• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Tips Bercerai Lampin

20 August 2013 By Azeni Ahmad 7 Comments

Kebanyakkan ibu-ibu ataupun bapa-bapa mesti runsing kan bila nak start cerai lampin dengan anak. Itu antara saat yang menguji kesabaran dan menunjukkan anak kita semakin besar kan.

Anak saya, Thaqif kini baru memasuki 3 tahun dan saya ingin mengajar untuk bercerai lampin. Lagipun tak lama lagi Thaqif nak dapat adik kan. Hehehehe.. Sebenarnya saya pakaikan dia dengan cloth diaper (CD). Banyak kelebihan menggunakan CD nie.

Mengapa saya menggunakan Cloth Diaper?

Tips Bercerai Lampin
So bila nak start bagi training cerai lampin, saya ada mencari info-info sikit bagi memudahkan to manage this situation.
So saya kongsikan sedikit info di sini.

Tips Bercerai Lampin:

1. Menyanyikan lagu-lagu berkaitan Potty Training

Di peringkat awal boleh diajarkan dengan lagu-lagu yang berkenaan dengan Potty Training.  Mungkin kita pun sama-sama menyanyi dan menari dengan dia sekali kat bilik air ke mana-mana tempat. Mungkin dalam pelat dia sekali bagi mudah nak faham yang dia dah payah nak pakai lampin dah.

  
Mengajar Anak Menyanyi
 

2. Ajar dengan melakukan bunyi

Semasa nak mandi atau mengajar untuk mencangkung di dalam bilik air/toilet, ajar anak untuk kencing. Boleh buat bunyi “ssyyhh, ssyyhh, ssyyhhh”. Dengan cara  ini anak akan faham yang sewaktu mandi kena kencing siap-siap.

Ajar Anak Untuk Kencing Dalam Toilet

3.  Alihkan tikar atau karpet

Setelah yakin yang anak dah bersedia, karpet atau tikar yang tebal dalam rumah digulung ataupun diangkat simpan untuk sementara waktu. Tinggalkan tikar yang mudah diangkat dan cepat kering bila dijemur.

4. Bertanya kerap bila hendak kencing

Pada permulaannya, kerap bertanya pada anak untuk kencing atau tak dalam 10-15 minit. Lama kelamaan masa itu boleh dianjakkan selang 20minit ke mengikut kesesuaian la.

Bertanyakan Anak Untuk Kencing

5.  Jangan cepat melenting ataupun marah pada anak jika dia terkencing.

Saya pun tengah mengingatkan kat diri sendiri untuk bersabar. Huhuhu.. kalau dalam 1 hari dia dah terkencing lebih daripada 3kali so terus pakaikan lampin la. Mungkin tidak tak bersedia untuk hari itu. Sesi latihan boleh diteruskan keesokkan hari.
Jangan Marah Anak

6. Hadiahkan seluar-seluar dalam yang cantik dan comel

Belikan seluar dalam yang cantik-cantik ataupun yang bergambar untuk bagi semangat pada dia. Bagi anak kelihatan excited dengan sesi latihan itu.

7. Mengikut kesesuaian dipakaikan lampin jika tertidur

Jika anak tertidur sebelah siang, boleh pakaikan dia dengan lampin. Tapi ikut pada kesesuaian la. Kadang-kadang anak belum biasa lagi kan.

8. Rancang masa untuk melatih anak

Mungkin sesi latihan ini mengambil masa samada 3 hari ataupun seminggu ataupun sebulan.Yang pasti jika sesi latihan ini Berjaya berikan pujian ataupun peluk cium ataupun senyuman kat anak untuk menghargai anak.

9. Pastikan stok lampin pakai buang tiada di rumah

Selain itu, untuk mempercepatkan proses latihan ini, pastikan stok lampin pakai buang kat rumah takda. So kita akan lebih bersungguh untuk latih anak. Kadang kala psikologi pun memain peranan penting jugak kan.

Stok Lampin Pakai Buang Banyak

Bagi saya jangan terlalu memaksa anak dan cuba untuk bersabar yea. Kunci segalanya adalah sabar. Insyallah.. jom kita amalkan.

Sumber:

  • Majalah Pa Ma
  • Blog Dialog Uda
10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

Filed Under: Penjagaan Anak, Tips Bercerai Lampin Tagged With: Cara ajar anak untuk tidak pakai lampin, Tips Cerai Lampin

Comments

  1. adianiez AIDA says

    17 June 2015 at 10:28 am

    Izzat next month 3 thn.
    Aida pun plan nak cerai drypers.
    Tq for sharing 🙂
    Good luck for both of us ye…

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:05 pm

      Hehehe.. Smoga membantu puan.
      Yang penting konsisten yea.

      Reply
  2. amalina says

    17 June 2015 at 11:53 am

    thanks 4 the tips.. 🙂 skrg mmg saya tengah ajar anak bercerai pampers.. 🙂
    amalina menulis…Masalah Kulit Kering?My Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:06 pm

      Semoga dapat membantu puan

      Reply
  3. izzah says

    14 August 2015 at 11:13 am

    nak bagi anak tak pakai pampers juga, harini 2 tahun, tapi cakap dah jelas dan bijak sangat.huhu. kalau berjaya,jimat sikit.hihi
    tapi anak saya parents in law yang jaga, cemana nak suruh…

    Reply
    • azeni says

      16 August 2015 at 5:48 am

      Puan Izzah bincang la dengan in law.
      Lepas tue sentiasa cakap dan ingatkan anak sebab anak dah pandai cakap kan.
      Sentiasa ingatkan dia kalau nak kencing atau nak uk uk pergi tandas.
      Tapi ambil masa sikit la kan.
      INsyallah mesti in law faham kan yang cucu dia perlu bercerai lampin jugak.
      Good luck..

      Reply

Trackbacks

  1. 6 Cara Elak Kencing Malam untuk Kanak-Kanak | azeniahmad.com says:
    25 August 2015 at 11:10 am

    […] saya iaitu Thaqif yang berusia 5 tahun, selepas bercerai lampin memang tiada masalah kencing malam. Cuma kadang-kadang ada juga terkencing tetapi jarang sangat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital