• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Air Ketuban Banyak Atau Kurang : Apa Risikonya?

13 October 2015 By azeni 9 Comments

Air ketuban seolah-olah seperti oksigen kepada bayi di dalam kandungan ibunya. Macam orang dewasa memerlukan oksigen untuk hidup. Tidak boleh banyak ataupun terkurang oksigen kan.

Sama juga kepada bayi di dalam perut ibunya.

Tidak boleh terbanyak ataupun terkurang.

Air ketuban adalah cecair amnion yang berada bersama-sama dengan bayi selama 9 bulan sebelum ia pecah dengan sendirinya. Air ketuban akan mula ada dalam kantung lebih kurang 12 hari selepas pensenyawaan.

Masalah air ketuban

Sarung air ketuban seperti selaput kulit telur

Bagaimana air ketuban boleh dikekalkan isipadunya?

Mesti kita terfikir macamana air ketuban sentiasa cukup bersama-sama dengan pembesaran bayi kan?

Air ketuban terhasil daripada air kencing bayi. Bayi akan menelan air ketuban dan kemudian dikeluarkan semula.

Isipadu air ketuban lebih kurang 800ml. Apabila bayi mencecah ke 40minggu, air ketuban akan mengurang hingga ke 600ml.

Mari kita tengok apakah fungsi air ketuban.

1. Melindungi daripada suhu sekeliling

Memang tiada istilah siang ataupun malam untuk bayi dalam perut. Tiada tahu sama cuaca sejuk beku ke panas terik ke.

Sebab air ketuban sentiasa menyelesakan bayi walaupun tidak berbaju kan. Hihihi.

2. Menyerap hentakan dan tekanan

Bayangkan ibu ‘membawa’ selama 9 bulan ke sana sini. Ibu jatuh ke, terhentak dalam kereta ke tertindih ke, semuanya masih dalam keadaan yang baik untuk bayi disebabkan oleh air ketuban.

Ia berfungsi untuk menyerap apa-apa hentakan dan tekanan tetapi bukan yang terlalu kuat la.

3. Air ketuban untuk perkembangan bayi

Bayi di dalam perut memang akan sentiasa bergerak-gerak. Macam berpusing-pusing dalam air kan.

Dengan pengerakan bayi, ia membantu perkembangan otot dan tulang.

Selain itu, air ketuban juga membantu perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi. Di mana bayi akan menelan air ketuban dan kemudian membuang semula.

Apa akan terjadi bila air ketuban banyak ataupun kurang?

Masalah air ketuban banyak juga dikenali sebagai polyhydramonia.

Manakala air ketuban kurang dikenali sebagai oligohydramonia.

Masalah air ketuban banyak

Ini disebabkan oleh bayi kurang minum air dan lebih banyak kencing. Air ketuban boleh menjadi banyak disebabkan oleh:

i. Masalah kencing manis oleh ibunya ataupun diabetes gestasi.

ii. Boleh berlaku masalah saluran percernaan terhempit ataupun tersumbat menyebabkan bayi tidak dapat minum. Ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

iii. Faktor ketidakserasian jenis darah antara bayi dan ibunya iaitu faktor rhesus (RH).

iv. Mungkin berlaku jangkitan pada bayi.

Masalah air ketuban banyak dan kurang

Masalah air ketuban banyak

Komplikasi yang terjadi apabila air ketuban banyak

i. Kedudukan bayi akan menjadi tidak stabil disebabkan sentiasa bergerak-gerak. Mungkin akan berada dalam keadaan songsang ataupun melintang.

Boleh menyebabkan kelahiran ceaserans.

ii. Boleh menyebabkan kelahiran pra matang (Boleh baca Risiko Lahir Bayi Pra Matang)

iii. Kandungan ibu akan menjadi lebih berat menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

iv. Boleh berlaku pendarahan yang banyak selepas bersalin.

Masalah air ketuban kurang

Ini disebabkan bayi menelan air lebih banyak daripada membuang air kencing. Air ketuban akan menjadi kurang disebabkan oleh:

i. Berlaku disebabkan masalah buah pinggang tidak berfungsi ataupun tiada buah pinggang. Ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

ii. Jangkitan kuman disebabkan oleh kebocoran air ketuban.

iii. Masalah pada uri di mana bayi tidak dapat nutrient dan darah menyebabkan perkembangan organ-organ utama terbantut.

iv. Tarikh bersalin menjadi tidak sama disebabkan perbezaan antara perkembangan bayi dengan pengiraan tarikh akhir ibu didatangi haid. Ini menjadikan kandungan melebihi 40 minggu ke atas.

v. Faktor pada ibu yang terlampau kerap dehidrasi, kencing manis, tekanan darah tinggi, presklampia boleh menyebabkan air ketuban kurang.

Komplikasi yang terjadi apabila air ketuban kurang

Masalah air ketuban kurang kebanyakan akan menyebabkan kelahiran pra matang. Doktor khuatiri bayi akan lemas disebabkan tali pusat akan terbelit dan bekalan oksigen dan makanan akan terputus.

Air ketuban kurang juga menyebabkan perkembangan bayi menjadi kurang memberansangkan malah boleh menyebabkan kecacatan kekal anggota badan.

masalah air ketuban banyak ataupun kurang

Cara mengukur isipadu air ketuban

Untuk masalah air ketuban kurang ataupun banyak, ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Terutama sekali yang berpenyakit semasa mengandung.

Kalau boleh, ibu-ibu yang ingin hamil ataupun penah ada sejarah kesihatan yang kurang baik, pastikan semuanya dalam keadaan terkawal sebelum mengandung.

Agar dapat elak sebarang komplikasi kepada bayi. Malah boleh dielakkan sebarang kecacatan kelahiran.

Suplemen apa yang penting untuk ibu mengandung?

Anda boleh lihat secara terperinci di Suplemen Untuk Ibu Mengandung.

Sumber

Semoga info ini membantu.

4 Petua Mudah Hilangkan Kelemumur dan Rambut Berminyak
6 Cara Elak Kencing Malam untuk Kanak-Kanak

Filed Under: Petua Tagged With: fungsi air ketuban, komplikasi akir ketuban baniyak atau kurang, masalah air ketuban banyak, masalah air ketuban kurang

Comments

  1. Noriza Rahman says

    13 October 2015 at 8:36 pm

    Alhamdulillah sepanjang 2 kehamilan sebelum ni air ketuban semua ok
    Noriza Rahman menulis…Jom Rebut Promosi Penghabisan Stok Vitamin E Oktober 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:16 am

      Alhamduilah..
      Sebagai langkah berjaga-jaga.

      Reply
  2. mrhanafi says

    16 October 2015 at 6:34 am

    Maha suci Allah ..hebat sungguh penciptaanNYA….
    mrhanafi menulis…Pengalaman House Husband Sepenuh MasaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 October 2015 at 7:17 am

      Tue la.
      Setiap kejadiannya pasti sempurna.

      Reply
  3. Raihanah Ahmad says

    20 October 2015 at 11:15 am

    bagus info ni, memang ciptaan Allah sangat besar
    Raihanah Ahmad menulis…Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurus dan CantikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:34 pm

      Semoga membantu.

      Reply
  4. Ikhwan says

    26 October 2015 at 12:31 am

    suami kena ambil tahu bila isteri nak bersalin, kalau tak gelabah 🙂
    Ikhwan menulis…Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Dalam Masa SebulanMy Profile

    Reply
  5. Ikhwan says

    31 October 2015 at 1:20 pm

    alhamdulillah, isteri sekarang dah hamil sebulan 🙂
    Ikhwan menulis…Kerjaya Penguasa Kastam Gred W41My Profile

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:35 pm

      Wahhhh yaka.
      Alhamduillah dan tahniah.
      So en ikhwan kena buat nota banyak2 untuk bantu kehamilan isteri. Hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital