• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Petua Mudah Turunkan Kolestrol Badan

25 March 2018 By azeni 6 Comments

Bab kolestrol tinggi dalam badan memang bahaya. Boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan juga stroke.

Bahaya kan.

Daripada boleh dicegah kolestrol tinggi, diabaikan kesihatan sampaikan boleh menyebabkan stroke. Lebih teruk kalau kena stroke satu badan. Tak boleh bergerak hanya mampu terlantar sahaja.

Dan sememangnya kos lebih tinggi jika terkena serangan jantung ataupun stroke berbanding dengan kos mencegahnya.

Berapa?

Saya akan kongsikan seterusnya di bawah artikel ini.

Salah satu cara untuk turunkan kolestrol ataupun cegah kolestrol dengan amalkan makanan ini sebagai petua untuk masalah kolestrol.

5 petua turunkan kolestrol dalam badan

5 Petua Mudah Turunkan Kolestrol Badan.

1.Ambil tumbuhan yang tinggi dengan Phytosterols

Maksudnya disini adalah sterol tumbuhan. Ada kajian dilakukan sterol tumbuhan ini adalah sebatian yang bersifat untuk rendahkan kolestrol dalam badan kita.

Apa makanan yang tinggi Phytosterols?

Iaitu jenis kekacang ataupun minyak sayur-sayuran. Kekacang yang sihat tak bersalut dengan madu ataupun garam ya.

Seperti badan, hazelnut, walnut, kacang pistachio, kacang tanah yang ada kandungan asid lemak mono dan polyunsaturated yang jaga saluran darah kita.

Tapi pemilihan makanan kekacang perlu diambil dengan makanan harian lain yang sihat ye. Ataupun dijadikan kudapan/jajan yang sihat.

Ataupun buah tomato dan lobak merah (carrot) tinggi dengan sterol.

Petau kolestrol aiatu avokado

2. Buah Avokado

Buah avokado memang tinggi nutrien. Ada kajian dilakukan, pengambilan avakado setiap hari bagus untuk kesihatan hati dan juga meningkatkan tahap HDL (lemak baik) pada orang yang berlebihan berat badan atau gemuk.

Di Australia, avakado memang dijadikan rutin sarapan ataupun kudapan bersam dengan sandwich. Bukan semata-mata untuk diminum tetapi juga dimasak dalam makanan. Ala-ala western menu tapi sihat.

Cuma avakado tinggi kalori. Jangan terlalu banyak makan dalam sehari.

3. Minyak Zaitun

Boleh gunakan dalam 2 sudu besar (23 gram) minyak zaitun sehari untuk menggantikan lemak lain dalam diet makanan. Seperti untuk tumis sayur ataupun tambah dalam perapan dan juga sebagai dressing dalam salad.

Minyak zaitun juga tinggi kalori seperti buah avokado. So jangan melebihi pengambilan dalam sehari.

4. Oatmeal, oat bran dan makanan serat

Oatmeal ada serat larut dan bagus untuk rendahkan kolestrol dalam darah.

Ambil 5-10mg setiap hari bantu turunkan jumlah kolestrol dalam badan kita.

Tips pemilihan oat:

Biasa ramai orang tak konsisten makan oat disebabkan rasa yang muak kan. Pilih oatmeal yang bukan instant tau. Sebab instant oat akan mengembang bila direndam dalam air/susu/cecair.

5. Ikan Berlemak

Bukan semua ikan ada lemak omega 3 ye.

Sebab ikan yang ada lemak omega 3 ini bagus dapat mengurangkan tekanan darah dan risiko membekukan bekuan darah.

Bagi mereka yang ada kolestrol tinggi dan juga serangan jantung, lemak omega 3 sangat membantu dan bagus untuk mengurangkan serangan.

Antara ikan yang tinggi dengan lemak omega 3 mudah didapati adalah:

  • Ikan sardine
  • Ikan Salmon
  • Ikan kembung
  • Ikan tuna

Tapi cara penyediaanya kena lebih sihat la. Jangan dibuat masak lemak ataupun kari kan. Hihihi.

Bagusnya dipanggang ataupun direbus ataupun dibakar untuk bantu optimunkan khasiat yang sepatutnya kita perolehi.

5 petua makanan ini boleh dijadikan rutin dalam diet pemakanan harian terutamanya untuk mereka yang sudah ada bacaan kolestrol tinggi.

Dan memang wajib tukar gaya hidup yang lebih sihat untuk elakkan keadaan lebih teruk sampai ke masalah jantung ataupun serangan stroke kan.

Nak tahu tentang ubat kolestrol?

Biasanya doktor akan bagi ubat kolestrol daripada kumpula -satin. Saya detailkan disini tentang ubat kolestrol iaitu Jom Kenali Ubat Kolestrol Anda!

Selain makanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat, pengambilan suplemen untuk bantu kolestrol turun pun secara selamat.

Suplemen untuk Turunkan Kolestrol Tinggi:

ubat turunkan kolestrol badan

i.Vivix

Ada kandungan polifenol.

Bagusnya Vivix ini untuk elakkan plak yang terjadi di dinding saluran darah kita. Kolestrol akan menempel di dinding hingga sampai satu tahap menebal dan menghalang darah mengalir.

Itulah antara punca boleh kena serangan jantung ataupun serangan stroke kan.

Darah tak cantik mengalir automatiknya oksigen pun tak sampai ke otak dan jantung! Vivix ini memang bagus untuk cegah sekali pembentukan darah beku la.

ii.Phytocol

Dalam Phytocol ini adalah kandungan sterol dan stanol. Struktur kimia untuk sterol dan stanol adalah seakan sama dengan kolestrol. Bila di ambil bersama-sama, sterol dan stanol akan bersaing untuk penyerapan dalam usus.

So kolestrol yang kita makan tadi, akan tertinggal tanpa diserap dalam badan. Sebab itu fungsi Phytocol ini untuk halang kolestrol terus menyerap dalam badan kita.

Phytocol Shaklee ada 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan. Kalau anda tak mampu nak makan jenis kekacang, lobak merah dan juga tomato setiap hari, so boleh telan Phytocol ini. Hihihi.

Phytocol Shaklee bebas gluten.

iii.Coq-Trol Plus

Bagi mereka yang memang ambil ubat kolestrol (nama kumpulan ubat diakhiri dengan –statin), digalakkan ambil Coq-Trol Plus ini.

Peranan Coq-Trol ini bantu pembentukan coenzyme Q10 yang juga dikenali sebagai CoQ10.

Sebab CoQ10 ini merupakan salah satu yang terlibat dalam penghasilan tenaga. Bila CoQ10 kurang, kita akan mudah letih, sakit-sakit otot, sakit kepala, pening, dan loya. Ini kesan sampingan yang biasa dialami oleh orang yang makan ubat kolestrol –statin.

Coq-trol akan bantu bagi tenaga dan lebih cergas.

Jangan berhenti ubat kolestrol –statin yang disarankan oleh doktor melainkan atas nasihat doktor itu sendiri.

iv.Omega Guard

Dalam Omega Guard ini ada kandungan omega 3 bagus untuk turunkan paras kolestrol jahat iaitu LDL yang menyebabkan pembekuan darah.

Simptom seperti kerap kebas anggota badan juga petanda untuk kolestrol tinggi yang menghalang peredaran disebabkan kolestrol menghalang.

So omega 3 ini sangat membantu untuk kuatkan dinding saluran darah juga.

petua mudah turunkan kolestrol selamatTanda kolestrol tinggi dalam badan

Kos untuk pembelian 4 vitamin ini boleh membantu untuk menurunkan tahap kolestrol dalam badan kita lebih berbaloi. Tetapi kena seiring dengan diet makan dan juga gaya hidup sihat!

Berbanding kalau orang terdekat dengan kita ataupun ibubapa kita sendiri ada masalah ini. Memang akan melibatkan kos tinggi. Belum lagi masa dan tenaga lagi kan.

Sakit jantung sampai terpaksa buat pembedahan di IJN memang dalam puluhan ribu ringgit. Andai terkena serangan stroke lebih banyak lagi kan.

Dan 4 vitamin ini memang selamat diambil cuma perlukan guide yang betul untuk membantu.

Boleh tengok di sini untuk Vitamin Shaklee Kelulusan KKM.

Dan juga Jaminan Keberkesan Vitamin Shaklee.

Saya akan bantu untuk guide cara makan yang betul dan juga bantu untuk diet makan yang sihat. Untuk pesanan dan pembelian vitamin untuk kolestrol, boleh terus hubungi saya di:

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

(link whatapps: www.wasap.my/60125771864)

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Jana Pendapatan dengan Skincare Paling Berkesan

Jom Kenali Ubat Kolestrol Anda!
3 Sebab Mengapa Vitamin Shaklee Bagus!

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Kolestrol tinggi, petua untuk kolestrol tinggi, sakit jantung, stroke, suplemen kolestrol

Comments

  1. Hamidah Ahmad says

    27 March 2018 at 9:35 am

    Terima kasih atas info ni puan azeni.. betul kata puan, supplemen Shaklee lebih murah berbanding kos rawatan di hospital
    Hamidah Ahmad menulis…Punca Bayi Susah Tidur dan Tips MenyelesaikannyaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 April 2018 at 6:39 am

      Terima kasih sudi jenguk disini..
      Semoga mendapat info..

      Reply
  2. Belang Tarung says

    29 March 2018 at 10:46 am

    avocado sedap juga makan begitu sahaja..banyak makanan leh kurangkan penyakit..

    kalu dah kurang berat badan..inshaAllah kurang penyakit pelik pelik..
    Belang Tarung menulis…Cara Memulakan Bisnes Air Balang Popular dan ViralMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 April 2018 at 6:40 am

      Kalau saya tak boleh telan avokado sahaja.
      Kena buat jus juga..
      Hihihi.

      Reply
  3. titan says

    2 April 2018 at 3:18 am

    syukur.

    sejak anak dah dua.

    makin kurus dibuatnya.

    haha..
    titan menulis…Second Child. First Daughter.My Profile

    Reply
    • azeni says

      3 April 2018 at 6:40 am

      Hahaha.
      Kurus bukan jaminan kolestrol takda tau.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer