- Makan vitamin, tidak perlu makan nasi sayur buah semua.
- Vitamin adalah sama dengan ubat.
- Masa muda-muda dan sihat kena ambik vitamin juga ke?
- Bukan ke vitamin ini untuk orang yang dah sakit ke?
Ini antara mitos yang tertanam dalam kepala kebanyakan masyarakat.
Ramai yang salah faham tentang vitamin nie.
Vitamin dan ubat adalah 2 benda yang berbeza. Ubat hanya diberikan oleh doktor bila kita sakit. Ubat bersifat untuk mengubati.
Manakala vitamin diambil semasa sihat untuk mencegah/menghalang badan daripada jatuh sakit.
Sama macam insurans kesihatan yang kita ambil dan bayar setiap bulan. Untuk pastikan kalau kita sakit akan dapat pelindungan sepenuhnya.
Dan vitamin adalah makanan tambahan. Bukan pengganti makanan harian kita. Vitamin bersifat untuk tampung yang mana kurang nutrient dalam badan selepas kita makan mengikut piramid makanan.
Suplemen ditakrifkan sebagai (sumber rujukan):
Something that completes or enhances something else when added to it.
** sesuatu yang ditambah ataupun dilengkapkan dengan sesuatu yang lain.
Penting sangat kita menjaga portion makanan harian kita. Biar ambil cukup karbohidrat, protein, sayur dan buah seperti saranan piramid makanan.
Tetapi persoalannya sejauh mana makanan yang kita makan cukup dalam badan kita selepas di masak.
Ataupun sejauh mana organik nya bahan mentah sayuran dan buahan yang ditanam?
Secara detailnya disini.
Sumber protein ada BAHAN KIMIA
Hakikatnya boleh dikatakan ayam daging yang kita makan telah disuntik dengan hormon supaya cepat besar dan lebih berat. Memang ketara sangat kan size ayam sekarang.
Perternak mesti nak pastikan ayam-ayam lebih besar dan pastinya lebih untung kan. Dan kita tidak boleh lari daripada tak makan ayam kan.
Boleh bayangkan tak berapa banyak bahan kimia yang masuk dalam badan kita dek ayam kena cucuk hormon bagi besar?
Takut rasa nak bayangkan. Memang tak jadi nak makan ayam la jawabnya.
Tanah tanaman HILANG nutrien
Dulu orang kita tuai padi 2 kali setahun sahaja. Tetapi teknologi sekarang ini sampai boleh tuai 4 kali setahun. Boleh penuhi permintaan pasaran la.
Tapi apa kesannya pula?
Masa proses tuai padi 2 kali setahun, tanah sawah cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang. Padi-padi yang terhasil masa itu bukan setakat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi dalam nasi.
Tetapi bila dah sampai 4x setahun dituai, tanah tidak cukup masa untuk kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru hendak kembalikan separuh nutrisi tanah, kita sudah tuai. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2x ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan tu makin kurang.Petani juga terpaksa buat disebabkan mesti nak keuntungan kan. Siapa tak untung kan.
Sama juga dengan sayur sawi, sayur kangkung, buah tembikai, buah durian dan sebagainya. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang.
Hirup UDARA tercemar.
Kita terpaksa tinggal di kawasan bandar ataupun pekan atas desakan pekerjaan.
Walaupun kita sendiri claim, jaga makanan (ambil makanan seorganik mungkin) dan bersenam. Tapi disebabkan faktor udara kita setiap masa sedut menyebabkan datang mamac-macam penyakit pada kita.
Tak perlu jauh pun, contoh asap rokok. Walaupun sebagai secondary smoker (tak merokok tetapi duduk sedut asap rokok suami ataupun persekitaran), lebih tinggi mendapat masalah paru-paru dan jantung.
Alahai.Macamana badan kita nak kuat dan sihat kalau:
1. Tanaman makanan pun semakin kurang nutrisi.
2. Terpaksa makan ayam yang semakin besar dicucuk hormon
3. Tak boleh nak tapis udara kita nak sedut
Makan Vitamin Satu Keperluan Ataupun Membazir?
Kita sudah tiada pilihan. Nak ambil “pendinding” untuk badan kita tidak hanya dengan makanan semata-mata.
Perlu jadikan vitamin sebagai gaya hidup sekeluarga. Tiada istilah membazir makan vitamin tetapi keperluan.
Tetapi perlu diingat juga,, bukan lah maksudnya kalau makan vitamin ni tak akan mati. Walaupun sudah makan vitamin pun kita takkan boleh lawan kuasa Allah/Tuhan.
Cuma makan vitamin secara konsisten adalah insuran yang kita ada supaya risiko nak kena serangan penyakit itu jadi lebih rendah.
Pandangan doktor-doktor berpengalaman. Boleh baca perkongsian mereka tentang pengambilan vitamin.
Carilah vitamin untuk kita sekeluarga yang dijamin keberkesanannya. Bukan setakat ada di pasaran dalam tempoh yang lama (Shaklee mula wujud pada 102 tahun lepas), tetapi lengkap dengan Landmark Study.
Boleh tengok disini bagaimana Shaklee menyaring bahan mentah sebelum dijadikan vitamin. Komitmen keselamatan vitamin Shaklee.
Berminat untuk ambil vitamin Shaklee?
Boleh hubungi saya untuk tujuan konsultasi dan juga pembelian vitamin Shaklee.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
nikkhazami@gmail.com says
lebih baik kalau amalkan dua2
nikkhazami@gmail.com menulis…Ulasan Filem Okja di Netflix
Ikhwan says
Makan vitamin satu keperluan, makan ubat satu kewajipan 🙂
Ikhwan menulis…Ambilan Separa Perubatan U29 Terkini
ira says
semua bergantung atas diri individu itu sendiri. sama ada bijak untuk buat pelaburan demi hidup yang lebih sihat atau tidak. vitamin juga perlu dan pemakanan secara sihat juga perlu. dari awal perlu ambil langkah untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.
ira menulis…Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis Shaklee