• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Benarkah Mandi Bunga Sekadar Untuk Pengantin Baru Sahaja Ke?

18 August 2015 By azeni 6 Comments

Mandi bunga selalu dikaitkan untuk menaikkan seri muka bagi mereka yang ingin mencari jodoh ataupun bakal melangsungkan perkahwinan.

Itu pendapat kebanyakan orang dulu-dulu sahaja.

Tetapi sebenarnya banyak sangat kelebihan mandi bunga. Dan ia tidak terhad hanya untuk orang muda ataupun mereka yang ingin berkahwin sahaja.

Mandi bunga boleh pada sesiapa sahaja samada untuk orang muda, ibu mengandung, ibu yang baru habis pantang , ataupun ibu yang sudah beranak pinak pun boleh.

kelebihan mandi bunga garam

Wanita dan wangian tidak dapat dipisahkan

Lelaki tidak boleh mandi bunga ke?

Macam pelik pula rasanya kalau lelaki nak mandi bunga kan. Biasanya mandi bunga sinonim bagi wanita untuk kelihatan berseri dan untuk berwangi-wangian kan.

Mungkin lelaki lebih sesuai dengan mandi sauna kot kan.

Alkisahnya, selepas balik dari kampung beraya terus sakit-sakit satu badan. Agaknya penangan banyak makan masa raya kan. Masa tue, pinggang memang terasa sakit sangat. Sepertinya sakit kontraksi macam nak bersalin tue.

Siapa yang pernah bersalin memang akan tahu sakitnya. Ingatkan period pain. Tapi ambil suplemen untuk period pain pun masih sakit juga.

Masuk hari ke 3 masih sakit juga sampai demam-demam menggigil. Ini memang confirm fikir peranakan ataupun rahim jatuh dari tempatnya.

Jangan main-main kalau peranakan tak terletak di tempatnya, memang sakit sangat.

Antara tanda-tanda peranakan ataupun rahim jatuh adalah:

1. Sakit pinggang luar biasa sangat.

Sebab pinggang terpaksa menampung dan menahan rahim yang jatuh.

2. Kencing yang tidak lawas.

Terasa seperti kencing tidak puas dan kerap sangat ke tandas. Kencing tak lawas nie takkan menjadi normal walaupun minum air kosong yang banyak. Ini kerana rahim turun ke bawah dan menganggu kedudukan saluran kencing kita. Itu yang rasa seperti nak terkencing selalu tetapi tak keluar air kencing.

3. Boleh jadi demam panas

Ataupun demam menggigil ataupun demam urat. Ini boleh bawa bahaya sebab saya sendiri alaminya hingga kena tahan di hospital.

4. Bila “bersama” dengan suami tiada kenikmatan.

Sesetengah orang tidak tahu yang rahim jatuh. Mungkin rahim tidak terlalu ke bawah sangat. Tetapi memang boleh bagi kesan pada hubungan intim. Lagi bahaya kan.

Selepas kebah dari demam, terus saya mengurut dengan Mummy Loly (tukang urut). Mummy suggest untuk mandi bunga dan mandi garam sekali selepas mengurut.

Badan kita selepas sembuh sakit memang dalam keadaan lemah kan. So aura tenaga yang ada daripada garam dan bunga itu disalurkan ke badan kita.

Janganlah fikir ada wayar ataupun kabel untuk salurkan tenaga pula yea. Hahaha.

kelebihan mandi bunga dan garam

Bunga-bunga yang cantik dan wangi

Bagaimana bunga dan garam mampu memberikan tenaga dan aura pada badan kita?

Kajian sains telah membuktikan bunga adalah agen pencerap tenaga matahari yang paling baik manakala air adalah medium untuk pindahkan tenaga daripada bunga kepada kita. Sebab itulah kena mandi bunga.

Paling penting, campuran bunga-bunga yang wangi dan limau purut menaikkan aroma dan juga seri muka. Malah bau badan pun wangi.

Manakala garam yang digunakan oleh Mummy Loly adalah garam mineral tau bukan garam yang untuk masak ya. Garam mineral mempunyai banyak khasiat untuk magnesium dan postassium yang bagus untuk kesihatan badan.

Mandi air garam dengan kerap boleh mengimbangi peredaran darah seluruh badan. Bila peredaran darah tidak baik memang mengundang penyakit dan paling penting oksigen tidak cukup untuk keperluan badan.

Selepas saya mengurut dan mandi bunga bersama air garam, memang terasa badan lebih selesa dan bertenaga. Hilang rasa pening-pening kepala dan lenguh-lenguh. Muka berseri tue tak boleh nak comment la kan. nanti jadi syiok sendiri pula kan. hehehe.

Tetapi memang berbaloi kesannya pada badan kita. Yang penting harga pun mampu untuk menggunakan pakej ini.

kelebihan mandi bunga dan garam

Ramuan untuk mandi bunga

Kelebihan mandi bunga dan mandi garam

Garam mineral bagus untuk peredaran darah

Anda boleh hubungi Mummy Loly untuk pakej mengurut, mandi bunga dan juga mandi garam.

Hubungi Mummy Loly: 017-353 9360

Facebook: Mummy Smiley Loly

Kalau badan dah selalu sakit-sakit dan tidak selesa, memang banyak duit pun tiada maknanya kan. Lagipun sebagai wanita memang kena jaga penampilan luar dalam kan.

Tidak perlu nak mekap-mekap tebal. Cukup sekadar mempunyai aura dan wangian badan yang menusuk kalbu suami kan.

Hehehe.

Resipe Spagetti Goreng Basah
Senaman Untuk Tegangkan dan Anjalkan Payudara Selepas Bersalin

Filed Under: Santai Tagged With: kelebihan mandi bunga, kelebihan mandi garam, mandi bunga, mandi garam

Comments

  1. DRAMATIC UNIQ says

    20 August 2015 at 3:55 pm

    eeeeeee… bestnya kalau dapat mandy bunga time-time tgh stress kerja ni… hehehehee… 🙂
    terapi jiwa dan minda…

    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much… 🙂
    DRAMATIC UNIQ menulis…ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 August 2015 at 6:23 pm

      Wahh memang bagus sangat dah tue..
      Release tension..

      Reply
  2. titan says

    22 August 2015 at 8:22 pm

    bila-bila leh mandi bunga.

    kena cari bunga je syaratnya. haha..
    titan menulis…Rahsia Bayar PTPTN Secara PercumaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 3:06 pm

      Hahaha..
      Boleh jugak.
      Nak ambil aura bunga sahaja..

      Reply
  3. mrhanafi says

    27 October 2015 at 4:33 am

    lepas mandi bunga mesti badan berbau wangi la
    mrhanafi menulis…Aplikasi Facebook Lite Jimat DataMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:47 pm

      Melekat bau bunga kat badan.
      Tue jadi harum tue.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network