Sinonimnya untuk kurus dalam masyarakat kita adalah dengan ubat kurus ataupun amalkan diet. Tapi mudah sangat putus asa bila tak dapat berat yang kita mahukan.
Padahal baru amalkan 1-2minggu sahaja. Memang tidak munasabah kalau nak kurus dalam yang pendek.
Bagi mereka yang berani dan berkemampuan, ada alternatif ditawarkan di hospital-hospital untuk buat pembedahan bagi kuruskan badan.
Jangan tak tahu ya.
Asalkan ada duit.
Mungkin dikatakan pembedahan untuk kurus adalah selamat memandangkan ia dilakukan oleh doktor bertauliah. Cuma untuk mainten kurus tiada jaminan. Semuanya atas gaya hidup kita.
Jom saya kongsikan antara pembedahan yang dilakukan untuk kurus.
1. Intragastric Ballon
Prosedur iaitu dengan meletak belon silikon yang berisi dengan saline dalam perut. Ia menghadkan jumlah makanan masuk dan cepat rasa kenyang.
2. Lap Gastric Sleeve
Prosedur untuk buang dalam 40% size perut kita dan kemudian akan jahit ataupun di ‘staple’ kan. Keinginan akan jadi kurang sebab perut mengecil.
3. Lap Mini Gastric Bypass
Prosedur sama seperti Gastric Sleeve. Size perut menjadi kecil dan makanan yang masuk akan terus dihadam dan diproses dalam usus. Seperti dalam gamabar ini.
4. Lap Gastric Bypass
Prosedur ini gabungan restriction dan malabsorption. Dalam prosedur akan dipasangkan kantung kecil yang disambungkan dengan usus kecil. Keadaan ini akan membuatkan rasa kenyang lebih cepat.
Sumber rujukan ini adalah daripada hospital KPJ. Ataupun lebih detail penerangan rujuk di www.lap-associates.com.
Ini antaranya pembedahan yang dilakukan untuk kuruskan badan. Perkiraan saya harga mesti mencecah puluhan ribu ringgit kan memandangkan ia dilakukan di hospital swasta dengan kepakaran tinggi dan mesin yang mahal.
Sebenarnya untuk kurus dan menten kurus kena amalkan cara hidup sihat. Cara hidup sihat ini memang akan ambil masa. Bukan 1-2bulan boleh terus kurus cantik.
Bagi mereka yang sememangnya mampu dan berani untuk buat pembedahan kurus, boleh jadikan sebagai pilihan. Tapi yang jenis tengok jarum nak ambil darah pun takut, suka saya cadangkan lakukan detox yang jauh lebih murah dan lebih sihat.
Apa itu detox?
Macamana detox boleh bantu kurus?
Apa kelebihan detox kalau dibandingkan dengan diet makan semua tue?
Jom saya terangkan disini untuk pembaca disayangi. Hehe.
Apa itu detox?
Kita memang setiap masa terdedah dengan toksin yang masuk dalam badan kita. Toksin ini bukan sekadar daripada hampas makanan sahaja. Toksin juga disumbangkan dari udara tercemar yang setiap masa kita sedut, ubat-ubatan bahkan daripada emosi dan fikiran negatif juga menyebabkan toksin makin banyak.
Betapa banyaknya toksin dalam badan kan.
Macamana hendak tahu toksin tinggi dalam badan?
Toksin tinggi dalam badan akan menyebabkan:
- Kita kerap sakit demam
- Selera makan menjadi-jadi
- Berat badan makin naik
- Kitaran haid terganggu
- Kulit jadi terlalu kusam
- Tiba-tiba datang alahan ataupun alergik
Dan pelbagai lagi penyakit mula berumah dalam badan kita. Jangan terkejut, ia adalah permulaan kepada kencing manis, sakit jantung dan bayak lagi penyakit kritikal lain.
Apa bagusnya antara berdetox dengan berdiet?
Biasa kalau kita berdiet, kita akan lebih fokuskan pada proses nak kurangkan makanan dan ambil vitamin/ubat untuk bantu pecahkan lemak.
Manakala proses detox ini untuk mencuci dalaman kita yang penuh dengan toksin.
Detox fokus kepada keseluruhan badan kita tetapi berdiet hanya fokus untuk kurus sahaja dan tidak menyeluruh badan. Ini akan lebih menyebabkan berat badan jadi yoyo.
Contohnya turun berat badan 2 kg kemudian tidak jaga makan, akan naik mendadak semula sampai 2 kali ganda. Ini biasa sangat kita dengar kan. Akhirnya kebanyakan orang kecundang dan putus asa.
Sebenarnya badan kita ini cukup lengkap untuk detox dengan sendiri. Cukup sempurna proses untuk buang toksin yang masuk.
Tapi kalau toksin yang masuk dalam badan terlalu banyak daripada udara yang duk sedut hinggakan ke makanan, jadi badan kita tak mampu detox dengan sendiri secara menyeluruh.
Proses detox melibatkan 5 bahagian utama dalam badan kita iaitu:
1. Paru-paru – Menyahkan gas yang tidak diperlukan seperti karbon dioksida daripada saluran darah kita.
2. Hati – Organ utama yang berperanan sebagai agen penyahtoksin dan hati juga berperanan penting untuk pastikan sistem dalaman kita berfungsi pada tahap terbaik.
3. Kulit – Buang toksin-toksin melalui peluh.
4. Buah pinggang – Keluarkan toksin ataupun bahan buangan yang tidak diperlukan dalam bentuk air kencing.
5. Sistem penghadaman – Sisa makanan yang telah dihadam dan tidak lagi berguna akan dibuang melalui najis. Kalau ada masalah sembelit, ia akan berkaitan dengan masalah usus kita.
Disinilah peranan proses detox dengan nutrient yang akan dicadangkan.
Dengan detox badan, ia akan membantu sebahagian besar untuk selesaikan masalah badan kita daripada jerawat hingga kegemukan dan bantu halang penyakit-penyakit kronik.
Nutrient yang cukup untuk sokong organ dalaman kita menyahtoksin secara semulajadi. Untuk pastikan detox berjaya, kena pastikan cara hidup (bersenam) yang betul dan ambil pemakanan yang sihat.
Vitamin yang membantu untuk detox adalah:
1. Vivix bantu badan bertenaga
Salah satu kandungan dalam Vivix adalah anggur muscadine. Anggur ini sebagai agen antioksida yang tinggi untuk bantu sel sel kita yang ter’cedera’ ataupun berlaku keradangan (inflamasi).
Ataupun bahasa mudah, sel yang rosak disebabkan setiap hari kita terdedah terlampau banyak toksin.
Sel yang rosak lama-lama akan ganggu sistem dalam badan kita secara perlahan. Contohnya, kita minum teh tarik setiap hari sampaikan 5-6 cawan. Kandungan gula tinggi sampai sel kita mula rosak dan kesan pada buah pinggang.
Boleh baca secara detail tentang kesan gula pada buah pinggang.
Vivix membantu untuk sel sel kita sihat semula.
2. DTX Compleks untuk sihatkan hati dan kulit
Dalam DTX ada Milk Thistle iaitu tumbuhan herba berbunga. Milk Thistle sangat bagus untuk sihatkan hati.
Cara Milk Thistle bertindak dalam DTX adalah dengan neutral semua toksin yang masuk dalam hati dan perbaiki sel dalam hati kita.
Bayangkan lah berapa lama kita hidup dan hati kita terpaksa bekerja untuk neutralkan toksin yang masuk.
3. Alfalfa bantu perkuatkan badan
Ada kandungan daun Alfalfa yang bantu untuk hilangkan keasidan badan kita disebabkan toksin.
Dan Alfalfa juga membantu untuk kuruskan badan.
4. Herbalax untuk penghadaman
Dalam Herbalax ada daun senna yang sangat bagus untuk mencuci usus kita setelah sekian lama kerak menempel di dinding usus.
Kerak yang menempel ini daripada makanan yang kita makan setiap masa. Penyakit akan mula datang bila usus kita tak sihat.
5. Peppermint Ginger
Ada kandungan halia untuk menenangkan perut dan buang gas berlebihan dalam perut.
Untuk yang ada masalah cacing, boleh buat detox parasite. Boleh baca disini Apa Itu Detox Parasite.
Semua vitamin berasaskan tumbuhan semulajadi untuk bantu proses detox badan. Bila organ kita iaitu hati, buah pinggang, sistem penghadaman, paru-paru dan kulit sihat, secara automatik berat badan kita boleh dikawal.
Boleh lihat video ini iaitu kawan saya yang berjaya sihat selepas konsisten lakukan detox.
Program Detox Shaklee selama 7 hari adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar saintis.
Mengapa portion sekian-sekian?
Kenapa perlu ambil sayuran tertentu sahaja?
Saya kongsikan disini kajian dilakukan beserta dengan jurnal iaitu Safety, Tolerability and Efficacy Of 7 Days Cleanse Program : A Pilot Study
Tapi untuk lakukan proses detox ini, bukan setakat makan vitamin sahaja ye. Perlu amalkan makanan sihat dan juga senaman ringan sekurang-kurangnya. Pastinya perlukan pantauan dan tunjuk ajar yang betul.
Insyallah saya boleh membantu anda untuk lakukan detox kerana saya sendiri mengamalkannya. Boleh terus hubungi saya untuk lebih terperinci tentang vitamin detox dan juga proses detox.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Alfalfa memang best.memang berat tak naik mendadak kalau amik detox ni
Hihihi.
Kan.. Selesa rasa badan..
Nak kurus kena la rajin usaha. Ramai ambil jalan mudah operte je.
Ira menulis…omega
Asal berduit je.
Ikut pada orang juga. Pilihan masing-masing kan.