Selalu kita fikir jika berlaku pendarahan semasa mengandung, itu tandanya berlaku keguguran kan. Tetapi ia bergantung pada jenis darah ataupun keadaan ibu itu sendiri semasa darah keluar.
Ada yang normal apabila berlaku perdarahan malah boleh meneruskan kandungan sehingga 40 minggu. Cuma ada kes-kes tertentu keadaan ibu itu sendiri menyebabkan berlakunya pendarahan.
Walaupun pendarahan yang keluar itu sedikit ataupun banyak, wajib berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Ada 5 punca kerap berlakunya pendarahan semasa mengandung:
Punca 1: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding)
Pendarahan ini berlaku disebabkan oleh pensenyawaan ovum dan sperma dan melekat pada dinding rahim.
Proses pelekatan boleh menyebabkan berlaku pendarahan sedikit. Biasanya darah yang keluar seperti darah haid yang merah cair dalam masa 1-3 hari.
Pendarahan ini adalah selamat untuk kandungan anda.
Punca 2: Pendarahan Penebusan (Breakthrough Bleeding)
Hormon yang mengawal kitaran haid tidak cukup kuat hingga menyebabkan pendarahan berlaku pada hari sepatutnya haid berlaku.
Ia dipanggil penebusan.
Biasanya ia berlaku lebih kurang dalam masa 3 bulan pertama kehamilan. Selepas itu, plasenta yang ambil alih untuk mengawal pengeluaran hormon.
Punca 3: Berlaku keguguran
Tanda keguguran adalah dengan turun nya darah di saluran vagina seperti datang haid setiap bulan.
Biasanya berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Ada sesetengah ibu tidak sedar yang diri telah hamil. Biasanya akan sedar bila ada ketulan darah ataupun janin yang ‘tidak jadi’ turun bersama darah haid.
Punca 4: Pendarahan selepas ‘bersama’
Pendarahan boleh berlaku selepas melakukan hubungan seks bersama pasangan. Ini disebabkan oleh pintu masuk ke uterus ataupun servik dalam keadaan yang lembut dan terengsa.
Tetapi perlu dimaklumkan kepada doktor anda tentang pendarahan ini.
Tidak perlu risau kerana bayi akan terlindung dan selamat di dalam rahim ibunya.
Punca 5: Mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy)
Kehamilan di luar rahim iaitu biasanya berlaku di bahagian salur fallapio. Kehamilan ini boleh mengundang bahaya disebabkan ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan dalaman.
Biasanya darah yang keluar berwarna gelap dan cair. Tanda mengandung di luar rahim sama dengan berlaku keguguran iaitu sakit perut dan kekejangan.
Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesahihan tentang darah yang keluar. Ada banyak kes pendarahan yang berlaku, tetapi masih boleh meneruskan kehamilan seperti biasa.
Biasanya doktor akan ambil ujian air kencing dan darah untuk diperiksa tahap hormon kehamilan anda.
Selain itu, mungkin juga doktor akan memeriksa kumpulan darah anda yang mungkin tergolong dalam kumpulan darah Rhesus Negatif seperti O-, dan A-.
Pastikan semasa mengandung, anda mengambil suplemen yang cukup untuk membantu anda dan kandungan sihat. Malah dengan pengambilan vitamin yang cukup semasa mengandung, boleh elak sebarang komplikasi untuk bersalin.
Vitamin asas untuk ibu hamil adalah:
Vitalea (multivitamin) mengandungi zat besi untuk penghasilan hemoglobin darah untuk bayi dan ibu.
Vitamin C perlu diambil bersama zat besi untuk penyerapan yang tinggi dalam darah. Vitamin C membantu untuk kuatkan imunisasi ibu semasa dalam kehamilan dan dapat mengelak daripada gusi berdarah.
Bcompleks iaitu kumpulan vitamin B untuk pastikan bekalan oksigen untuk peredaran darah ke seluruh badan. Asid folik di dalam bcomplek untuk mengelakkan berlaku kecacatan spina bifida.
Ostematrix iaitu kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan juga untuk hilangkan kekejangan untuk ibu.
Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh hubungi saya terus ya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Mr Sync says
sangat kasihan bila mengandung di luar rahim.
Mr Sync menulis…Nota Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
azeni says
Bukan dipinta untuk mengandung di luar rahim kan.
Semuanya ketentuan Tuhan.
Kita berusaha menjadi penyelesaian kan..
Dyson says
Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah.
azeni says
Ya betul.
Cuma atas nasihat dotor dan check up mengikut atas nasihat pakar.
shima says
Sy di sahkan mengandung 8minggu!dah 3 hr ada darah turun dr faraj sy!sy xtau darah tu sm ada gugur atau x!darah berupa ketulan kecil2!bl berjumpa doktor,doktor mengatakan tiada ape2 biasa berlaku..sy runsing dgn ape yg berlaku
azeni says
Puan Shima,
Itu biasa bagi trimester pertama sebab peralihan hormon kan.
So darah period akan keluar juga cuma tak banyak.
ELakkan buat kerja yang berat dan pantau darah yang keluar.
Semoga dipermudahkan untuk puan dan kandungan.
Mar says
Salam puan. Saya nak tanya.status i married.. I tak pregg but i check use UPT 2 months ago de result is negative.. Tak pernah jd pun sebelum2 nie. .bulan nie baru jd. Last month period n end of period dis month dlm dua hari. Pastu tgh bulan nie bleeding lg. Around 7day..and start pulak this morning.. Why always bleeding?
Dirah says
Sye baru lepas bergaduh dgn suami .. sye amat stress sgt smpai perut sye keras n sakit..pas tu pergi tandas ade terkuar pendarahan sikit… pada kemaluan , tu biase kew..????
azeni says
Puan Dirah boleh hubungi saya untuk lebih lanjut.
Banyak sebab dan faktor bleeding semasa mengandung..
Lebih baik rujuk kepada doktor..
Laila says
Sy preggy awal 3bln…ada bleeding sikit tadi…ada tbaca bila bersama juga blh bleeding yer?..risau pulak
azeni says
Bergantung pada badan masing-masing puan..
Sesetengah orang waktu trimester pertama, agak fragile..
So ada yang bagi kesan..
Ada orang boleh je..
Apa-apa pun kalau nampak bleeding banyak dan merisaukan, boleh rujuk ke doktor puan..
erin says
assalamualamualaikum..
saya telah mengalami pendarahan faraj selama 1-3 hari dan perut saya sentiasa kembung..darah keluar banyak pada hari pertama dan hari kedua dan ketiga sedikit sahaja..adakah itu normal?
Lola says
Ada kemungkinan ker berlakunya pendarahan semasa awal kehamilan disebabkan oleh cyst?…usia kandungan saya telah pun mencecah 4 bulan..tetapi saya masih mengalami pendarahan seperti period (tapi x banyak)…
azeni says
Puan lola..
Ada berjumpa dengan doktor tak masalah ini?
Berkaitan dengan cyst dan kehamilan?
razimah jamin says
salam ..
saya ada sedikit pertanyaan doktor .
saya sedang mengandung 27 minggu .ada darah keluar tp tidak kerap ,,, apabila kerap kali berjalan dan terasa sakit di bahagian ari2 ,,, baru ada pendarahan sedikit ,,,, masa mengandung anak pertama dulu ,,, selepas 8 bulan saya mengalami masaalah yg sama ,,,
tp untuk ank kedua selepas 7 tahun bersalin ,,,, keadaan sama ,,,,
apakah punca pendarahan ini berlaku ya doktor
azeni says
Wsalam Puan Razimah.
Penah ada sejarah sebelum ini ye?
Ada pernah jumpa doktor tak?
Sebab ini memerlukan pemeriksaan doktor dulu.
Linda says
Salam doktor,
Sy nk tanye..cm sy now pragnent anak ke 3..dh 20 minggu..masalahnye skrg…saya kerap kuar darah..tp x byk..dlm kuantiti yg sedikit…bile scan bby semua ok..tp knp darah tu selalu keluar ye…lps 2 3 hr kuar..darah tu stop..pastu kuar blk.harap doktor blh membantu.
Terima kasih.
azeni says
Wsalam puan.
Mungkin keadaan uri ataupun plasenta masih di bawah menyebabkan masih keluar pendarahan.
Kalau sudah buat pemeriksaan dan keadaan bayi normal, okay.
Nome says
Sya ingin bertanya… isteri sy lepas jumpa doktor makan ubat kuat kan baby tu darah semakin keluar banyak dari biasa… apa masalah dia ye.. seblum ni cuma keluar sikit..sikit sahaja
azeni says
Encik Nome,
Kandungan isteri sudah berapa bulan ya?
Kandungan yang ke berapa?
Rayzie says
Slm doc, sy nk tnya adakah sy akn hamil sbb period sy lewat 2weeks tp tnda2 khmilan smua jelas ad.. trmasuk la pd bgian pydra ni mmg smkin mmbesar n snsitif.. prut asyik keram n senggugut sering tjadi… brubat kmpung, bidan xbrani urut katanya akn hamil…. tp bila check upt ngtive.. then stiap kli snggugut akn kluar drah 2,3 titik .. sgt sdikit , tp smggu slps tu, darah kluar seakan priod dlm kuantiti yg bnyk…. prgi lg bidan kmpung lain utk rwat mslh sggugut pn tdk brani utk buat rwatan scara urutan tkt d khuatiri akn blku kgguran… tp bla cek upt ngtive.. pyudara msih mmbesar n snsitif
Tubuh pula mudah letih n lelah.. hidung pn mula snsitif thdp ssuatu bau yg sblm ini ok je.. mual n loya mmg xdpt nk elak smpai kn asin sntiasa ad bsama
Mcm mn yer doc ngn kes spt sy ni??? Agk cnfius…. 😩😩😩
Sy baru kwin 3bln
azeni says
Wsalam Puan Rayzie.
Memang puan ada masalah sengugut yang teruk ke sebelum berkahwin?
Ikut daripada tanda-tanda, boleh dikatakan tanda awal mengandung.
Cuma mungkin terlalu awal untuk UPT detect air kencing.
Mungkin awak boleh tunggu 2 minggu lagi.
Insyallah jika ada rezeki, ada untuk puan.
ika says
sya mau tnya…sya dah hamil 10 minggu…mnggu lpas kmaluan sya da kuar darah slepas bsetubuh…sya tkut tu adalah tnda2 kkguguran…blh jlaskn pda sya…??tQ
azeni says
Puan Ika,
Ada berjumpa dengan doktor tak?
10 minggu dalam 2 bulan lebih kandungan.
Mungkin vagina terlalu fragile lagi..
Untuk lebih sahih, puan berjumpa doktor dulu..
Minta pandangan..
Nurul says
Saya ingin bertanya, sekarang saya ada pendarahan.. darah yang keluar warna merah cair.. sya dh buat ujian ufeme bled 3+… sya dah berjumpa doc siang tdi.. doc ckp permukaan tertutup setelah doc membuat pemeriksaan pada kemaluan..
Apa kah maksud pendarahan dengan ujian ufeme serta permukaan tertutup itu?
azeni says
Puan Nurul,
Urine Full Examination Microscopy Elements (UFEME) dilakukan untuk periksa kandungan:
1. nitrogen,
2. protein
3. bilirubin
4. ketone
5. blood
6. glucose
7. leukocytes
8. urobilinogen
9. specific gravity
10. pH
Keputusan yang baik apabila menunjukkan negatif.
Kalau positif bahaya.
Doktor biasa akan explain secara detail.
liza says
saya disahkan hamil 5 minggu.tp sudah 7 hari darah keluar.upt still positive hari ke3 drh kluar..rujuk ke doktor dan lakukan imbasan tp tiada kantung dikesan..diluar juga tida kantung.adakah saya hamil,keguguran atau period seperti biasa.hari ini haro ke 7 maseh berlaku pendarahan seperti period
azeni says
Puan liza,
Banyak anggapan boleh berlaku.
Kalau boleh, repeat check up dengan doctor yang sama dan juga buat imbasan semula.
Sebab 5 minggu itu dikategorikan masih fragile lagi kandungan.
Boleh jadi perubahan hormon juga.
Apa-apa pun rujuk pada doktor yang check puan sebelum ini..
princess says
assalamualaikum. . doktor saya nak tanya masalah saya sekarang nie, mcm nie sepatutnye 28 hari bulan tu saya period tapi xdtg2x smpai 10 hari bulan tu sya tfikr nak beli upt test, then esok pagi tu sya check dpt dua line merah, tpi takut xbetul, 13 hr bulan tu sya check lagi, kptusan sama double line merah, dan skg msalah saya nie.. kluar darah mcm period sakit ..knpa nie eh? adakah saya mngandung atau tdak.. sb saya xde lgi check pegi dr. takut plak rsanya.. saya bru khawin..
azeni says
Puan,
Lebih baik puan berjumpa dengan doktor.
Mungkin masalah hormon juga diperingkat awal.
Ya mungkin mengandung tetapi hormon period masih lagi aktif untuk trimester pertama.
Untuk lebih detail, lebih baik dapatkan rujukan daripada doktor anda.
Hani says
Salam puan saya sekarang kandungan 7 minggu tapi masih tidak nampak dalam rahim bila scan doc minta saya ulang scan lepas 2 minggu dan saya mula keluar coklat 3 hari then saya bagitau pada doctor dia masukkan sejenis tiub mulut itik dari bawah doctor kata keputihan banyak dan bleeding sikit nk amik hantar ke lab untuk pemeriksaan risau ada kuman then masa doctor amik nampak pendarahan pada cotton bud itu,saya tanya doctor kata biasa baby nak cari tempat setenggah orang akan bleeding sikit.2 hari ni rasa macam keluar macam darah haid,sampai kena pakai pad,adakah kandungan saya selamat,esok saya nak jumpa doctor dusebabkan kandungan saya tak nampak lagi dalam scan,apa yang saya boleh pastikan kandungan saya selamat
Hani says
Saya mengandung belum rasa apa2 alahan cuma awalan rasa pening saja,saya buka buku di klinik kerajaan ibu dan anak sudah saya risau rasa kandungan tak nampak dan pendarahan keluar macam period
azeni says
Wsalam Puan Hani.
Keputihan yang teruk memang boleh menyebabkan jangkitan kuman di bahagian saluran vagina kita.
Secara tidak langsung akan bagi kesan juga pada kandungan.
Lebih baik puan buat pemriksaan lebih detail memandangkan imbasan xray tidak nampak janin dalam rahim.
Semoga dipermudahkan untuk puan.
Hani says
Kandungan saya telah gugur doc😞💔
Sakit sgt darah turun banyak dan memgalami keguguran jatuh kandungan saya itu pada 7/1/17😞
azeni says
Takziah untuk puan.
Ada hikmah yang berlaku di atas apa yag terjadi.
Semoga puan sekeluarga tabah menghadapinya.
Amin.
Miera says
Assalamualaikum… sy bru kawin 4 bulan… tetapi dalam tempoh ni sy ada makan herba maajun, sbb sblm ni sy mmg ada mslh period yg selalu xdtg… kdg2 ambil masa 5-6 bln bru dtg period… sejak sy kawin, period dtg 2x sbln cuma bln lps period sy sekali shj(2 mggu lps)… dan skrg period dtg ag tp soalan sy, mgkn kah sy blh mengandung.? sy msh blm jumpa Dr ag.
azeni says
Wsalam Puan Miera,
Boleh buat pemeriksaan UPT sendiri.
Boleh beli di farmasi.
Yan says
Assalamualaikum… sy bru kawin 4 bulan… tetapi dalam tempoh ni sy ada makan herba maajun, sbb sblm ni sy mmg ada mslh period yg selalu xdtg… kdg2 ambil masa 5-6 bln bru dtg period… sejak sy kawin, period dtg 2x sbln cuma bln lps period sy sekali shj(2 mggu lps)… dan skrg period dtg ag tp soalan sy, mgkn kah sy ada peluang utk mengandung.? sy msh blm jumpa Dr ag.
azeni says
Wsalam Puan Yan,
Boleh buat pemeriksaan UPT sendiri.
Boleh beli di farmasi.
Fizah says
Assalammualaikum dokt…last period sy 10/11 2mggu lps tu sy check upt nek 2line sy x ykin sbb sy guna upt yg biasa jd sy check lg guna clear blue kputusan pregnant 1-2..3 ari lps tba2 sy turun drh tp x byk la sy g klinik scan dokt ckp cma ada kntung kndung bru 5week blm nmpk jntung dia sruh sy rujuk k hosptl…smpai hspital dokt check ke saluran peranakan sy msa tu drh kuar byk..sy tnya sy gugur k tp dokt x bg jwpn dokt bg tmujanji utk sy dtg blk buat scan mggu dpn sy keliru skrg ni sy gugur atau x sbb drh msih kuar..tp sy x mgalami apa2 skit..utk pgtahuan dokt ni kndungan sy yg ke5 sblm ni smua kndugan sy tak bermslah…
azeni says
Wsalam puan Fizah,
Mungkin bila doktor datang semula minggu depan untuk sahkan samada darah masih turun ataupun tidak.
Pendarahan seperti tompok ada kalanya normal bagi sesetengan ibu hamil masa trimester 1.
liza says
Assalamualaikum dr.
Saya liza..saya dah buat pemeriksaan urine sendiri di rumah dan dapati positif.beberapa minggu kemudian berlaku pendarahan yg mulanya sikit..dan dirujuk pada dr dan doktor mengesahkan kandungan/bulatan@kantung kandungan ada dalam rahim dan keadaan elok.dua hari selepas tu.darah cair dan kadang ketul kecil bersama lendir masih keluar juga apa bila saya kencing..,dan sampai saya terpaksa pakai pad.saya juga telah rujuk pada dr berkenaan pendarahan tersebut..scan menunjukkan masih ada kantung dalam rahim..tp saya tetap risau.adakah janin saya akan selamat dan tiada sebarang komplikasi lain seperti kecacatan.
azeni says
Wsalam puan,
Adakah puan buat followup checkup dengan doctor?
Lebih detail lebih baik rujuk dengan doktor puan sendiri..
Jasmin says
Assalamualaikum Puan
Saya last period pada bulan Nov 2016 dan tidak datang bulan sehingga kini. Saya juga telah membuat ujian upt sendiri di rumah 2 kali pada bulan Dec dan Jan. Tiba-tiba hari ini berlaku pendarahan spotting yang menyebabkan saya telah berjumpa Dr dan telah membuat imbasan scan. Malangnya Dr menyatakan tidak nampak apa2 lagi. Saya ulangi membuat ujian upt di klinik dan Dr mengesahkan bahawa saya positif mengandung 7 minggu dan meminta saya untuk datang lagi 2 minggu untuk membuat imbasan scan. Tetapi pada malam hari pendarahan saya masih ada dan sakit pinggang, ari-ari serta kaki seperti period pain. Adakah saya mengalami keguguran? Untuk makluman saya telah mempunyai 5 orang anak sebelum ini dan belum pernah mengalami keguguran. Saya sekarang berumur 34 tahun. Saya keliru adakah perlu untuk saya pergi berjumpa doktor atau tunggu sahaja?
azeni says
Wsalam Puan Jasmine,
Lebih baik puan rujuk ke hospital terdekat dengan puan untuk lebih lanjut.
mamipoyo says
sy nak tanya.. sy hamil 12minggu… sy ada bersama dgn suami.. dan ada darah cair keluar selepas tu.. sy da buat scaning dgn doc.. doc kata mmg kantung masi ada.. tp baby kat dlm kantung tidak berkembang lg.. sy pernah scan masa kandungan sy 4week.. and sampai la skrg baby dlm kantung tu still tak blh npk jgk. apa maksdu mcm tu?
azeni says
Wsalam puan,
Biasanya 12minggu kandungan sepatutnya boleh nampak degupan jantung dah.
Lebih baik puan rujuk ke hospital untuk langkah keselamatan.
Linda says
Assalam… Doc sya pregnant 5minggu tp darah tetap keluar walupon doc dh bgi suntikn kuatkn rahim.. Kantung dn baby masih ok. Setiap kli hamil mesti akn jd pendarahan dan prlu amik suntikn untk kuatkn rhim. Ap punca sebenrnya ye..dn xbahya ke sya mengandung kali ini seb 3kli sy dh ceazer.. Ni ank yang keempat
azeni says
Wsalam puan,
Jarak terlalu dekat ke puan diantara kehamilan sebelum ini?
Biasanya doktor akan cadangkan/nasihat berdasarkan tahap kesihatan rahim puan.
Dan biasanya memang akan czer juga.
Juwita says
Slm doc..sy hamil 10 minggu. Slps bersama suami ada keluar darah cerah slps lap Dan cuci tak keluar dah. Sy gi hospital. Cek bwh guna alat tiada masalah tapi bila scan atas Dan bwh nampak kantung Dan Janin tapi doc kata tak dpt detect heart beat Dan saiz Janin kecil. 2 mgg lagi dtg scan utk lihat perkembangan Janin. Kemudian Malam tu bila abis buang air kecil sy lihat ada keluar darah Coklat cerah kecil2 mcm period. Tapi takde sakit Kat abdomen cuma sakit angin kt ulu hari je. Adakah tanda keguguran. Perlu ke saya pergi hospital atau tunggu waktu scan nanti. Tqvm doc
azeni says
Wsalam.
Jika masih keluar darah tanpa henti boleh terus berjumpa dengan doc.
Juwita says
Dan sejak awak tau pregnant sy takde morning sickness.
Yuni says
Salam pn…sy mengandung dah 9 minggu sy ada pendarahan yg cukup bnyak dlm mase 5hr.dokter sruh sy cek up dlm mase 2mgu lg.adakah sy mngalami keguguran atau bayi sy masih slmt?
azeni says
Wasalam puan,
Semasa darah banyak keluar sekali dengan tanda perut dan pinggang sakit ke?
Iera says
Assalammualaikum.. Sy nk tnye.. Kandungan sy 15 minggu 1 hari.. Lpas membuang air kecil ade keluar darah campur lendir.. Sbelum tu sy ade bersame suami.. Ade ape2 yg membahayakan kandungan sy ke.. Ni kandungan sy yg kedua .. Mengandung yg petama ta pernah klua drah wlwpon bersame suami.. Sy ta ad rse sakit perot ataupon cramed..
Mila says
Salam saya dah hamil 19 minggu xpi ada keluar darah bertali color merak muda dan koko……
Mila says
Salam saya dah hamil 19 minggu xpi ada keluar darah bertali color merah muda dan koko……
Nazirah Zainol says
Sy skrg hamil 9 minggu.. Dr week 8 sy dh bleeding.. Tp baby masih ok.. Dr mnta sy mkn duphaston n inject pregnyl setiap minggu.. Tp yg merisaukn sy msih lg ada drh yg kluar pd wktu pg dlm kuantiti yg sdikit. Adakah normal?
Nurin Izni says
Saya dah mengandung 9 minggu tapi ada keluar darah lendir, kenapa? Harap2 x ada apa2.. Itulah saya risau.. sila bgtau kat saya ada apa2 reply nanti. TQ
izza says
salam..
sy dh pregnant 30 week.. da keluar pndarahn ketika 29 week dan dh jmpa doctor… smpai kena tahan kat ward… kptsan nya doc ckp xda pa2… skrg keluar darah lg tp sedikit… dari pemerhatian saya. pndarahan akn blku jika sy tlebih buat kerja kurg rehat… adakh sbb rahim sya x kuat… sy akn rasa ngilu d bwh kalo kpla bby tendang2…apa perlu sy buat..
Puan nik says
assalamualaikum….
sy dah pregnant 13weeks…last week sy ada jatuh terduduk…2 hari kemudian sy mengalami pendarahan sehingga ke hari ini tetapi sedikit2 shj tidak keluar banyak seperti keguguran cuma sewaktu buang air kecil sahj. apa yg ptt sy buat yer…sy blm pergi klinik lg…
sy nak solat pun dah jd confius….blh bg pendapat atau cadangan x…
tq
Yun Zazarida says
Salam…sy dh cek upt guna clear blue..Positif hamil 1-2 mggu….sbb xberapa nk yakin sy cek lg skli gna clear blue pda 26.2 bruni…positif pregnant…mslhnya..tiba2 pgii td darah haid kua…risau sgtt rsanya…. Adakah sy gugur…???sbb smlm bru lepas bsama dgb suami….
Athirah says
Assalam…sy pregnant 9w, minggu lps prnh bersama dgn suami. Keesokan harinya masa sy buang air kecil, perasan ada setitik dua darah (cair). Sy pernah rujuk hospital, doc masukkan alat utk check…katanya ada luka atau melecet & disuruh scan ikut laluan bawah hanya nmpk kantung tanpa heartbeat & diberi tempoh 2 minggu utk repeat scan. Namun, 3 hari slps check di hospital masih ada keluar darah (coklat) dgn kuantiti yg sikit, ia akan keluar bila jalan byk & batuk shj. Adakah ia normal? Adakah perlu sy rujuk semula dgn doktor?
Ahlia pirdaus says
Assalamualaikum, sy hamil 7 mggu da… Semlm sy kuar darah merah cair, penuh jgk 1 pantyliner..pg ward emergency doct cek ad lg sisa2 darah pd pangkal rahim & lebih prefer utk sy blek ruma drpd duk wad…
Skrg, darah sy keluar spt lendir keputihan tp warna merah coklat gelap…adakah itu normal atau perlu rujuk semula pd doct?sakitnye kne amek darah…
Sue says
Salam . Puan , sya nak tanya
Saya mngandung luar rahim awal 1 bulan . Then darah keluar berterusan di kemaluan saya dan ketul ketulan .
Boleh sya tau apa punca dia doctoyor
Siti Awatif says
Assalamualaikum sy ade buat test upt 1 mggu lps gune clearblue menunjukkan sy positif hamil dn kandungan sy dlm 1 ke 2mggu… tp 3 hari lps ade keluar drh wrne cklt dlm sebesar 50sen…. dn smlm sy pi klinik swasta scan x nmpak pape…. dn arini sy ade belaku pendarahn mcm period…. persoalan sy…. sy hamil ke x ye? Arini sy ade pi klinik kshtn.. doc scan ade nmpk kntung je… tu pun kck…. usia kndungn yg doc bgtau dlm 6mggu plus….
Shahida says
Assalam doctr sy nk btnye..klu keadaan sy ni last period byk bln 12.2016..msuk bln 1,2 dan 3 2017 sy xdtg period sy sudah cek upt ade y ade line tp samar2 ade y xde line..last sy cek dgn doc utk scan bln 2 doc kira dlm 8mgu cm tu nmpk ade ruang kntung tp xnmpk bby.. tp stil sy cek upt msh stil ngtif dn samar2.. pastu sy amek kptsn utk mntk ubtvtrun kn drh pda tgh bln 3.tp time tu doc xde plk scan utk cek smle n doc bg jgk ubt trun kn drh dsbb kn sy stil cek ngtif. N sy mkn ubt tu slme 7hari sbjik shri dan slps 3hri drh trun byk la jgk tp xde rse sakit lgsg.. slme 6hri. Masuk bln 4 sy stil xkua period lg dn msuk bln ni 21.5.2017 sy pelik ade kua drh mcm bertali skit2.. time kite kncing die kua sy xperlu gune pad pon just cek time kncing mst die kua..sy nk pasti sy cube cek sy korek kt lubng bawah mcm sy buat utk bersih kn kputihn tu..dan sy korek ia msh bdrah dan ade rse sakit sket kt bhgian dlm tu.. dan smp skg sy msh brdarah brtali tu..dlm mse y same perot sy ade rse tendangan kali2 dr ptg smp ke mlm perot sy rse tendangan y kuat y bole sy rse xslsa spt tendang bby dlm perot… jd sy musykil adkah sy mgdong sdg ade kkua drh sket dgn keadaan drh brtali lendir tu… sy msh dlema dn memkir2..kedaan drh klua tu sudah msuk 8hari 28hb.2017 ni.. perot sy ade rse tendangn.. ape y sy patut buat ye.
Bahijah says
Assalammualaikum doc..
Biase untuk kita nampak denyutan jantung bby pada minggu ke berape ye? Kalau ikot period saya.. usia kandungan saya 9week last period 21/04, yang merisaukan saya.. saya ade keluar keputihan bewrna coklat pada hari ahad.. dan pada hari selasa malam saya pergi scan dekat klinik swasta dan dokter yang scan saya cakap denyutan jantung bby saya tak ada lepas tu docter tu teros mengesahkan bby saye sudah tak ada.. oleh kerana cemas saye teros pergi hospital untuk buat pengesahan lagi sekali.. bila docter dekat hospital scan dia cakap bby saya masih ada sebab masih ada kantong.. denyutan jantung nampak lagi sebab bby saye masih kecil.. tapi kan doc saya sudah 4hari keluar darah ketul2 yang sangat kecil.. tapi dalam quantiti yang sikit.. agak2 kan doc bende macam nie memang akan berlaku ke kepada ibu hamil..
Ina says
Assalamualaikum doc..kndungan sy 28mgu tp slalu kuar tompokan darah since awl preggy lg tp xbyk..scan baby ok..penah tny doc ms awal kndungan dl..doc amek sample xde mslh cuma doc ckp serviks luka..tompokan drh tersebut berlarutan shingga skrng..normal ke doc?
fazirahani says
macam mane sekarang. kandungan selamat sampai bersalin ke.? sebab saya alami bende yang sama macam awak.. saya dah 17minggu tpi keluar tompokan darah. jumpa doktor. doktor cakap baby okay. kedudukan uri dekat atas. cume servik luke. masuk hari ni dah 5 hari keluar tompokan darah.
Maz Jamal says
Saya kerap bleeding masa hamil, selepas keguguran kandungan pertama..mmg agak risau, risau berlaku lagi kegguguran..Terima kasih atas perkongsian..
Maz Jamal menulis…Cara Mudah Dan Selamat Menghilangkan Ruam Susu Bayi
azeni says
Saya juga pernah keguguran masa sebelum anak kedua.
Tersentap juga hati.
Tapi ada hikmahnya kan..
sha says
saya mengandung anak 3..dah 12minggu..drh masih keluar p check hospital scan doc ckp okey nadi ada..doc bgi ubat kuat rahim n asid folic blik rumah tpi dh 12 hari masih turun drh..kdg pekat hitam kdg cair…1/8 kena scan lgi tgk perkembangan janin…skrg saya sgt risau tentang keadaan janin saya…
Jannah says
Saya nak tanya, saya dah mengandung minggu ke10..tetapi bila scan hanya nampak kantung sahaa..sekarang ni setiap hari akan ada pendarahan coklat.. kadang -kala keluar lendir darah. Saya pergi cek di klinik biasa. Doktor kata kena pantau…emm adakah ini risiko gugur
azeni says
Mungkin kena tunggu next following month untuk mengesahkan keadaan kandungan puan.
Kadang kadang keluar lendir coklat itu disebabkan perubahan hormon yang tak bagi kesan pada kandungan.
Yang penting buat check-up detail di klinik berhampiran.
Semoga membantu info ini untuk puan.
Terima kasih.
fazirahani says
Assalamualaikum.
Saya nak tanya. Saya dah hamil 17minggu dah..tapi mula 3hari yang lepas saya dapati saya keluar tompokan darah berwarne coklat..saya sudah rujuk ke doktor dan doktor beritahu yang servik saya luke. kandungan n baby saya semua okay. uri pon ade dekat atas. dan pagi tadi saya dapati tompokan darah tu keluar lagi tapi dah jadi warne merah pula.. boleh tahu tak sebb ape? normal ke?
azeni says
Biasa nya kalau lepas bersama dengan suami, ada setengah ibu hamil akan alami macam puan..
Tapi kalau sudah berjumpa doc, dan xray semua ok, sepatutnya okay tue..
Cuma pantau la dalam masa 3 hari jika masih keluar darah merah lagi berturut- turut so kena jumpa pakar..
Iera says
Salam doc..
Skrg saye mngdung..ikut pada kiraan saye last period 26/9/18 so kndgn saye dah 13 mggu something…tapi sejak awal pregnat saye pegi scan akan nampak kantung kosong…2 mggu pertama kantong kosong….tapi selpas smggu pade tu buat viginal scan nampak yolk sac…doc mntk saye dtg balik mggu depan utk scan lagi…sye dtg mggu depan nya tu scan viginal nampak janin yg mmbsar dlm 6 mggu 6 hari tapi tiada degupan jantung…dan doc minta saye buat DnC…tapi saye still harapkan baby saye membesar dgn baik…skrg saye dh tak pergi lagi follow mana2 klinik or hospital…dan sekarang saye ade alami pendarahan…tapi saye xde cramp perut..xde sakit pgg…apa pndpt doc…
Rozaman sulaiman says
Salam doc… Isteri sya preg dah 8mnggu…start msuk mnggu ke7 start kluar drah tanpa henti… Cuma ckit jelah kluar… Bila kami scan pada mnggu kelapan tu doc Kate usia kandungan baru 6mnggu… Klau ikutkan dgn tarikh piriod dh 8mnggu…doc tu ckap kalau kandungan msuk 8mnggu spatutnyer sudah Ade bentuk didlm kantungnyer tapi sebaliknyer…. So doc ape pendapat doc masalah kami ni…skarang isteri sya kluar darah… Tq
Nurrul says
Assalamualaikum doc…sy hamil 4 minggu belom buat buku pink lg….sy mengalami pendarahan macam period then masok emergency wad…doc masuk speculum check pintu servik belom terbuka means sy belom gugur….tapi darah still keluar macam period dan sometime ketul2 macam darah beku….bila scan doc xpasti ianya kantung atau benda lain….so doc amik drah utk check keadaan janin samaada masih keguguran atau pregnant luar rahim…pastu doc masuk kamera melalui bawah dapati sy ada cyst bahgian kiri…bole sy tahu pendarahan sy berlaku ni kerana apa?
Bella says
Salam doc.. kndungan sy dh msuk 2bln lbih.. tp minggu lalu perut sy rsa sakit2 n mngeras. wktu buang air kecil, sy bersihkan bhgian dlm tu, ada darah warna coklat tp x byk. esoknya dia bhnti.. tp hari ni ada lg tp darah nya dh tukar jd coklat gelap n mcm tali bentuk nya, darah x cair.. mnta pndapat doc..
Zan says
Salam doc…sya mau tanya adakah sya kguguran atau tidak…sebab syg kadang2 ada kluar lendir darah dan ketulan darah yg kecil smasa kencing..sya ada jumpa doktor dia suru datang 2 minggu lg sbb d scan hanya nmpk kantung saja…sya mohon pnjelasan doc.