Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan zuriat sendiri untuk membenihkan lagi kasih sayang. Tetapi yang paling penting adalah untuk menyambung generasi keturunan kan.
Tetapi bukan semua wanita mampu mengandung. Banyak sangat faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan dalaman wanita itu sendiri. Nampak luaran sihat dan tiada masalah tetapi dalaman kita adalah sangat kompleks untuk digambarkan kesihatannya.
Dalam merancang untuk mengandung, tahap kesuburan dan kitaran darah haid sangat penting untuk diketahui setiap bulan.
Dengan teknologi telefon pintar, semuanya boleh disimpan sebagai data rujukan kita bersama suami isteri untuk merancang kehamilan. Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk mengetahui waktu kesuburan kita.
Mungkin peluang untuk hamil lebih tinggi apabila kita mengetahui secara teliti waktu kesuburan kita.
Aplikasi yang dicadangkan boleh di install secara percuma sahaja samada jenis telefon pintar Android ataupun Apple.
Ada 8 aplikasi yang boleh membantu mengetahui kesuburan untuk mengandung iaitu:
1. Pink Pad Period
Aplikasi semua dalam satu (all in one) iaitu merangkumi kesihatan wanita, mengira haid yang datang, kitaran ovulasi dan juga carta untuk merancang keluarga samada untuk mengandung ataupun untuk mencegah.
Boleh dimuat turun secara percuma iaitu untuk ‘lite version’ ataupun secara berbayar iaitu ‘pro version’.
2. Fertility Friend
Kesinambungan daripada website popular iaitu FertilityFriend.com terus dijadikan sebagai aplikasi di telefon pintar. Untuk memudahkan pengguna untuk akses kod berwarna bagi tahap kesuburan, statistik kitaran kesuburan dan terdapat juga kumpulan sokongan.
Tahap kesuburan bukan setakat wanita sahaja, tetapi lelaki juga perlu seiring. Boleh lihat di Bagaimana Untuk Menguatkan Kesihatan Lelaki.
3. Period Tracker
Membantu untuk buat log bagi pengiraan kitaran haid 3 bulan yang lepas. Juga membantu untuk mengesan mood kita, berat badan yang bersesuaian dan juga suhu badan yang sesuai dalam rancang kesuburan.
4. My Fertile Food
Apabila ia berkaitan dengan kesuburan tentunya daripada sumber makanan kita seharian kan. Kerana makanan memainkan peranan yang penting untuk memastikan badan kita sentiasa kuat dan sihat, telur ovum yang dihasilkan lebih subur dan mengoptimasikan tahap kesihatan untuk mengandung.
Dengan aplikasi ini, dapat memberikan makanan sihat sepatutnya diambil untuk meransang kesuburan.
Walaupun bukan untuk merancang hamil, tetapi untuk kegunaan harian biasa juga boleh. Bagi memastikan kita mendapat makanan yang sihat.
Selain daripada makanan harian yang diambil, vitamin juga memberikan kesan yang besar dalam mempengaruhi tahap kesuburan wanita itu sendiri. Anda boleh lihat di Bagaimana Vitamin Membantu Kesuburan Wanita.
5. Lily Pro
Aplikasi yang sungguh comel kan.
Ia membantu secara terperinci dari segi suhu badan kita dan juga ukuran cecair serviks untuk meramalkan kesuburan.
Yang menariknya tentang aplikasi ini adalah daripada carta yang disediakan boleh di print keluar ataupun data disimpan sebagai rujukan dalam bentuk file pdf.
6. Kagel Camp
Merancang kehamilan bukan sahaja berkaitan dengan kesuburan. Tetapi perlu ambil tahu kesihatan rahim dan sekelilingnya.
Senaman kagel untuk membantu untuk menegangkan dan menguatkan otot lantai pelvik , meningkatkan aliran darah ke bahagian pelvis dan juga boleh meningkatkan kesihatan sistem pembiakan secara keseluruhan.
Dengan aplikasi ini, akan sentiasa di update waktu dan bila untuk melakukan senaman kagel.
Selain itu, ada alternatif yang lain untuk menguatkan rahim iaiu dengan vitamin. Boleh lihat di Cara Untuk Menguatkan Rahim dan Peranakan Wanita.
7. WomanLog
Aplikasi yang membantu untuk memeriksa suhu badan kita setiap hari dan juga untuk mengingati jadual pengambilan vitamin yang bersesuian dengan kesuburan.
Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid tidak menentu dan emosi tidak stabil, aplikasi ini membantu untuk mencorakkan kitaran haid anda.
Boleh rujuk di sini tentang 10 Tips Merancang Kehamilan dan Makanan Yang Dicadangkan.
8. Period Diary
Merancang untuk hamil dan ingin tahu kitaran haid untuk bulan seterusnya?
Aplikasi ini membantu anda dengan meramalkan kitaran haid bulan hadapan dan juga proses ovulasi untuk meningkatkan peluang hamil.
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi di atas, sekurang-kurang membantu anda dan pasangan dalam usaha untuk merancang kehamilan. Pendek kata semuanya di hujung jari kita sahaja.
Walaupun kekangan masa ataupun sibuk sebagai wanita yang bekerja namun dengan kehadiran aplikasi-aplikasi ini boleh membantu. Tidak kira samada merancang untuk hamil ataupun untuk mencegahnya.
Selamat beraplikasi.
banyak juga apps sekarang yang boleh bantu mommies nak mengandung. 🙂
Ros menulis…Senarai Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil
Banyak usaha yang boleh dilakukan.
Cuma jangan give up je.