• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Anak-Anak Selalu Melawan Cakap: Bagaimana Untuk Memahami dan Mengatasinya

8 November 2014 By Azeni Ahmad 18 Comments

Anak-anak yang masih kecik dibawah umur 2 tahun memang sangat comel bila digomol-gomol. Tetapi bila menginjak ke 2 tahun ke atas, mereka akan mula bereksplorasi dengan sekeliling dan mula berkawan. Daripada situ mereka akan membina sikap dan atitude mereka berdasarkan keadaan sekeliling mereka.

Untuk kita faham anak-anak, kita kena faham cara pemikiran mereka dahulu. Apa yang sebenarnya mereka mampu fikir ataupun mampu lakukan mengikut usia perkembangan menurut Prof Dr Rozieta Shaary.

 

Anak tidak mahu dengar cakap, anak melawan cakap, anak selalu memberontak

Anak tidak mahu mendengar cakap

 

Daripada segi psikologinya otak sebenarnya ada 3 lapisan. Iaitu:

1. Lapisan paling bawah untuk mengawal keselamatan. Ia berkembang semasa lahir hingga

umur 3 tahun. Pada waktu ini, mereka hanya akan bagi respon kepada ransangan yang

kita bagi sahaja dan belum pandai berfikir.

 

2. Lapisan tengah ataupun lapisan kedua akan mula berkembang bila usia 3 tahun.

Lapisan ini untuk menjaga emosi dan kesihatan. Pada usia ini, anak-anak baru mula

faham dan sedar tentang orang sekeliling dia. Mereka akan mula bertolak ansur

dengan orang sekeliling dan EQ akan mula berkembang.

(EQ adalah Emotional Intelligence iaitu keupayaan diri untuk menilai dan memahami emosi di sekeliling dan menyerap maklumat tersebut untuk memahami kelakuan orang lain. Pendek kata anak-anak sudah faham kalau kita bercakap dalam nada yang tegas ataupun melarang mereka)

 

*** Tetapi EQ akan berkembang lebih awal seawal 2 tahun jika anak-anak berasa selamat. Maksud selamat disini adalah anak itu merasa tenang ataupun tidak dimarah bila melakukan sesuatu perkara. Perkembangan anak akan lebih cepat jika dia berasa selamat.

 

Anak-Anak Selalu Melawan Cakap: Bagaimana Untuk Memahami dan Mengatasinya

Bahagian otak di hadapan

 

*** Tetapi EQ akan berkembang lebih awal seawal 2 tahun jika anak-anak berasa selamat. Maksud selamat disini adalah anak itu merasa tenang ataupun tidak dimarah bila melakukan sesuatu perkara. Perkembangan anak akan lebih cepat jika dia berasa selamat.

 

3. Lapisan paling atas adalah neokorteks iaitu otak anak-anak mula berkembang dalam

usia 4 tahun. Ketika ini, mereka akan faham jika kita terangkan sesuatu  contohnya

kenapa itu tak boleh buat, kenapa ini boleh buat. Tapi belum pandai bezakan

sendiri yang mana boleh boleh lakukan ataupun tak boleh lakukan sebab

frontal lobe belum berkembang sepenuhnya.

 

Anak-Anak Selalu Melawan Cakap: Bagaimana Untuk Memahami dan Mengatasinya

Selalu berebut mainan

Cakap kat dia tidak boleh berebut dalam nada tegas tapi lembut. Jangan marah atau pekik kat dia terutamanya di depan ramai orang. Bawa anak kat tempat lain dan bagi mainan yang lain.

 

Nampak macam poyo je kan. Macam senang je bila bercakap secara teori. Tetapi semua kena praktis. Kena selalu diulang-ulang perkara yang sama walaupun dialog yang sama. Bagi anak kita faham, sebenarnya dia tak boleh berebut.

 

IbuBapa Kena Elakkan Melakukan Perkara:

1. Jangan marah anak di depan ramai orang. Sebab anak itu akan rasa tak selamat

dan dia akan kurang keyakinan diri. Dan dia akan bersifat pendiam dan perasaan membuak-buak.

Ia akan  meletup (macam bom jangka) bila berusia 4 tahun ke atas bila dia tahu berfikir.

Masa itu akan nampak memberontak dan melawan cakap kita bila semakin besar.

 

2. Kurang komunikasi dengan anak. Yang saya faham dan nampak, bagi anak kita

berasa selamat dengan kita masa bawah umur 3 tahun. Bila 3tahun ke atas kena

selalu bercakap dan  bersembang dengannya. Terangkan kenapa itu boleh, kenapa yang ini tak boleh.

 

3. Jangan bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang.

Paling terdekat jangan banding dengan abangnya ataupun kakak ataupun adik. Itu akan

mempengaruhi kestabilan emosi dan keakraban dengan adik beradik akan kurang.

 

Dan bagi saya faktor anak lelaki buas ke anak perempuan kurang lasak ke tak berapa penting. Semuanya bergantung pada cara kita mendidik mereka dan suasana di rumah itu sendiri.

 

Jom kita sama-sama praktis kan.

Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?

Filed Under: Anak-anak melawan Cakap, Kekeluargaan Tagged With: anak memberontak, Anak suka melawan, anak tak mahu dengar cakap, Cara atasi anak melawan cakap

Comments

  1. zai hasnie says

    8 November 2014 at 11:02 am

    nice entry…memang kita xboleh berkeras dgn mereka. umur 5 tahun ke bawah ni sangat fragile sebab ia akan membentuk peribadi anak itu..klau selalu dimarah, dia akan buat perkara yg sama pada kita dan adik2nya…anak adalah cerminan ibu bapanya!

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:03 pm

      Tue la zai.. kadang2 anak2 nie akan copy paste balik ayat kita cakap kemudian bagi kat adik dia..
      Buat marah la, buat nak rotan la..
      Hadoiiii…

      Reply
  2. Cik Iman says

    8 November 2014 at 2:21 pm

    Boleh amalkan nie bila anak Cik Iman dah besar sikit 🙂 thanks share info

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:04 pm

      Cik iman apply kan tgk pada karakter anak2 kita.. Cara kita apply akan lain2 mengikut anak masing2..
      Saya just share apa yg biasa saya buat…
      Hehehehe..
      Semoga ia membantu…

      Reply
  3. suhailey mohd noor says

    8 November 2014 at 3:03 pm

    Baiklah pn azeni..sy akan cuba praktiskan tips awak ini..
    sib baik sy ni mama yg cool^^^ aha

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:05 pm

      Hehehehe..
      Will know soon when u becoming ibu anak dua…
      Hahaha…

      Reply
  4. akubiomed says

    8 November 2014 at 9:46 pm

    Bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Apa tindakan mereka akan mencerminkan tingkah laku mereka di masa hadapan.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:06 pm

      Betul sangat bro.. Memang pun.. Kita sendiri pun kena control perangai.. apatah lagi perkataan kan..
      Same time ia membentuk peribadi kita jugak kan…

      Reply
  5. ieda dayah says

    8 November 2014 at 10:20 pm

    insyaallah, akan mencuba yang terbaik untuk anak-anak.. thanks kongsi info ini..
    PERBEZAAN OMEGA GUARD DENGAN MINYAK IKAN LAIN

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:07 pm

      ieda apply mengikut karakter anak awk..
      semoga ia membantu kita jadi parent yg lebih baik kan…
      Semuanya kena try and error gak…

      Reply
  6. blogger lelaki says

    9 November 2014 at 4:12 pm

    bagus tips nie…semakin anak membesar semakin banyak kerenah

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:08 pm

      hihihi.. tue namanye sihat kan..
      Banyak karenah banyak akalnya… hehehe

      Reply
  7. Gedung Sinar Sihat says

    12 November 2014 at 3:06 pm

    kadang kala ada juga ibu bapa suka marah pada anak pada peringkat awal nie. dengan mengganggap melentur buluh dr rebungnya. padahal waktu inilah kita x boleh nak marah dia

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:09 pm

      betul tue.. padahal peringkat awal nie mereka nak rasa selamat dgn kita.. kalau tak selamat tue yg nmpak dowg rapat dgn org lain..

      Reply
  8. Mak Jemah Jual Vitamin says

    17 November 2014 at 8:43 pm

    yang penting kena sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak kan..tp kadang2 sebagai ibu kadang terlepas jugak kata2 amarah tu huhu, tp sekarang cuba kawal diri mengenangkan anak-anak belum boleh membezakan baik buruk spt kita, sebagai ibu bapa kitalah kena jadi role model mereka..

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      18 November 2014 at 5:52 am

      tue la betul sesangat.. memang akan terlepas cakap pun..
      Kita ibu bapa ada emosi jugak..
      Tapi sekali sekala takpe la…
      Hehehe

      Reply
  9. rose says

    5 December 2014 at 10:23 pm

    macam mana ye kalau kita dah terlanjur marah die mase umur 3tahun…& skrg die da 4thn..mmg die memberontak..mcm mne nk atasi mslh ni plak..?

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:50 pm

      Takpe rose…
      Yang lepas biarkan lepas..
      Yang penting tindakan dan cara kita sekarang nie..
      Awak cuba banyak komunikasi dengan dia. Memang penat bercakap dan berulang kali cakap benda yang sama tapi memang ramai pakar kauselor cakap kanak-kanak akan simpan dalam memori apa yang kita cakap..

      Mungkin hasilnya bukan dalam masa yang cepat.. tetap ambil masa..
      Mungkin rose try cakap semasa dalam tidur sebab semasa tidur minda kita dalam keadaan separa sedara.. So cakap perkara-perkara yang baik pada dia..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital