• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kesan HB Rendah Terhadap Ibu Hamil

9 August 2017 By azeni 2 Comments

Proses kehamilan memang perlu dititikberatkan bagi ibu. Biasa untuk ibu hamil akan sentiasa dipantau setiap bulan adalah:

1. Bacaan darah merah, hB (hemoglobin)

2. Tekanan darah

3. Kandungan gula dalam darah (boleh secara terperinci di artikel Diabetes Gestasi)

Memang akan berkait antara 3 keadaan di atas dan ia akan bagi kesan yang sangat besar pada bayi dan juga proses bersalin nanti.

cara naikkan hb hemoglobin anemia rendah

Malah ada juga ibu-ibu yang culas dan malas nak buat pemeriksaan berkala di klinik ataupun tidak ikut saranan doktor. Padahnya nanti bila nak bersalin dan juga kesan pada bayi.

Bagaimana hb menjadi rendah?

HB yang rendah juga sebagai anemia.

Sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh dan kembalikan dengan menghasilkan karbon dioksida keluar tubuh.

Bila sel darah merah berkurang, oksigen badan berkurang. Karbon dioksida jadi meningkat dan jantung mendapat input (data) kononnya darah merah berkurang jadi dia kan mengepam lebih laju.

Tetapi bila lama kelamaan, jantung akan jadi letih. Jantung akan mengurangkan mengepam maka tekanan darah akan jadi rendah. Lama-kelamaan jantung jadi gagal mengepam atau heart failure, tekanan darah akan terus menurun. Ada risiko tinggi untuk seseorang jatuh rebah dan boleh membawa kepada kematian.

Nampak tak kepentingan hB ataupun darah merah ini terutamanya untuk ibu hamil. Lagipun jantung terpaksa mengepam untuk 2 orang sekali kan.

Bahaya hB rendah (anemia) kepada kehamilan?

Untuk ibu hamil, hb boleh menyebabkan:

  • size bayi menjadi kecil kerana kurang mendapat nutrient secukupnya
  • pembentukan organ menjadi kurang normal
  • ibu berisiko untuk tumpah darah semasa bersalin
  • lebih cepat rasa letih san lesu
  • tekanan darah boleh semakin menurun

Paling penting untuk ibu hamil kekalkan tahap hemoglobin (hB) 11 gm/dl. Lebih bagus kalau bacaan 12 gm/dl ke atas.

cara naikkan anemia atau hb rendah

Perkongsian pengalaman daripada teman saya tentang anemia ketika hamil.

Assalamualaikum.

Saya Maisarah binti Md Saupi, ibu kepada 3 orang anak.
Produk shaklee kesukaan Mai ialah set Ibu Hamil.Kenapa Mai sangat suka set Ibu Hamil ini kerana Mai merasai sendiri perbezaan ketika hamil anak ke-3 dengan anak-anak yang sebelumnya. Perbezaan yang sangat ketara dan sangat mengembirakan.

Mai mengamalkan Vitalea,B-Complex,vitamin C,Ostematrix dan Omega. Ketika Mai hamil anak pertama dan kedua bacaan HB sangat mendukacitakan yang mana setiap kali checkup nurse akan tulis bacaan HB menggunakan pen merah itu bermaksud bacaan HB Mai di bawah bacaan 11 dan juga disahkan mempunyai masalah anemia.

Lagi sedih hamil anak ke-2 bacaan HB Mai sentiasa di bawah 10 dan turun sehingga 8.2. Oleh kerana bacaan Hb Mai makin rendah berbanding anak pertama sedangkan Mai telah mencuba bermacam-macam vitamin yang di sarankan oleh nurse dan doktor tetapi bacaan tetap sama maka dihujung kehamilan kedua.

Doktor menyarankan Mai untuk membuat ujian darah iaitu ujian thalesimia dan akhirnya Mai disahkan Beta Thalassaemia trait (pembawa thalesimia) dan doktor bagitahu normal bagi ibu yang pembawa thalesimia mendapat bacaan HB di bawah 11.

Selepas Mai di sahkan hamil anak ke-3 Mai membuat keputusan untuk mengamalkan vitamin Shaklee sahaja untuk kali ini.Apa yang memeranjatkan Mai bacaan Hb cantik dan bacaan semakin menaik sehingga bacaan semasa checkup terakhir sebelum bersalin ialah 14.2. Mai tak pernah dapat bacaan secantik ini sebelum ini walaupun semasa tidak hamil.

Sebab ini lah Mai sangat sukakan set Hamil Shaklee dan kesan lain yang Mai dapat ialah tiada masalah kekejangan kaki yang mana semasa hamil anak kedua Mai kerap kali mengalami kekejangan kaki.

Aduh ibu-ibu yang pernah mengalaminya tahu kan betapa sakitnya bila kaki kejang (org kelantan sebut nyetok karung).Tapi hamil kali ke 3 hanya sekali Mai kejang kaki itu pun sebab penat berjalan seharian.

Cara untuk naikkan hB semasa hamil

cara naikkan hb darah ataupun anemia

1.Zat besi untuk meransang penambahan darah iaitu dalam Vitalea Shaklee. Juga dalam Vitalea ada 28 jenis vitamin dan mineral untuk bagi bertenaga.

2. Penyerapan zat besi yang terbaik adalah dengan Vitamin C. Memang kombinasi terbaik la zat besi dan Vitamin C.

Selain itu, Vitamin C membantu meningkatkan sistem pertahanan badan ibu. Boleh elakkan demam ataupun selesema.

3. Vitamin B iaitu Bcompleks yang ada kandungan asid folik dan B12 untuk kawal tekanan darah dan juga untuk peredaran darah dalam badan.

So Vitalea, Bcompleks dan Vitamin C adalah vitamin asas untuk pastikan hb normal ataupun elakkan anemia. Selain itu, boleh juga ambil Set Vitamin Hamil Lengkap untuk bantu kawal gula dalam darah dan pastikan kehamilan lebih mudah.

Boleh baca artikel Pengalaman Saya Mengandung Anak ke 3 dengan Set Vitamin Hamil Lengkap.

testimonial anemia ataupun hb rendah

Boleh juga lihat disini Resipi Untuk Naikkan hB Rendah Masa Hamil.

Jom saya kongsikan juga disini video untuk info bersama.


Jangan biarkan hB semakin menurun bila semakin meningkat trimester. Kerana kesan hB rendah boleh mempengaruhi terhadap perkembangan bayi untuk jangka masa panjang. Misalnya anak membesar jadi lambat bercakap, ataupun proses pembelajaran jadi lambat.

Sebab semua itu bergantung pada tahap perkembangan otak kan. Apa yang kita buat hari ini akan bagi kesan pada anak kita. So jaga kesihatan semasa hamil ya ibu-ibu semua.

Untuk buat pesanan terus, boleh klik disini;

cara order vitamin shakleeAtaupun;

Ingin dapatkan konsultasi secara detail untuk masalah anemia dan buat pesanan, boleh terus hubungi saya di:

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Business Part Time Yang Menganggu Study untuk Pelajar IPT 

4 Tanda Gout untuk Dikenalpasti
Kurus Dengan Pantas Melalui Pembedahan?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: anemia, hb rendah ibu hamil, hemoglobin

Comments

  1. Aishah says

    4 September 2017 at 2:38 pm

    Perkongsian yang baik..saya juga mempunyai masalh bacaan Hb yang menurun dengan teruk semasa kehamilan pertama, kedua dan keempat..memang akan ada kesan sampingan kepada ibu dan kandungan jika tidak dicegah..nak tahu kisah saya jemput view blog saya ye..https://vitasodap.blogspot.my/2017/01/cara-menaikkan-bacaan-hb.html

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 12:08 pm

      Terima kasih sufi drop your comment disini.
      Okay nanti boleh balas kunjungan juga.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer