• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Senaman Untuk Tegangkan dan Anjalkan Payudara Selepas Bersalin

12 July 2015 By azeni 4 Comments

Apabila wanita melalui fasa mengandung hingga bersalin dan menyusu anak, memang akan memberikan perubahan yang besar kepada bentuk payudara. Payudara akan kendur disebabkan pernah mengembang besar untuk menampung keperluan susu untuk anak.

Apabila umur anak semakin meningkat, susu akan mulai kurang dan kering seiring dengan keperluan anak itu. Lama-kelamaan payudara akan mengendur.

Tetapi kita bukan nak besarkan seolah seperti Pamela Anderson kan.

Tetapi sekadar untuk menganjalkan ataupun menegangkan sahaja. Nak bagi suami sedap memandang kan. Hihihi.

Senaman untuk anjalkan dan tegangkan payudara

Jangan disebabkan melahirkan anak sampai 3-4 orang, kendur semua kulit dan payudara kan.

Tapi jangan lah sampai nak cucuk silikon ataupun buat pembedahan yang tidak tahu risikonya.

Banyak cara untuk tegangkan payudara. Antaranya dengan melakukan senaman. Semua ini, menuntut kita untuk rajin bersenam walaupun hanya duduk di rumah sahaja.

Alasan sudah penat ataupun sudah cukup exercise/senaman bila jaga anak-anak di rumah, adalah betul. Tetapi ia lebih kepada keseluruhan badan kita. Bukan fokus pada satu bahagian sahaja.

Jom kita lakukan senaman mudah ini untuk tegangkan payudara.

Pengerakan 1: Dumbbell Bench Press

Baring di bangku dan kedua tangan lurus sambil memegang dumbbell seperti Gambar A.

Rendahkan dumbbell ke sisi dada kita dan ulang sebanyak 10kali seperti di Gambar B.

Senaman anjalkan dan tegangkan payudara

Pengerakan 2: Push Up

Mulakan dengan kaki didirikan atas tumit dan tapak tangan anda sedikit lebih luas daripada bahu manakala kaki rapat. Badan anda perlu membentuk satu garis lurus dari kepala ke kaki seperti dalam Gambar A.

Rendahkan bawah ke bawah lantai hingga dada menyentuh lantai. Pastikan lengan anda pada sudut 45 darjah ke batang tubuh anda seperti idalam Gambar B. Kemudian tolak badan kembali ke kedudukan permulaan. Ulang 10 kali dan berehat 90 saat.

Senaman tegangkan payudara

Pengerakan 3: Incline Dumbbell Bench Press

Pengerakan 3 lebih kurang sama dengan pengerakan 1. Cuma posisi bangku ditinggikan sedikit dalam 15 hingga 30 darjah. Memegang dua dumbbell dan tahan di atas bahu dengan keadaan lengan lurus seperti dalam Gambar A.

Turunkan secara perlahan-lahan ke sisi dada seperti Gambar B. Kemudian angkat dumbbell ke arah siling dengan 4 kali pengerakan tanpa rehat.

Senaman tegangkan payudara

Pengerakan 4: Dumbbell Fly

Baring di atas bangku yang rata dan kaki rata di lantai. Memegang sepasang dumbbell di atas bahu dengan siku anda sedikit bengkok seperti dalam Gambar A.

Bengkok sedikit siku anda dan turunkan dumbbell ke arah luar dari dada anda. Lakukan sebanyak 10 kali dan berehat selama 90 saat.

Senaman tegangkan payudara

Sumber

Senaman perlu dilakukan dengan konsisten untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Senaman ini bukan untuk membesarkan payudara tetapi lebih kepada untuk menganjalkan dan menegangkan payudara.

Selain itu, anda boleh amalkan ESP (Energy Soy Protein) iaitu protein yang berasaskan soya. Boleh membantu untuk menghasilkan otot-otot di bahagian payudara untuk tampak lebih tegang.

cara tegangkan paydara

Kolagen membantu tegangkan payudara

Selain itu, kolagen sangat bagus untuk menegangkan semula payudara yang kendur. Jom saya kongsikan disini Bagaimana Kolagen Menegangkan Payudara Kendur.

Selamat mencuba.

Jika berminat untuk mencuba Kolagen dan ESP boleh terus hubungi saya ya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Benarkah Mandi Bunga Sekadar Untuk Pengantin Baru Sahaja Ke?
Blogger Rujukan untuk Aktiviti Homeschooling

Related

Filed Under: Santai Tagged With: cara anjalkan payudara, cara tegangkan payudara, ESP tegangkan payudara, Payudara kendur, senaman untu tegangkan payudara, senaman untuk anjalkan payudara

Comments

  1. Dilla Jalil says

    13 July 2015 at 9:17 am

    wowww..tapi yang no 2 tu tak larat..letihhhhh..hahaha
    Dilla Jalil menulis…5 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Tanpa BersenamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:19 pm

      Hahaha.
      Tak larat nak angkat badan sendiri eh..
      Hahaha.

      Reply
  2. titan says

    7 January 2016 at 12:24 am

    ehh..

    ada senaman benda ni rupanya.

    tak tahu la plak.

    hehe
    titan menulis…Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?My Profile

    Reply
    • azeni says

      8 January 2016 at 8:51 am

      Mesti la ada..
      Dengan senaman, kesannya lagi bagus.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer