• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Barang Wajib Untuk Penyusuan Ibu Berkerja Untuk Jimatkan Masa

12 November 2014 By Azeni Ahmad 1 Comment

Mesti ramai yang kenal Dnyas Moktar kan?

Selebriti beranak 2 yang memang menyusu badan sepenuhnya pada masa yang sama sibuk mengusahakan bisness sendiri. Masih cantik dan bergaya kan.

5 Barang Wajib Untuk Penyusuan Ibu Berkerja Untuk Jimatkan Masa

Tapi bila dikaitkan dengan bekerja dan menyusu badan, pasti antara bakal-bakal ibu pening. Sebab nanti bila menyusu badan, penampilan kena berubah pulak kan… Antara soalan yang femes tue.

Soalan lain yang femes contohnya:

Menyusu badan nie ambil masa yang lama la?Rasa macam leceh je nak kena mengepam waktu office hour pulak kan?Kalau menyusu, tak boleh pakai baju yang cantik-cantik dah kan? Sebab asyik nak selak mengepam je? Takpun nanti anak asyik nak menyusu je.


Tapi semua persoalan nie pun bagi ibu yang beranak 2-3 orang pun tak semestinya akan tahu kan.

Sebenarnya semua perkara tue tidak akan menyusahkan pun bagi ibu yang bekerja. Semua akan jadi mudah dan senang bila kita tahu dan dilakukan secara sistematik kan.

Semua akan jadi tersusun dan senang bila barang yang penting ada untuk mudahkan menyusu.

Jom kita tengok 5 barang wajib ada untuk menyusu semasa bekerja.


1. Gunakan pam susu yang menjimatkan masa anda

Masa mengepam biasanya saya limitkan dalam 15-20 minit per sesi tapi bukan untuk sebelah payudara tau. Kiranya buat terus double pumping. Untuk double pumping, boleh gunakan set pam elektrik ataupun yang boleh removable (tak perlu gunakan suis tapi gunakan power bank).

So kita boleh pilih untuk mengepam di mana-mana walaupun dalam kereta. Pilihan untuk ibu bekerja di luar office.

2. Simpan susu menggunakan plastic

Senang untuk packing menggunakan plastik bila perlu disimpan dalam peti sejuk. Susu lebih mudah dicairkan dan senang untuk dihantar ke nursery ataupun pengasuh.

Untuk saya, susu perahan yang diturunkan daripada tempat beku, kemudian dicairkan dalam suhu sejuk bahagian bawah petisejuk dulu. Susu dialihkan dalam botol untuk dihantar ke rumah pengasuh.

3. Wajib adakan cooler bag (beg penyejuk)

Susu yang telah diperah disimpan dalam cooler bag dengan ketulan bag ice kiub. Ia boleh tahan selama 8-12jam. So sempat kalau ibu yang jenis sampai lambat di rumah tapi susu masih berkeadaan baik.

4. Pakai coli menyusu

Paling penting kerana penggunaan coli payudara untuk menyusu. Takperlu risau kalau kata design limited sebab sekarang terlalu banyak pilihan ataupun corak coli. Hanya perlu pilih dan bayar sahaja.

Sangat perlu ibu menyusu menggunakan coli penyusuan. Sebab jika menggunakan coli biasa, ia akan menganggu aliran susu ke nipple kita. Secara tak langsung, penghasilan susu semakin kurang dan paling penting ketidakselesaan kita.

5. Pemanas susu ibu

Berguna untuk dihantarkan ke rumah pengasuh ataupun nursery. Ia akan mencairkan susu di bawah suhu 37 darjah Celsius. Susu dipanaskan dalam keadaan suam untuk mengelakkan nutrisi hilang.


Lebih mudah dan lebih senang kan.

5 Barang Wajib Untuk Penyusuan Ibu Berkerja Untuk Jimatkan Masa

Tapi yang paling penting, kita boleh bagi susu badan pada anak kita walaupun kita bekerja. Perlu diingat walaupun susu ibu yang telah dibeku kemudian dicairkan namun segala nutrisi keperluan anak masih ada dalam susu tersebut.

Jom kita jayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.  


5 Sebab Mengapa Penyusuan Badan Waktu Malam Sangat Penting
Stok Susu Badan Tak Cukup Selepas Demam Denggi: Pengalaman Sendiri

Related

Filed Under: Penyusuan

Comments

  1. Hero Borneo says

    17 November 2014 at 7:10 am

    info ini amat berguna untuk para ibu muda yang ingin menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer