• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

4 Tips Mudah Untuk Ibu Berpuasa Sambil Menyusu Badan Tanpa Perlu Ganti Puasa

4 July 2015 By azeni 4 Comments

Bila datang bulan Ramadan ataupun untuk menggantikan puasa, mesti kebanyakan ibu-ibu akan keluh gelisah.

Memikirkan stok susu badan yang akan turut ‘berpuasa’ juga bila ibu berpuasa kan.

Itu adalah pemikiran skeptikal kebanyakan para ibu.

Sebenarnya tidak sedemikian.

Tips berpuasa sambil menyusu badan

Berpuasa sambil Menyusu?

Jika difahami betul-betul bagaimana susu badan terjadi dan bagaimana ia berterusan menghasilkan susu, pasti para ibu tidak pening kepala untuk berpuasa sambil menyusu anak.

Tidak kira la anak masih di bawah umur 2 tahun ke ataupun selepas 2 tahun.

Yang penting semua atas ibu itu sendiri.

Jom kita lihat tips yang mudah difahami seperti wanita dalam video ini.

Wanita ini menyusu badan selama 7 tahun. Bila datang bulan Ramadan ataupun perlu menggantikan puasa, beliau masih menyusu badan seperti biasa.

Malah langsung tidak penat seharian ataupun tiada istilah stok susu merudum!!!

Seronok rasa kan.

Anda wajib tonton video ini jika mahukan stok susu tidak merudum. Mahu menyusukan anak anda secara ekslusif.

4 Tips Mudah Untuk Ibu Berpuasa Sambil Menyusu Badan Tanpa Perlu Ganti Puasa:

1. Ibu perlu memahami konsep supply and demand

Iaitu konsep untuk penghasilan secara berterusan susu badan. Tidak kira samada anda menyusu badan secara terus ke bayi ataupun perlu mengepam di tempat kerja.

Yang penting perlu ikut jadual seperti biasa (bukan waktu berpuasa). Mengepam di tempat kerja seperti biasa tanpa skip. Walaupun nampak susu semakin berkurangan tetapi teruskan seperti biasa.

Sebab badan kita memerlukan signal (isyarat) iaitu meransang puting susu untuk dihantar ke otak bagi menghasilkan susu badan.

Jika tiada signal dihantar ke otak, maka badan tidak takdapat menghasilkan susu badan seperti biasa. Lama kelamaan susu badan akan semakin kering.

2. Minum air suam kosong yang cukup

Walaupun tidak menyusu badan baik lelaki mahupun wanita, wajib ambil air suam kosong yang secukupnya setiap hari iaitu minimum 3 liter (8 gelas). Sebab badan kita sangat mudah terhidrasi.

Waktu berpuasa, memang ramai orang akan kekurangan air dalam badan terutamanya ibu yang menyusu badan.

Cara mudah untuk pastikan minum air suam kosong secukup adalah seperti berikut:

Ibu menyusu minum air kosong secukupnya

Cara untuk pastikan minum air kosong secukupnya

3. Elak tertekan (stress)

Sangat-sangat mempengaruhi kepada penghasilan susu. Nampak mudah kan.

Tapi semua itu, pemikiran kita yang perlu kawal.

Walaupun banyak kerja di tempat kerja ataupun stok susu simpanan semakin berkurangan, jangan biarkan kita tertekan.

Supply and demand akan berkait dengan hormon badan kita. Begitu juga dengan perasaan tertekan. Semua akan saling berkaitan.

Paling mudah, bila kita penat automatik akan rasa tertekan kan.

Cuba kawal dari dalaman badan kita. Berpositif sahaja. Pasti boleh kan.

4. Bantuan vitamin menyusu badan

Walaupun namanya bantuan tetapi ia menjadi sangat penting kepada saya sendiri dan juga untuk para ibu yang menyusu.

Vitamin bukan untuk banyakkan susu badan ya tetapi membantu untuk badan kita kekal cergas bertenaga semasa berpuasa.

Bila badan bertenaga, maksudnya tidak penat dan tidak tertekan kan. Secara tidak langsung, proses supply and demand akan berlaku dengan baik.

Seperti wanita di dalam video ini, beliau menggunakan vitamin asas untuk bertenaga semasa menyusu iaitu:

i. Vitalea

Multivitamin yang mengandungi semua mineral termasuklah zat besi. Iaitu membantu badan bertenaga seharian walaupun berpuasa.

ii. Vitamin C

Multivitamin wajib diambil bersama dengan Vitamin c untuk bantu penyerapan zat besi lebih baik.

Vitamin C juga bantu agar kulit tidak kering dan sensitif disebabkan kehilangan nutrisi yang disalurkan melalui susu badan.

iii. Bcompleks

Antara vitamin yang penting untuk meredakan tekanan dalam badan. Vitamin untuk anti-stress.

Sangat-sangat membantu untuk ibu yang menyusu dan kepenatan seharian.

iv. Alfalfa

Iaitu peransang kepada penghasilan susu badan. Tetapi perlu diingat ya konsep supply and demand penting dilakukan. Kemudian alfalfa akan membantu seiring.

Persediaan untuk berpuasa wanita di dalam video di atas mengambil ESP dan Performance Drink (PD). ESP dan PD ini diambil sewaktu sahur untuk bantu kekalkan cecair di dalam badan. Iaitu untuk elak badan terhidrasi dan kepenatan untuk menyusu ataupun mengepam.
Vitamin ibu berpuasa sambil menyusu

Vitamin untuk membantu ibu berpuasa menyusu badan

Set penyusuan yang lengkap ini untuk bantu ibu-ibu yang berpuasa sambil menyusu badan.

Dan tiada istilah susu merudum bagi wanita di dalam video ini selama 7 tahun menyusu badan.

Perlu diingat bahawa untuk menjayakan penyusuan susu badan memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Rasa macam nak berperang pula kan. Hehe.

Tetapi ungkapan tersebut tepat untuk memastikan anak-anak kita mendapat khasiat sepenuhnya daripada susu badan kita sendiri kan.

Dengan sedikit pelaburan ini dan pengorbanan kita untuk memastikan stok susu sentiasa ada, membolehkan anak kita mendapat yang terbaik. Iaitu susu badan.

Untuk sebarang tempahan dan pesanan, boleh terus hubungi saya ya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

8 Aplikasi Bantu Mengetahui Kesuburan Untuk Mengandung
Rawat Senggugut Kronik Tanpa Menggunakan Painkiller atau Perlu Ambil MC

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara atasi stok susu badan merudum bulan puasa, cara minum air kosong cukup bulan puasa, ibu menyusu supply and demand, stok susu badan merudum bulan puasa, tips ibu berpuasa sambil menyusu badan, tips ibu puasa dan menus, vitamin ibu berpuasa, vitamin untuk bertenaga ibu menyusu

Comments

  1. nila anggraini says

    4 July 2015 at 6:46 pm

    Set menyusu shaklee ditambah performance drink sangat membantu saya dalam berpuasa sambil menyusukan anak. Memang best puasa kali ini…badan bertenaga dan susu meriah.
    nila anggraini menulis…7 Tips Menyusu Di Tempat Awam Agar Ibu Dan Bayi SelesaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:42 pm

      Kalau dengan PD lagi best.
      Bertenaga sentiasa nak menyusu anak kan..

      Reply
  2. titan says

    5 July 2015 at 3:33 am

    tu la. sian gak tengok bini. dok mengepam gak setiap hari.
    titan menulis…Duit RAYA dari KlikjerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:42 pm

      Takpe en.Titan..
      Lama kelamaan akan jadi biasa.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network