• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

6 Cara Elak Kencing Malam untuk Kanak-Kanak

24 August 2015 By azeni 12 Comments

Kencing malam bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun juga dikenali sebagai enuresis.

Anak saya iaitu Thaqif yang berusia 5 tahun, selepas bercerai lampin memang tiada masalah kencing malam. Cuma kadang-kadang ada juga terkencing tetapi jarang sangat la.

Memang rasa nak jerit je kalau anak terkencing malam. Nak-nak yang masih tidur bersama dengan kita kan. Tetapi biasalah mereka pun dalam proses belajar kan.

cara atasi anak kencing malam

Menurut pakar kanak-kanak, kencing malam mungkin juga disebabkan oleh:

** Pundi kencing masih belum matang (underdevelopment) untuk mengawal.

** Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vassopressin. Hormon ini bertindak untuk mengurangkan untuk mengurangkan penghasilan air kecing semasa waktu tidur.

Biasanya jarang berkait dengan masalah kesihatan yang kritikal. Tetapi kalau dah umur 7 tahun ke atas lebih baik berjumpa dengan doktor.

Sumber: PAMA

6 cara elak kencing malam untuk kanak-kanak:

1. Bagi penerangan (educate) kepada anak

Kena terangkan kepada mereka bagaimana kalau punci kencing yang penuh dan terasa tekanan untuk mengosongkannya. Kena bangun ke bilik air untuk kencing.

Terangkan juga yang air kencing adalah najis dan perlu menjaga kebersihan tempat tidur.

2. Buat jadual untuk bagi kesedaran

Boleh buat jadual setiap hari dalam sebulan untuk menunjukkan hari mana yang dia terkencing ataupun tidak.

Boleh labelkan terkencing malam dengan W (wet) dan hari yang tidak terkencing adalah D (dry).

Ini bertujuan untuk menampakkan pada mereka kekerapan mereka terkencing. Mungkin perkembangan boleh dikira mengikut minggu. Jika ada peningkatan, boleh bagi ganjaran pada mereka.

3. Ajar untuk paksa kencing

Biasanya sebelum nak tidur, memang pundi kencing dalam keadaan ada separuh air kencing. Sebelum mereka masuk tidur, suruh kencing dahulu.

Sebelum kita masuk tidur, kejutkan suruh bangun kencing walaupun dalam tiada air kencing. Ini untuk bertujuan bagi mereka terjaga untuk bangun ke tandas.

Kalau boleh buat dalam 3 kali untuk kejutkan mereka.

4. Elakkan minum air dalam 3-4 jam sebelum masuk tidur

Kalau boleh kurangkan ambil minuman sebelum masuk tidur tidak kira samada air kosong ataupun minuman bergula.

5. Letakkan jam loceng sebagai alarm

Boleh setkan kan jam di tempat tidur mereka dan pada masa yang sama kita juga bangun untuk kejutkan mereka.

Mungkin boleh buat 2 kali semasa tidur sebagai permulaan.

cara atasi anak kencing malam

Elakkan daripada marah anak apabila terkencing malam

6. Jangan marah mereka

Bawa banyak bersabar dan elakkan daripada marah mereka. Kerana ini boleh membuatkan mereka rasa rendah diri dan berasa malu.

Paling penting, memang kena banyak bersabar untuk biasakan mereka. Kawal kemarahan kita untuk mengelakkan mereka rasa lebih rendah diri.

Cuba elakkan dari bandingkan dengan abang ataupun kakak yang terdahulu. Mungkin akan menambahkan lagi rasa malu dan rendah diri.

Selamat mencuba.

Air Ketuban Banyak Atau Kurang : Apa Risikonya?
3 Petua Mudah Untuk Hilangkan Jeragat Muka Bagi Lebih Berseri

Filed Under: Petua Tagged With: cara atasi anak kencing malam, enuresis, petua anak kencing malam

Comments

  1. titan says

    25 August 2015 at 6:16 pm

    anak gua masih aktif kencing dan berak tengah malam.

    haha..
    titan menulis…Kekal Sihat dan Langsing dengan Set Bersalin NR (Nona Roguy)My Profile

    Reply
    • azeni says

      26 August 2015 at 4:25 pm

      Hahaha..
      Kalau anak tue baru 3-4 bulannya memang la..

      Reply
  2. mrhanafi says

    26 August 2015 at 7:41 am

    perlahan-lahan didik mereka supaya jangan kencing atas tilam..
    mrhanafi menulis…Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      26 August 2015 at 4:25 pm

      Ibubapa kena banyak sabar

      Reply
  3. Nurul says

    26 August 2015 at 4:22 pm

    Anak saya umur 5 tahun masih pakai pampers waktu malam. Tengah usaha untuk jarakkan waktu minum susu dengan waktu tidur.
    Nurul menulis…Apa yang anda nak , ESP boleh buatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      26 August 2015 at 4:28 pm

      Owhhh.. Takpe puan nurul..
      Insyallah boleh tue.. Cuma lambat atau cepat sahaja kan..

      Reply
  4. Fisya says

    1 September 2015 at 2:41 pm

    nak ajar anak untuk elak kencing malam memang mencabar..Tapi kalau kena gayanya in shaa Allah di permudahkan.Anak sya alhamdulillah genap 2 tahun dah bebas diapers siang malam…
    Fisya menulis…Promosi September Shaklee 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      2 September 2015 at 1:16 am

      Memang kena faham corak anak macamna.
      Kalau dah faham senang keje kan..

      Reply
  5. LailaIsabella says

    23 September 2016 at 10:56 am

    Sya dh buat semua 5 di ats.. yg ke 6 tu klu sabar sye dh nipis mcm kulit bwng..huhuhu
    cume sye belom bw jumpe doktor lg…

    Reply
    • azeni says

      28 September 2016 at 11:22 am

      Hehehe Puan..
      Memang la.. Memang sangat menguji kesabaran kita jadi mak-mak nie..

      Kalau lebih teruk, boleh bawa jumpa doktor puan..

      Reply
  6. Finaz says

    4 May 2018 at 2:52 pm

    Adik saye umur 11 tahon masih kencing dlm seluar…..x tahu nk buat mcm mane lgi…bila dh kencing sorok seluar yg dia kencing kt mane….tu yg ayah ibu marah…boleh tlg saye x??

    Reply
    • azeni says

      21 May 2018 at 11:02 pm

      Adik ada masalah tertekan tak?
      Macam selalu kena marah ke ataupun kena herdik ke?
      Perasaan takut ataupun kerap menyendiri pun menyebabkan jadi stress.
      Pun jadi kencing malam.

      Dan boleh kawal minum air waktu malam dalam beberap jam sebelum nak tidur.

      Semoga membantu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network