• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

9 Cara Cegah Gout Secara Praktikal

16 October 2017 By azeni 4 Comments

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel sebelum ini iaitu 4 Tanda Gout untuk Dikenalpasti.

Boleh baca secara terperinci di artikel sebelum ini yang mana menyebabkan ramai terkeliru antara tanda sakit gout dengan sakit sendi seperti rheumatoid arthritis.

Sebab terkeliru akan menyebabkan pengambilan ubat yang tidak menyelesaikan masalah gout itu sendiri.

9 cara cegah gout secara praktikal

Bagaimana Gout Terjadi?

Dalam rajah di bawah menunjukkan bagaimana asid urik jadi berlebihan dalam badan kita.

Daripada hati yang menghasilkan asid urik tinggi disebabkan ambil makanan tinggi purine ataupun organ perkumuhan (seperti buah pinggang dan usus) tidak mampu untuk membuang lebihan asid urik.

punca gout

Rajah ringkas tentang punca GOUT

Bila asid urik jadi berlebihan dalam badan akan menyebabkan:

i. Pembentukan Kristal baru di bahagian sendi

ii. Kristal lama melarut dalam darah menyebabkan lebih pekat.

iii. Sendi terhakis

iv. Lama-kelamaan organ dalaman badan seperti buah pinggang cepat rosak

Bila ada sakit gout, bukan semata-mata ambil ubat untuk menahan sakit. Tetapi sangat penting untuk menjaga pemakanan dan juga cara hidup yang lebih sihat. Kalau tidak, memang terbelenggu dengan kesakitan yang berpanjangan.

Jom saya kongsikan disini cara yang praktikal yang dikongsikan oleh Dr Anya Tay (ahli SAHAMM) untuk bantu pesakit bebas gout.

9 Cara untuk Cegah Gout Secara Praktikal

1. Berat Badan Ideal

Ini adalah sangat penting kerana akan pengaruhi pengerakan sendi. Jika berat badan obesiti akan bagi tekanan kuat pada sendi untuk menampung beban.

Memang mudah diserang gout.

BMI yang ideal adalah 18.5 – 24.9. Pengurangan berat badan tidak boleh terlalu drastik menurun kerana bagi kesan peningkatan asid urik. Untuk pesakit gout elakkan ambil protein tinggi dalam diet seharian.

2. Tidak ambil alkohol

Minuman alkohol akan membebankan buah pinggang dan menyebabkan asid urik tidak mampu diuraikan.

Dan alkohol menyebabkan badan mudah terhidrasi.

3. Kurangkan Makanan Tinggi Purine

Elakkan makanan yang tinggi dengan purine yang mana akan menyumbangkan asid urik tinggi dalam badan.

Contoh makanan tinggi purine iaitu:

i. Ikan bilis

ii. Ikan kembung

iii. Organ dalaman seperti hati lembu ataupun ayam.

iv. Daging merah

Antara makanan yang mengandungi purine sederhana iaitu:

i. Ayam

ii. Cendawan

iii. Bunga kobis

Boleh baca disini secara detail iaitu Pantang Larang untuk Pesakit Gout.

Cara rawat gout

Lingkaran putih di sendi adalah pengumpulan asid urik

4. Kurangkan pengambilan gula dan juga refine carbohydrates.

Gula dan refine carbohydrates akan menyebabkan inflamasi dalam badan kita terutamanya di bahagian sendi-sendi.

Gula juga kan menganggu insulin dalam badan secara tidak langsung menyebabkan serangan gout.

Malah gula boleh jadi penyebab kerosakan buah pinggang kita juga. Boleh baca secara terperinci di sini Bagaimana Buah Pinggang Mudah Rosak.

5. Ambil air kosong secukupnya

Air kosong sangat digalakkan diambil sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan buah pinggang kita mampu membuang kumuhan (asid urik).

Selain itu, boleh amalkan jus buah buahan untuk mereka yang tidak suka minum air kosong. Sekurang-kurangkan cecair cukup dalam badan untuk proses perkumuhan.

Antara kelebihan air cukup dalam badan adalah mengelakkan lebih banyak pembentukkan asid urik dan juga batu karang dalam badan.

6. Alkalikan Badan

Salah satu cara untuk halang gout ataupun untuk bebas gout adalah dengan alkalikan badan dengan makanan.

Makanan yang tinggi alkali boleh neutralkan asid urik dalam badan dan boleh mengelakkan terkumpul di bahagian sendi.

Kebanyakan sayuran dalam kategori alkali iaitu seperti brokoli. Bayam dan asparagus. Buah-buahan juga membantu untuk alkalikan dalam badan kita seperti buahan citrus seperti buah oren dan lemon.

7. Detox Badan

Detox badan dengan kurus badan adalah sangat berbeza ya. Jangan samakan sama sekali.

Tujuan detox badan adalah untuk cuci organ seperti hati dan buah pinggang kita dan meningkatkan fungsi organ itu sendiri. Lebih bagus jika lakukan detox badan setiap bulan.

Boleh tengok secara detail disini bagaimana untuk DETOX secara sihat untuk sakit Gout. Juga video tentang kesan detox di bawah.

8. Elakkan Penyakit Kronik

Kalau boleh elakkan penyakit kronik seperti 3 serangkai yang mana akan menyebabkan sakit gout bertambah teruk.

Iaitu seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

9. Suplemen untuk sakit Gout

Tujuan suplemen dicadangkan oleh Dr Anya Tay ini adalah untuk mengurangkan paras asid urik dalam badan dan juga untuk mengurangkan inflamasi dalam badan.

Secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan serangan gout.

suplemen gout cepat sembuh

Vivix

Dalam Vivix ada kandungan Quercetin yang terkandung dalam buah elderberry.

Fungsinya adalah untuk menyekat xanthine oxidase yang memangkin penghasilan asid urik dalam darah kita.

Revestrol yang terkandung dalam vivix boleh membantu untuk baiki dan menghalang kerosakan sel.

Boleh lihat terperinci di sini Bagaimana Resveratrol Penting dalam Badan.

Alfalfa Complex

Iaitu untuk alkalikan badan kita untuk mencairkan asid urik. Alfalfa juga bagus untuk membantu proses pembuangan.

Bcompleks

Mengandungi zat besi untuk mengelakkan kekurangan darah merah dan juga ada kandungan B12 untuk memastikan tindakbalas kimia dalam badan kita dalam keadaan baik.

Vitamin C

Bantu kurangkan paras asid urik dalam badan dengan kurangkan tindakbalas pemangkin enzim iaitu xanthine oxidase.

Omega Guard

Ada kandungan omega 3 yang sangat bagus untuk kurangkan inflamasi sel disebabkan pengambilan gula dan refine carbohydrate.

Ostematrix

Ada kandungan kalsium, magnesium dan Vitamin D untuk bantu kuatkan tulang.

Performance Drink

Iaitu cecair untuk dibancuh untuk memastikan badan cukup dengan air dan dapat mengelakkan hidrasi.

8 vitamin yang mempunyai peranan masing-masing untuk membantu sakit gout. Sakit gout bukan sekadar kita nak hilangkan sakit tetapi untuk:

  • Nuetralkan asid urik dalam badan
  • Untuk bantu sendi lebih sakit
  • Untuk tingkatkan fungsi organ buah pinggang dan hati
  • Dan boleh membantu untuk BEBAS gout.

testimonial gout dengan vivix

Video tentang Gout

Yang penting, jalani pemeriksaan dengan doktor dan ambil ubat yang disarankan. Ubah diet pemakanan harian dan pastikan kerap melakukan senaman. Juga disokong dengan pengambilan suplemen.

Bukan selama-lamanya kita nak biarkan orang kesayangan kita ataupun diri kita sendiri terbelenggu dengan sakit gout. Sekurang-kurang ubah cara hidup yang lebih sihat.

Untuk tempahan suplemen untuk sakit gout beserta dengan konsultasi boleh terus hubungi saya di:

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Blog Boleh Jana Income 4 Angka

Size Fibroid 13.3cm Jadi 0cm! Apa yang Berlaku?
Kenapa Gula Bahaya Pada Badan?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Asid Urik Gout, gout, Makanan Gout, Senaman Gout

Comments

  1. Azura Zainal says

    30 October 2017 at 3:37 pm

    tak sanggup nak bayangkan kesakitan akibat gout ni..

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:27 am

      Kesian kan kalau mereka ada gout.
      Menyucuk kalau berjalan.

      Reply
  2. akubiomed says

    16 November 2017 at 12:24 am

    Kesian yang ada gout. Nak pijak pun bisa dan ada yang berjalan sampai bertongkat.
    akubiomed menulis…Telefon Pintar Neffos X1 Lite untuk kegunaan harianMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:27 am

      Aaha betul tue.
      Belum kira tersalah makan lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer