Orang yang ada masalah kolestrol tinggi wajib berjumpa dengan doktor dan ambil ubat yang disarankan oleh doktor.
Sebab apa?
Kesan sampingan bila dah ada kolestrol tinggi ni bahaya. Boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan juga stroke satu badan bila dibiarkan tanpa ambil ubat.
Lagi bahaya kan.
Daripada keadaan yang boleh dielakkan lebih teruk, bertambah lebih teruk dengan penyakit yang lain pula kan. Alahai.
Boleh baca detail disini tentang 5 Petua untuk Turunkan Kolestrol Dalam Badan.
Biasanya antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mereka yang ada masalah kolestrol tinggi adalah:
- lovastatin (Mevacor)
- simvastatin (Zocor)
- atorvastatin (Lipitor)
- pravastatin (Pravachol)
- rosuvastatin (Crestor)
- fluvastatin (Lescol)
- pitavastatin (Livalo)
Ada kesan sampingan yang perlu anda tahu bila ambil ubat kolestrol ini sebenarnya.
Semua ubat yang di atas dalam kumpulan –satin khas untuk kolestrol tinggi.
Secara asasnya, ubat-ubat kolesterol statin ni berfungsi untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan dengan menghalang satu komponen dalam badan yang bertindak membuat kolesterol.
Komponen itu namanya enzim hmg-coA reductase.
Bila makan ubat kolestrol, statin halang enzim ni makanya kuranglah kolesterol dihasilkan di dalam badan.
Ya betul.
Kolesterol jugak dihasilkan secara semulajadi di dalam badan kita.
Tapi, bila statin halang enzim ni, secara tak langsung dia jugak halang pembentukan coenzyme Q10 yang juga dikenali sebagai CoQ10.
Penting tau CoQ10 ini dalam badan kita. Sebab CoQ10 ni merupakan salah satu benda yang terlibat dalam penghasilan tenaga.
Bila CoQ10 kurang, kita akan jadi mudah letih, sakit-sakit otot, sakit kepala, pening, loya. Ini juga lah kesan sampingan yang biasa dialami oleh orang yang makan ubat statin.
Cuma bukan semua orang yang ambik statin akan mengalami kesan sampingan ini.
Macamana kalau memang ada kesan sampingan seperti di atas?
Kena stop makan ubat kolestol tu ke?
Kalau memang ada kesan sampingan itu, boleh amalkan suplemen yang mengandungi CoQ10. JANGAN stop makan ubat statin tanpa arahan doktor.
Bagi mereka yang memang ada masalah kolestrol tinggi, wajib buat:
- Jumpa doktor untuk pemeriksaan
- Makan ubat yang disuruh oleh doktor
- Jaga makan dan makan makanan sihat
- Buat senaman dan tukar gaya hidup lagi sihat. Banyak kan berjalan ataupun buat aktiviti keluarkan peluh.
- Boleh amalkan suplemen untuk sokong badan lebih bertenaga dan bantu untuk turunkan kolestrol.
Suplemen untuk Kolestrol Tinggi;
Vivix bantu elakkan plak kolestrol
Kandungan polifenol dalam vivix bantu untuk elakkan pembentukan plak di dalam saluran darah.
Ini boleh menyebabkan tekanan darah jadi lagi tinggi dan ada komplikasi lain pula.
Phytocol ST untuk kawal kolestrol
Orang yang ada kolestrol tinggi digalakkan ambil makanan tinggi dengan stenol dan sterol.
Fungsi sterol dan stenol ni seakan sama dengan kolestrol dalam badan. Jika diambil sebelum makan, bantu halang kolestrol terus menyerap dalam badan kita.
Coq-Trol Plus untuk tenaga
Bagi mereka yang ada ambil ubat –statin yang diterangkan seperti di atas, memang disarankan ambil suplemen yang ada CoQ10.
Dalam Coq-Trol Plus ada kandungan CoQ10 bersama minyak zaitun untuk bantu bagi badan bertenaga semula.
Omega Guard elak darah beku
Ada kandungan omega 3 yang bagus untuk halang pembentukan darah beku oleh LDL (lemak jahat).
Biasa orang ada kolestrol tinggi ni kerap rasa kebas-kebas anggota badan disebabkan darah mengalir tak cantik.
So Omega Guard ni bagus untuk menghilangkan rasa kebas-kebas.
Ada ke kesan sampingan makan vitamin Shaklee ni?
Hehehe.
Jom saya kongsikan apa yang perlu anda tahu tentang vitamin Shaklee – Ada Kesan Sampingan ke Makan Shaklee?
Berapa lama kolestrol akan turun lepas makan suplemen ni?
Memang lama baru nampak kesan sebenarnya. Memang kena bersabar betul-betul dengan ambil ubat doktor dan pada masa yang sama ambil suplemen.
Boleh membantu.
Jangan sesekali kurang dose ubat doktor tanpa arahan walaupun ambil suplemen.
Rasa seolah bergantung dengan ubat dan suplemen sahaja kan bila kolestrol tinggi ni. Tapi sekurang-kurangnya dapat elak serangan jantung dan juga stroke.
Itu lebih teruk kan keadaan.
Jangan sampaikan biarkan orang tersayang kita ataupun ibubapa kita sampai tahap terlantar tak boleh bergerak. Insyallah ikhtiar kita dengan suplemen ini boleh membantu sedikit sebanyak.
Saya boleh bantu anda dengan pesanan suplemen ini dan juga konsultasi khas. Boleh terus hubungi saya di;
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Allahuakbar.. patutlah mak ayah saya lemah lesu aje.. walaupun dah ambik macam2 supplement.
Lepas ni nak bagi coq10 pada mak ayah.
Tm ksh beri kesedaran.
Nor Hazmira Mihamzah menulis…TOLONG LAH NURSE. SAYA TAK SANGGUP KENA CUCUK INFERON
Boleh la bagi suplemen yang membantu bagi tenaga.
Pastikan suplemen yang selamat..
Smeoga info ini dapat membantu.
ubat kolesterol. senang je.
jaga makan, bersenam selalu.
tu je.
titan menulis…Speech Theraphy One Two Three
Betul kalau belum ada kolestrol tinggi.
Kalau dah ada memang kena juga ambil ubat dan bersenam.