• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

4 Tanda Gout untuk Dikenalpasti

11 September 2017 By azeni 4 Comments

Baru-baru ini saya berkesempatan ke seminar kesihatan khas untuk sakit gout yang mana speaker nya adalah Dr Anya Tay.

Beliau mempunyai double degree iaitu degree perubatan dan masih dalam bidang perubatan dan juga extra degree dalam bidang nutrisi. Dr Anya juga adalah ahli SAHAMM (Society for Advancement of Hormones and Healthy Aging Medicine Malaysia).

Seminar yang sangat menyeronokkan dan penuh dengan informasi untuk kami lebih dalami tentang penyakit gout dan juga cara mencegahnya secara perubatan alternatif.

Menarik bukan?

Hehehe..

Saya terangkan disini untuk sama-sama membantu mereka yang mahukan info gout dan cara mencegahnya.

4 tanda awal gout

Apa itu Gout?

Gout adalah keradangan ataupun inflamasi yang terjadi pada sendi-sendi di badan disebabkan masalah asid urik tinggi (berlebihan) dalam badan.

Sebenarnya bacaan normal asid urik dalam darah adalah:

Wanita : 2.4 – 6.0 mg/dL

Lelaki : 3.4 – 7.0 mg/dL

Tetapi ada 10% kes gout boleh menyerang walaupun bacaan asid urik normal dalam darah.

Penyebab Penyakit Gout

Boleh tengok di gambarajah di bawah secara ringkas bagaimana gout terjadi.

punca gout

Rajah ringkas tentang punca GOUT

Asid urik akan berlebihan apabila:

1. Hati menghasilkan asid urik tinggi daripada makanan yang tinggi purine.

2. Organ perkumuhan seperti buah pinggang dan usus besar tidak mampu membuang lebihan asid urik.

Bila asid urik berlebihan dalam darah menyebabkan:

i. Pembentukan Kristal baru di bahagian sendi

ii. Kristal yang lama larut dalam darah menyebabkan bacaan asid urik semakin tinggi.

iii. Sendi jadi terhakis

iv. Organ dalaman jadi cepat rosak antaranya adalah buah pinggang.

Makanya gout boleh menyerang.

4 Tanda Gout untuk Dikenalpasti

Biasanya pesakit boleh terkeliru gout dengan sakit sendi biasa. Dr Anya kongsikan 4 kriteria keadaan untuk mereka yang betul-betul ada sakit gout.

1. Sekurang-kurangnya 2 kali serangan sendi sebelum ini dan sembuh sepenuhnya dalam masa 2 minggu.

2. Ibu jari kaki bengkak

3. Doktor ada berikan ubat colchicine (ubat gout) dan sembuh selepas 48jam terima rawatan.

4. Ada tophi di bahagian tisu lembut

apa itu tophi gout

Andai ada salah 2 kriteria di atas memang berlaku maka sah anda adalah pesakit gout.

Rawatan Gout secara Konvensional

Biasanya bila gout, doktor akan bagi ubat-ubatan seperti:

i. NSAIDs (Nonsteroidal Anti Inflammatory Drugs) untuk tahan sakit.

ii. COX-2inhitor adalah ubat elak gastrik disebabkan ambil NSAIDs.

iii. Colchicine iaitu ubat untuk kurangkan bengkak dan untuk elakkan asid urik terbentuk.

Boleh baca detail juga disini tentang Fungsi Ubat untuk Pesakit Gout dan 9 Cara untuk Cegah Gout Secara Praktikal.

Mungkin akan bergantung dengan ubat-ubatan doktor ini untuk mengelakkan keadaan gout lebih teruk.

Selain ubat, vitamin yang bersesuaian boleh diambil untuk mencegah gout lebih teruk. Tetapi pastikan anda mendapat rawatan terlebihan dahulu dengan doktor di hospital.

Suplemen Gout untuk membantu:

suplemen gout cepat sembuh

Vivix

Kandungan Quercetin dalam salah satu ramuan Vivix iaitu Elderberry bantu untuk menyekat xanthine oxidase.

Xanthine oxidase adalah salah satu enzim yang mangkinkan penghasilan asid urik dalam darah.

Selain itu, resveratrol juga bertindak untuk menghalang dan membina tisu-tisu yang rosak disebabkan pembentukan kristal.

Alfalfa

Penting alfalfa untuk alkalikan badan kita dan asid urik mudak dicairkan.

Bcompleks

iaitu ada kandungan asid folik untuk elak anemia (kekurangan darah merah) dan juga ada B12 untuk mainten kan tindakbalas metabolisma asid urik dalam badan.

Vitamin C

Bertindak untuk kurangkan tindakbalas enzim xanthine oxidase.

Omega Guard

Penting untuk kurangkan keradangan ataupun inflamasi di bahagian bengkak gout.

Juga sangat membantu menghalang penghasilan cytokins iaitu TNF-Alpha.

GLA

Ada kandungan Omega 6 juga berperanan sebagai anti keradangan.

Ostematrix

Ada kandungan kalsium, magnesium, copper dan boron iaitu mineral yang diperlukan untuk elak kerosakan tulang.

Performance Drink

Dalam bentuk serbuk untuk dibancuh. Bertindak untuk pastikan cecair dalam badan pesakit gout.

Kerana cecair yang cukup boleh elak asid urik bentuk Kristal.

8 vitamin yang masing-masing ada peranan untuk elakkan bacaan asid urik tinggi sekaligus mengelakkan pembentukan kristal.

Testimonial Sakit Gout

testimonial gout dengan vivix

Dan untuk pesakit gout bukan hanya setakat untuk hilangkan bengkak dan sakit lenguh di bahagian sendi. Tetapi kita perlu menghalang dan mencegah asid urik daripada berlebihan.

Daripada faktor makanan yang tinggi purine, berat badan yang seimbang dan ideal dan kerap kan untuk detox hati dan badan kita.

Jom saya kongsikan tentang Gout secara video.

Keseluruhan sistem badan kita akan dalam keadaan terkawal dan disokong dengan pengambilan suplemen. Biasa saya akan konsult dulu keadaan pesakit gout untuk pastikan suplemen yang dicadangkan boleh membantu.

Boleh terus hubungi saya untuk lebih terperinci dan juga pesanan vitamin.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Business Part Time Yang Menganggu Study untuk Pelajar IPT 

Kenapa Gula Bahaya Pada Badan?
Kesan HB Rendah Terhadap Ibu Hamil

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: asid urik, gout, punca gout, sendi bengkak, suplemen gout, tanda gout

Comments

  1. titan says

    13 September 2017 at 10:50 pm

    rasanya ibu jari tak pernah bengkak kecuali bengkak sebab main bola.

    hehe

    tapi, tetap bersyukur, takde masalah gout ni.
    titan menulis…Sindrom Burung Hantu yang COMEL.My Profile

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 12:06 pm

      Tapi pastikan jaga makanan seharian juga ye.

      Reply
  2. Nad says

    13 December 2017 at 8:20 am

    Pemakanan memainkan faktor utama

    Reply
    • azeni says

      14 December 2017 at 11:18 pm

      Ya betul.
      Betul sangat..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer