat petua tetapi lebih kepada kesihatan dan keselamatan bayi itu sendiri.

Bedung bayi untuk hilang kaki pengkar

Bedung bayi sekadar trend ataupun keperluan?

Sebenarnya itu hanyalah petua orang-orang lama sahaja yang dikatakan kaki akan pengkar. Permulaannya bayi yang hidup di dalam rahim ibu adalah dalam keadaan  yang sangat selesa dan selamat seolah seperti dipeluk. Bila dilahirkan, mesti dia rasa janggal dengan perubahan bau, bunyi dan sebagainya.

Cara yang selalu diamalkan adalah dengan membedung bayi itu sendiri. Biasanya teknik membedung diajar oleh jururawat ataupun bidan ataupun orang-orang tua. Sekarang lebih senang, boleh belajar di YouTube sahaja kan.

Membedung bayi antaranya memberikan kelebihan seperti berikut:

1. Mengekalkan suhu badan bayi itu sendiri.
2. Elak bayi daripada terkejut dengar bunyi sekeliling. Bila dibedung, bayi akan rasa seperti di dalam rahim ibunya sahaja.
3. Dapat mengelakkan bayi daripada lemas disebabkan tertarik selimut ke arah muka. Salah punca bayi mati secara mengejut iaitu Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut atau SIDS.
4. Bayi dapat tidur lebih lama dan lena.
5. Memudahkan ibu untuk menyusukan badan kerana keadaan bayi yang statik.
6. Mengelakkan bayi mencakar muka disebabkan oleh tangan yang tidak bersarung.
7. Mudah nak didodoikan dan ditenangkan jika bayi menangis.

Tetapi perlu diingat bayi yang dibedung perlu mengikut caranya yang betul. Bendungan yang terlalu rapat dibahagian pinggul dan paha akan mempengaruhi pembentukkan terutamanya pada pangkal paha.

Cara membendung bayi seperti berikut:

Cara untuk bedung bayi

Cara-cara yang betul untuk bedung bayi

Biasanya bayi dibedung dalam usia 3-4 bulan tetapi bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Sesetengah bayi dibedung hingga 7-8 bulan terutamanya semasa waktu tidur.
Bayi yang telah mencapai 4 bulan ke atas akan mula meneroka dunia sekelilingnya dan jika hanya dibiarkan dalam bedungan menyebabkan proses pembelajaran menjadi terhalang.

Apa-apa pun bergantung kepada keadaan bayi tersebut kerana perkembangan setiap bayi kan berbeza. Selamat membedung bayi.

Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?
Anak-Anak Selalu Melawan Cakap: Bagaimana Untuk Memahami dan Mengatasinya

Related

Filed Under: Kekeluargaan Tagged With: cara untuk bedung bayi, kaki pengkar jika tidak dibedung, masa yang sesuai untuk bedung bayikelebihan membedung bayi, Mengapa perlu bedung bayi

Comments

  1. blogger lelaki says

    21 November 2014 at 9:22 pm

    masa anak mas bayi dulu emak dah ajar..hu3..senang jer

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      22 November 2014 at 4:58 am

      hehehehe..
      Senang je kan nak bedung bayi..

      Reply
  2. Norhayati Suaib says

    22 November 2014 at 10:46 pm

    At least dalam seminggu selepas kelahiran kena bedung.Untuk biasakan bayi dengan bunyi dan suasana.
    Dan kalau kerap terkejut juga bahaya kepada bayi kita.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 10:52 pm

      Memang betul.. saya amalkan lama jugak membedung bayi nie smpai 2-3 bulan jugak la..
      Bagi baby rasa selamat dengan persekitaran baru.

      Reply
  3. Hero Borneo says

    23 November 2014 at 6:38 am

    kepercayaan yang lama-lama tu..sukar nak ubah

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 10:53 pm

      Wajib dilakukan turun temurun kan..
      Yang penting tahu kepentingannya dan buat cara yang betul.

      Reply
  4. Hafiszan Kamarudin says

    23 November 2014 at 10:08 am

    anak saya 2 orang, kedua-dua dibedung masa kecil.Emak ayah suruh buat mesti kena ikut.masa tu x tahu lagi kenapa.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 10:54 pm

      Hehehe.. Kena ikut la kan..
      Masa anak saya kedua mmg on off je bedung sebab melalak je kerjanya..
      Lagipun cuaca panas kan..
      Ikut keperluan bayi la..

      Reply
  5. Pondok Papan says

    23 November 2014 at 4:29 pm

    Anak kedua saya langsung tak leg nk bedung..kalau bedung,nangis aje..barut perut pun tak.haiyaaa…

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 10:55 pm

      Wahhh lagi advance nie..
      Bayi awk tak kembung ke perut smpai taknak dipakaikan barut..
      Hehehe

      Reply
  6. EjamOthman says

    24 November 2014 at 7:36 am

    bedung dalam minggu awal kelahiran biasanya tiada masalah, bila dah nak sebulan ibunya berpantang anak pun pantang kena bedung mulalah drama air mata…budak2 sekarang ni bijak betul…hehe

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 11:06 pm

      Hehehe.. menangis je ehh..
      Tue budak2 zaman sekarang kan..

      Reply
  7. suri says

    24 November 2014 at 9:06 pm

    lebih suka cara lama bedung bayi sedap lena tidur katanya heeee

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 11:07 pm

      Dan ia menyenangkan kerja ibu kan suri..
      Hehehehe..

      Reply
  8. Hanny Abdullah says

    22 December 2014 at 11:40 pm

    Anak sis dulu semua di bedung, siap ikat kaki lagi..hehehe. Lena pulak diaorg tidur kalau dibedung

    Reply
    • azeni says

      23 December 2014 at 4:42 am

      Hehehe.. Memang pun lena je tidur kan..

      Reply
  9. ieta mat saad says

    18 March 2015 at 4:52 pm

    Amalan bedung bayi bagus dan mmg elok utk bayi. Petua org tua2 mmg ada benarnya.
    ieta mat saad menulis…Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gulaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 March 2015 at 7:27 pm

      Petua orang tua memang ada logikalnya kan.

      Reply
  10. aina says

    12 June 2015 at 2:26 pm

    Anak aina dulu pun bedung seminggu pertama je.lepas tu tak bedung n barut pun x pakai dah sebab masa tu cuaca panas.asal bedung atau pakai barut je,confirm naik bintik2 rashes.

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:09 pm

      Faktor cuaca pun memain peranan juga aina.
      Ikut bersesuaian dengan bayi tersebut.
      Kalau lama-lama bedung memang akan naik bintik-bintik merah pun..
      Lagi kesian pada bayi kan.

      Reply
  11. ruggedmom says

    3 July 2015 at 10:02 pm

    Berbedung memang bagus tapi kena betul caranya. Kaki baby tak boleh terlalu lurus sebab dah biasa bengkok semasa dalam perut. Lagipun tak bagus untuk tumbesaran dia.

    Silapnya orang dedulu (mungkin malas nak layan banyak soalan kot hehe) diorang kata tak bedung nanti kaki pengkar. Sepatutnya bagi jawapan yang betul dan logik. Alahai comelnya baby tu..rindunya dengan budak kecik
    ruggedmom menulis…My China Trip – Hangzhou Day 2 | Historical & Cultural Street of QinghefangMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:55 pm

      Kan.
      Memang bedung dalam posisi kaki membengkok sikit.
      Cuma kita hanya ikut sahaja cakap-cakap orang tua kan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer