Kebanyakkan ibu-ibu ataupun bapa-bapa mesti runsing kan bila nak start cerai lampin dengan anak. Itu antara saat yang menguji kesabaran dan menunjukkan anak kita semakin besar kan.
Anak saya, Thaqif kini baru memasuki 3 tahun dan saya ingin mengajar untuk bercerai lampin. Lagipun tak lama lagi Thaqif nak dapat adik kan. Hehehehe.. Sebenarnya saya pakaikan dia dengan cloth diaper (CD). Banyak kelebihan menggunakan CD nie.
Mengapa saya menggunakan Cloth Diaper?
Tips Bercerai Lampin:
1. Menyanyikan lagu-lagu berkaitan Potty Training
Di peringkat awal boleh diajarkan dengan lagu-lagu yang berkenaan dengan Potty Training. Mungkin kita pun sama-sama menyanyi dan menari dengan dia sekali kat bilik air ke mana-mana tempat. Mungkin dalam pelat dia sekali bagi mudah nak faham yang dia dah payah nak pakai lampin dah.
2. Ajar dengan melakukan bunyi
Semasa nak mandi atau mengajar untuk mencangkung di dalam bilik air/toilet, ajar anak untuk kencing. Boleh buat bunyi “ssyyhh, ssyyhh, ssyyhhh”. Dengan cara ini anak akan faham yang sewaktu mandi kena kencing siap-siap.
3. Alihkan tikar atau karpet
4. Bertanya kerap bila hendak kencing
Pada permulaannya, kerap bertanya pada anak untuk kencing atau tak dalam 10-15 minit. Lama kelamaan masa itu boleh dianjakkan selang 20minit ke mengikut kesesuaian la.
5. Jangan cepat melenting ataupun marah pada anak jika dia terkencing.
6. Hadiahkan seluar-seluar dalam yang cantik dan comel
Belikan seluar dalam yang cantik-cantik ataupun yang bergambar untuk bagi semangat pada dia. Bagi anak kelihatan excited dengan sesi latihan itu.
7. Mengikut kesesuaian dipakaikan lampin jika tertidur
Jika anak tertidur sebelah siang, boleh pakaikan dia dengan lampin. Tapi ikut pada kesesuaian la. Kadang-kadang anak belum biasa lagi kan.
8. Rancang masa untuk melatih anak
Mungkin sesi latihan ini mengambil masa samada 3 hari ataupun seminggu ataupun sebulan.Yang pasti jika sesi latihan ini Berjaya berikan pujian ataupun peluk cium ataupun senyuman kat anak untuk menghargai anak.
9. Pastikan stok lampin pakai buang tiada di rumah
Selain itu, untuk mempercepatkan proses latihan ini, pastikan stok lampin pakai buang kat rumah takda. So kita akan lebih bersungguh untuk latih anak. Kadang kala psikologi pun memain peranan penting jugak kan.
Bagi saya jangan terlalu memaksa anak dan cuba untuk bersabar yea. Kunci segalanya adalah sabar. Insyallah.. jom kita amalkan.
Sumber:
- Majalah Pa Ma
- Blog Dialog Uda
adianiez AIDA says
Izzat next month 3 thn.
Aida pun plan nak cerai drypers.
Tq for sharing 🙂
Good luck for both of us ye…
azeni says
Hehehe.. Smoga membantu puan.
Yang penting konsisten yea.
amalina says
thanks 4 the tips.. 🙂 skrg mmg saya tengah ajar anak bercerai pampers.. 🙂
amalina menulis…Masalah Kulit Kering?
azeni says
Semoga dapat membantu puan
izzah says
nak bagi anak tak pakai pampers juga, harini 2 tahun, tapi cakap dah jelas dan bijak sangat.huhu. kalau berjaya,jimat sikit.hihi
tapi anak saya parents in law yang jaga, cemana nak suruh…
azeni says
Puan Izzah bincang la dengan in law.
Lepas tue sentiasa cakap dan ingatkan anak sebab anak dah pandai cakap kan.
Sentiasa ingatkan dia kalau nak kencing atau nak uk uk pergi tandas.
Tapi ambil masa sikit la kan.
INsyallah mesti in law faham kan yang cucu dia perlu bercerai lampin jugak.
Good luck..