Untuk ber homeschooling, ibu bapa perlu banyak membaca samada secara online ataupun melalui buku.
Silibus untuk diajarkan kepada anak-anak untuk homeschooling meliputi banyak perkara. Mungkin boleh ikut silibus kurikulum seperti di sekolah cuma cara pembelajaran adalah lebih santai.
Belajar lebih santai bukan bermaksud belajar sambil lewa. Tetapi ingin diterapkan persekitaran yang tidak menekan ataupun rasa stress sahaja. Selalu nampak buku-buku je ataupun kertas peperiksaan sahaja kan.
Alam sekeliling boleh menjadi kelas ataupun bilik darjah mereka. Malah alam juga adalah guru terbaik untuk kita belajar kan.
Untuk memudahkan kaedah dan aktiviti homeschool, banyak rujukan boleh dilakukan dan dijadikan panduan yang bersesuaian dengan cara anak-anak kita.
Ramai juga blogger di Malaysia berkongsi tentang aktiviti mereka dan untuk lebih pelbagai, boleh rujuk blogger luar negara terutamanya di US, UK dan Autralia.
Cuma ibu bapa sahaja kena rajin membaca. Hehehe.
Untuk rujukan blogger di Malaysia untuk homeschooling antaranya adalah:
1. Seorang ibu suri rumah dan terkenal dengan cara parentingnya iaitu Puan Adli Rajiah.
Banyak yang dikongsikan cara beliau mendidik anaknya di rumah. Anda boleh lihat di http://saatakukaupilih.blogspot.com
2. Homeschooler tegar sejak tahun 2009 di Langkawi. Boleh dikatakan blog beliau hampir sepenuh menceritakan tentang aktiviti homeschooling anak-anak.
Dan anak-anak beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading walaupun homeschooling.
Boleh baca di http://hafidzyoungscientist.blogspot.com
Anda juga boleh rujuk di homeschool di luar negara. Cara mereka susun, membuat jadual mengikut kesesuian umur dan sebagainya.
Antaranya iaitu:
2. http://chipsofftheoldblock.blogspot.com/2013/01/101-websites-every-elementary-parent.html
3. http://www.walkingbytheway.com/blog/ten-favorite-free-websites/
4. http://www.mamaslearningcorner.com/10-homeschool-bloggers-follow-pinterest/
5. http://benandme.com/2012/08/appschooling-central-educational-apps-for-homeschool.html
Ada juga blogger di atas aktif berkongsi di Pinterest. Anda boleh follow mereka untuk sentiasa update tentang aktiviti homeschooling.
Mungkin anda juga ada rujukan sendiri boleh kongsikan bersama di ruangan komen.
Daaa..
Seronok tengok ibu yang rajin homeschooling anak . Untuk yang tak homeschool pun boleh buat rujukan untuk ajar anak-anak kat rumah, kan?
emalin mohd menulis…Poket Penuh Tetapi Bocor?
Boleh sangat emalin.
Tak kisah yang homeschool ataupun hanya weekned sahaja pun boleh.
Janji kita buat aktiviti yg anak kita pun suka.
Bukan calang-calang orang boleh buat homeschooling ni. Memang tabik spring lah!
Riza Afzan Asri menulis…Resepi Udang Galah Masak Sambal Special
Mungkin permulaan agak susah bab displin dan konsisten.
Tapi kalau ada jadual yang betul dan ikut kesesuaian anak pasti akan seronok.
Teringin nak homeschooling anak tapi sebab ada baby terpaksa la postpone lagi niat di hati
Ila Halilah menulis…Kurang Zat Besi Juga Punca Sukar Hamil.
Takpe boleh Ila.
Tak kisah waktu, tempat ataupun tak perlu nak formal.
Janji anak kita mahu belajar walaupun secara lisan/oral..
ok. bolehlah rujuk nanti bila ada masa.
titan menulis…Duit RAYA dari Ashadee
Boleh en.Titan.
Walaupun anak kecil, noleh je homeschooling ikut umur.
Lagi mudah sebab ayah dia cikgu kan. Hehehe
Homeschooling ni klu dilaksanakan secara serius oleh ibu bapa pasti lebih baik penghasilannya dari sistem persekolahan konvensional. Kebanyakkan golongan bangsawan pun bnyk yg homeschooling cuma buat masa ni keyakinan msykt itu sendiri masih rendah utk org2 kebanyakkan.. bila golongan atasan buat homeschooling bagus katanya, tapi bila org kebanyakkan rasa kurang yakin utk boleh pergi jauh.. wallahualam..
Saya suka artikel ni, info yg menarik & bermanfaat.. Thanks sharing ya.. 🙂
Khir Khalid menulis…Tingkat Kemahiran Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020
Tak semesti nya en.khir.
Bukan sebab golongan bangsawan ataupun marhen.
Sebab homeschooling adalah berdasarkan pengetahuan ibubapa itu sendiri untuk mencorakkan anak-anak mereka.
Kalau golongan bangsawan, biasanya mmg akan upah private teacher untuk datang kat rumah.
Tetap sama seperti di sekolah kan cuma ia dilakukan di rumah sahaja.
Memang akan bagus dan berjaya homeschooling kalau tahu teknik dan caranya malah anak-anak juga boleh ke menara gading sama.
Cuma kita nak cuba lahirkan anak-anak bukan sahaja pandai tetapi cerdik juga. Bukan pandai sebab grades sahaja kan.
Terima kasih atas artikel ini. Ya, walau bekerja, insya Allah ibu ayah masih boleh buat aktiviti bersama anak. Boleh rancang lebih awal tapi kadang-kadang idea spontan itulah yang menarik! 😉
Ummu Khaulah menulis…Aktiviti bercerita : Lili dan Zuzu
Boleh sangat ummu khaulah..
Cari aktiviti yang sesuai dan rancang bersama anak-anak.
Insyallah pasti menarik.
Suka dengan artikel ni. Tq for sharing. Homeschooling bagus untuk bonding dan dpt elakkan ank ank ketagih dgn gadjet.
farah menulis…Letter of the week : Bb
Semoga membantu farah.
Banyak kelebihan homeschooling farah salah satunya bonding dengan parents la..
Hehehe.
Saya pun minat homeschool ni.
Sebagai ibu bekerja, kita boleh buat wiken.
Ros menulis…Ajar Anak Beri Isyarat Bila Perlu Mencelah Perbualan Ibubapa
Boleh dibuat mengikuit masa ibubapa.
Yang penting sentuhan (bonding) antara kita dan anak kan.
Alhamdulillah.Terima kasih atas senarai rujukan Puan.Tahun ini anak saya 5 tahun.Tidak dihantar ke tadika,homeschooling sepenuh masa.Sewaktu umurnya 4 tahun,memang homeschool juga,tapi lebih kepada roadschooling,outdoor dan aktiviti kreatif.Berdebar tahun 2016 ini.
roslina menulis…6 Alat bantu mengajar anak membaca
Tahniah puan..
Semoga ke depan akan lebih mudah kan.
Saya pun buat homeschool sepenuh masa. Alhamdulillah dah hampir 4 tahun. Saya banyak berkongsi aktiviti anak2 di instagram. @mama_q3
Wahhh best nya Mama Q.
Nanti boleh follow di IG.
Thank you sudi berkongsi.
Tahun ni ank sy full homeschooling. Skrg mencari guru2 yg boleh mengajar anak sy diarea kl dan shah alam. Anak sy seorg pelakon yg sangat padat jadualnya. Mohon sape2 yg ada kenalan tuk mengajar ank sy.
Boleh email saya segera. T.kasih
[email protected]
Salam,saya nak lebih pencerahan tentang homeschool.
1.Anak saya berumur 7 tahun.Sekarang anak saya masih bersekolah di sebuah sekolah rendah islam.Bagaimana dengan segala peperiksaan yg ada di sekolah sekarang ?
2.Bagaimana kita nak tahu prestasi anak ?
Wsalam..
Jika anak encik bersekolah seperti biasa, ikut sperti saranan pihak sekolah tentang peperiksaan yang dibuat.
Untuk homeschooling, cara pantauannya mengikut silibus yang telah dibuat oleh kementrian.
Cuma aplikasinya berbeza di rumah.
saya banyak rujuk aktiviti homeschooling di pinterest. banyak idea yang kita boleh follow mengikut kesesuaian anak2 dalam belajar.
wanie menulis…Finger Paint Semulajadi
Ya betul Puan Wanie.
Saya pun ada rujuk di Pinterest juga.
Sangat menarik kan.
Assalamualaikum.
saya tetarik dgn homeschooling. tp adakah sudah terlambat atau masih ada peluang utk anak2 saya (14,10,12 & 4). jika ya, bagaimana dan cara utk memulakan homeschooling utk mereka.
Wsalam Puan.
Anak puan masih bersekolah seperti biasa kan?
Sebenarnya untuk homeschooling, perlu banyak membaca untuk ibubapa itu sendiri.
masaalah anak saya tidak mahu ke sekolah, padahal dia adalah anak yang bijak.. walaupun tak kesekolah almost a year semasa darjah 6, dia masih dapat 2A2B2c untuk UPSR.
Puas kami pujuk tapi masih tak berjaya, saya nak carik alternative.. nak masukkan ke sekolah swasta tak mampu.. jadi saya ingin cuba home schooling. Saya nak tahu … lebih lanjut macamana saya bole terus kan homeschooling, kalau tak silap kena daftar dengan kementrian pendidikan, atau tak perlu.. pada siapa saya boleh buat rujukan.?…
Tahniah puan.
Memang anak puan seorang bijak.
Mungkin faktor sekeliling di sekolah menyebabkan jadi tak selesa kot.
Ya boleh daftar di kementrian jika ingikan homeschooling anak.
Hi..macam mane cara nak mohon home shooling ni ye?ade cape2 tak boleh tolong share kan cara nak mohon…kena p jabatan pendidikan kite nak ckp ape ye n ape yg perlu kita isi..mohon bantu pencerahan?tq???
Hai puan,
Sekarang anak puan umur berapa?
Aslm, puan…apa dia langkah pertama utk saya laksanakan homeschooling buat anak saya…
umur 14 thn… dia tidak mahu bersekolah sejak thn lps selepas sakit (gangguan)…
asalnya agak cemerlang , upsr 4a2b, namun skrg sudah tidak mahu bersekolah lg…
saya bcdg utk memberhentikan persekolahan anak saya..
mohon panduan…
adakah wajib saya berdaftar dgn kementerian..terima kasih
Assalamualaikum puan,
Artikel yg sgt best sbb saya mmg tgh mencari info berkaitan. Saya berminat utk homeschooling anak tetapi Tak tahu bagaimana cara. Apa prosedur utk memohon di KKM Dan adakah sistem homeschooling ini diiktiraf di Malaysia.
Assalamualaikum Pn.
Alhamdulillah terima kasih untuk perkongsian Puan ni. Saya seorang ibu suri rumah sepenuh masa. Tahun 2023 anak sy akan masuk ke darjah 1. Saya plan untuk ajar anak-anak saya sendiri memandangkan saya juga ada degree, dan sayang rasanya tak gunakan ilmu yg saya ada untuk mendidik.
Tapi bila saya suarakan hasrat ni, ramai yang ragu..sebab seolah melawan arus dan tak pernah keluarga kami buat macam tu. Tak hantar anak ke sekolah. Apa pendapat Puan ya? Sebab saya buntu seolah-olah saya bersendirian. Mungkin ada nasihat atau pendapat yg Puan Boleh beri untuk saya.
Terima kasih.
Jazakillahu khairan katsira.
Wsalam Puan,
Di Malaysia memang ada undang2 yang anak2 kena dapat pendidikan sekolah rendah. Kira wajib hantar la. Kalau pihak PPD dapat info berkenaan anak yang tak di hantar sekolah, memang kena denda.
Cuma,
Ramai kat Malaysia yang ambil langkah homeschooling sebenarnya. Boleh dikatakan under ground la puan..
Ini ikut pada pendapat puan bagaimana untuk masa depan anak puan.
Saya rasa puan sendiri dah buat research berkenaan ini kan..
Cuma kena kuat semangat la bila menongkah arus.
Semoga dipermudahkan untuk segala urusan puan.