Ramai masih beranggapan gula perlu di ambil setiap hari untuk mendapatkan tenaga.
Malah dalam masyarakat kita seolahnya wajib letak gula dalam masakan untuk rasa lebih sedap. Sedapnya di mulut tetapi mengundang bahaya dalam badan kita.
Gula putih ataupun gula perang umpama anai-anai. Badan kita seperti rumah. Sedikit demi sedikit anai-anai makan kayu dalam rumah hingga sampai satu masa, rumah runtuh.
Begitu juga badan kita. Masa muda makan gula tanpa langsung pantauan hingga umur 30an-40an wajib dapat kencing manis. Malah penyakit 3 serangkai.
Ini adalah statistik di Malaysia ye. Sungguh menyedihkan.
Malaysia disebut syurga makanan dan pada masa yang sama adalah penduduknya mempunyai masalah kronik paling tinggi di Asia!
Saya terangkan secara ringkas kandungan gula.
Gula mengandungi sukrosa. Iaitu terdiri daripada glukosa dan fruktosa.
Fruktosa yang bahaya kerana menyebabkan toksiliti meningkat lebih tinggi daripada glukosa.
(Sumber)
Sebenarnya banyak penyakit akan datang disebabkan gula tapi saya senaraikan disini 6 keadaan sahaja yang biasanya kita akan alami tanpa perlu tunggu umur tua.
Kesan gula putih dalam badan kita:
1. Kulit Bermasalah
Ini paling mudah kita nak perasan. Kulit muka jadi kerap naik jerawat, kusam dan tidak sihat. Gula akan menyebabkan kulit lebih tua (aged) macam muka tua. Boleh tengok keadaan sel kita dalam gambar di bawah.
Walaupun kita guna komestik mahal, tapi kalau diet makanan seharian tinggi gula, keaslian cantik itu tak terserlah.
2. Mood tidak stabil
Gula mempengaruhi mood. Kita akan selalu dalam keadaan tertekan ataupun jadi cepat runsing untuk perkara-perkara remeh. Hingga sampai satu tahap rasa berdebar je disebabkan tahap adrelina dalam darah meningkat.
Pula kalau wanita dengan datang bulan. Bertambah-tambah mood swing nya kan. Hihihi.
Memang faktor makanan akan pengaruhi kestabilan hormon dalam badan.
3. Berat badan cepat naik
Selain kulit, ketara nampak pada berat badan kita. Sebab itu mana-mana program weight management pasti akan suggest elakkan gula. Dan gula menganggu metabolisma badan kita.
Sebab gula mengandungi kalori dan cepat mengemukkan. Ini juga terjadi pada saya sendiri. Bila kurangkan gula, berat badan mudah sangat turun dan dapat shape semula.
Lama-lama kelamaan, gula yang tinggi dalam badan menyebabkan cacing ataupun parasite banyak. Toksin akan menimbun dalam badan menyebabkan kesihatan mulai merosot.
Boleh tengok disini Program Kurus Sihat secara Detox.
4. Badan cepat lesu
Gula akan bagi tenaga yang cepat untuk badan kita tetapi gula dalam darah akan menyebabkan kita mudah letih dan lesu.
Paling mudah waktu bekerja.
Lepas makan tenghari hingga ke petang memang akan mengantuk dan jadi lermau kan. Cuba check apa yang kita makan minum.
5. Sistem Pertahanan Badan lemah
Gula akan menyebabkan jangkitan virus ataupun bakteria. Untuk wanita, pengambilan gula tinggi akan menyebabkan keputihan lebih teruk hingga menyebabkan kegatalan.
Terlalu banyak kes juga tentang bengkak tonsil hingga seawal anak 1 tahun!
Tonsil kita adalah sistem pertahanan yang menapis semua makanan yang masuk. Tapi kalau kerap ambil gula, memang sistem pertahanan badan makin lemah.
Itu sebabnya badan mudah demam dan kerap sakit.
Boleh rujuk juga disini tentang:
6. Risiko Kanser Lebih tinggi
Menakutkan tak?
Kanser nie bukan dalam masa 1-2bulan terus terjadi tetapi faktor pemakanan kita memang akan jadi trigger pada kanser.
Kanser disebabkan sel sel dalam badan kita tidak sihat ataupun mati. Sel mati ini dibiarkan hingga menganggu sel sihat yang lain. Gula antara penyebabnya selain faktor DNA kita.
Termasuklah kanser payudara, ovari, prostate dan paru-paru. Dan kanser adalah penyakit dalam diam malah diperingkat awal memang susah nak kesan. Bila dapat dikesan terus dalam stage 3-4. Terpaksa bergantung dengan kimoterapi.
Boleh baca info juga disini tentang Cara Awal Cegah Kanser Payudara.
Itu baru sebahagian kesan sampingan buruk dalam badan kita. Pendek kata, memang gula tidak bagus untuk kesihatan badan. Lebih bagus terus tinggalkan. Malah untuk perkembangan otak juga akan terbantut jadinya.
Kesian kepada anak-anak kita kan.
Pengambilan suplemen untuk memberikan nutrient secukupnya pada badan boleh membantu menghalang ketagihan gula. Malah boleh bantu untuk bebas gula. Iaitu:
Vivix
Cecair yang diekstrak daripada tumbuhan iaitu anggur muscadine, polyganum cuspidatum, elderberry dan Lobak Ungu.
Vivix adalah antioksida yang bantu memperbaiki sel sel badan kita sampai ke tahap DNA. Malah membantu berikan sel tenaga semula disebabkan faktor umur.
Dan vivix membantu untuk melindungi dan juga menghalang sel kanser tetapi diperingkat awal. Apa-apa pun mencegah lebih baik kan.
Vivix juga membantu kulit lebih sihat dan konsisten vivix boleh awet muda ye. Ada fakta dan kajian dilakukan oleh Shaklee yang sel kita boleh muda 25 tahun daripada umur sebenar!
Best kan.
ESP Protein
Iaitu protein untuk sel badan kita. Sel yang sihat adalah sel yang cukup protein dan menghalang rasa membuak-buak (craving) untuk ambil jajan yang tinggi kandungan gula.
ESP juga bagus untuk hilangkan parut kulit dan pada masa yang sama menegangkan sekali.
ESP juga bagus membantu mengurangkan berat badan disebabkan indeks glisemik rendah menyebabkan rasa kenyang yang lama.
Omega Guard
Iaitu minyak ikan yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6. Omega guard berfungsi untuk elakkan sel inflamasi iaitu keradangan sel.
Omega Guard bantu halang proses inflamasi yang mana ia adalah salah satu punca kepada sel tidak sihat.
Badan yang cukup kandungan Omega 3 boleh membantu untuk kuruskan berat badan dengan mengawal hormon leptin. So kurang rasa untuk makan junk food. Ambil real food iaitu makanan rugi kita.
Gula akan menyebabkan kesihatan badan kita merosot. Dan ia akan membawa kepada penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang rosak, tekanan darah tinggi membawa ke masalah jantung dan stroke.
Selain itu, amalkan suku suku setengah pinggan portion makanan harian kita. Cukup protein, sayur dan karbo. Paling penting buat senaman sekali.
Berminat dengan Vivix, ESP dan Omega Guard?
Boleh hubungi saya untuk konsultasi detail dan juga pembelian vitamin.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
tak bahaya sebenarnya.
tapi kena jaga.
jangan ambil lebih dan jangan tak ambil langsung.
titan menulis…Cashback keenam dari Shopback.my
Bukan takat gula putih je..
Gula dalam kek, makanan yang kita tak nampak.
Sedar tak sedar memang berlebih pun setiap hari..
Hihi
Banyak kesan negatif pada kesihatan badan bila pengambilan gula tidak terkawal.
akubiomed menulis…Neffos X1 Max skrin full HD dan gambar pun cantik
Setiap hari kita memang makan gula kan.
Kena jaga intake la..