• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

6 Cara Elak Rasa Monday Blues

5 July 2015 By azeni Leave a Comment

Rasa macam sinonim pula kan bila bermula minggu baru nak bekerja hari isnin, mesti rasa malas kan.

Ini lebih kepada mereka yang bekerja waktu pejabat yang normal (Isnin-Jumaat: 9pagi-6 petang). Kalau yang bekerja shift mungkin akan berlainan sikit kan.

Ayat-ayat yang biasa kita dengar:

1. Kan seronok kalau cuti hujung minggu lebih daripada 2 hari.

2. Malas nya rasa badan nak pergi kerja.

3. La cepatnya rasa cuti 2 hari ini. Tak terasa sangat pun kan.

4. Rasa nak terus hari jumaat je kan.

Hahaha..

Hinggakan ada yang cakap sindrome Monday Blues kan.

Monday Blues

Hari isnin! Argggghh..

Tapi semua itu sebenarnya atas diri kita sendiri kan. Sekiranya kita suka akan pekerjaan kita lakukan, memang tiada istilah Monday blues kan.

Ada 6 cara untuk kita elak rasa Monday Blues:

1. Elakkan ‘hidup’ untuk hari minggu

Ini selalu untuk mereka yang tertunggu untuk melakukan aktiviti-aktiviti di hujung minggu. Kiranya untuk biasa, tiada aktiviti yang mengembirakan dilakukan.

Cuba ‘hidup’kan untuk hari biasa. Mungkin agak memenatkan disebabkan siang hari kita bekerja kan.

Sekurang-kurangnya rutin hidup yang membosankan.

2. Relaks dan berehat

Elakkan daripada melakukan aktiviti di malam Ahad. Kalau boleh, buat aktiviti malam Jumaat ataupun Sabtu untuk elakkan badan kepenatan dan lesu.

3. Bangun awal pagi hujung minggu

Elakkan dan kalau boleh jangan lakukan pun bangun lewat di hujung minggu. Disebabkan alasan kepenatan so tidur lebih sikit.

Memang akan mengundang rasa malas bila untuk bangun pagi Isnin kan.

Bangun awal kan bagus untuk kesihatan kita. Lebih bagus jika buat aktiviti berjogging kan.

4. Buat persediaan malam Ahad

Paling mudah adalah untuk saterika baju-baju kerja. Jangan lakukan waktu pagi Isnin. Memang akan menambah kemalasan dan lagi menghuru hara kan pagi-pagi sebelum pergi kerja.

Buat persediaan pakaian dan barang untuk bekerja malam ahad

Buat persediaan awal

5. Tampil bergaya hari isnin

Ini salah satu untuk menaikkan mood dan semangat untuk bekerja dengan tampil bergaya. Boleh juga menggayakan pakaian yang baru dibeli. Ataupun dengan memakai pakaian yang terang

6. Lakukan senaman ringan

Ambil masa dalam 10 minit untuk lakukan senaman ringkas. Aktiviti ini membebaskan hormon endorfin yang merupakan penawar stres semulajadi.

Senaman mudah bangun pagi

Senaman mudah selepas bangun pagi

Kadang-kadang kita rasa badan keletihan dan lesu disebabkan tekanan kerja yang banyak ataupun melakukan perkara yang sama sahaja.

Dengan vitamin untuk elak letih dan lesu, boleh juga bantu kita lebih bertenaga dan yang penting lebih semangat.

Kita akan lebih bersemangat andai seharian kita dirancang untuk melakukan apa-apa aktiviti.

So tiada lagi istilah Monday Blues ya.

Berkojo la kito sekueknyo.

Blogger Rujukan untuk Aktiviti Homeschooling
Betul Ke Sirap Merah Bagi Bertenaga Sepanjang Hari Walaupun Umur Sudah Seabad?

Filed Under: Santai Tagged With: monday blues, senaman mudah, sindrome monday blues, tidak semangat bekerja isnin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network