• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

8 December 2013 By Azeni Ahmad 12 Comments

Sering kali kita akan risau kan kalau anak-anak mencecah umur 3 tahun tetapi belum bercakap lagi. Kebiasaannya bila kanak-kanak berumur 2 tahun lebih ke atas akan mula menuturkan perkataan yang biasa disebut padanya walaupun pelat ataupun dalam bahasanya. 

10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

Sesetengah kanak-kanak terutamanya anak sulung akan mengalami lambat untuk bercakap. Contohnya anak saya bila mencecah tiga tahun baru mula berckap. Sebelum tue, dia hanya mendengar sahaja dan buat bunyi-bunyian saja kalau nak kan sesuatu.

Jom amalkan 10 petua ataupun tips untuk anak-anak yang lambat bercakap.

10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

1. Berkomunikasi sejak awal

Komunikasi pada peringkat awal lagi. Seawal dari dalam kandungan. Walaupun dia tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang dicakap cuma biasakan bercakap

2. Gunakan ayat yang mudah

Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas

3. Bercakap dengan mimik muka

Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Lebih pada penceritaan

Teknik penceritaan melalui buku-buku cerita akan membiasakan kanak-kanak untuk berkomunikasi.

10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

5. Pendedahan dengan orang ramai

Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Menjadi pendengar setia

Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Menyanyi bersama

Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

8.  Pemahaman kanak-kanak berbeza

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Kerap ulang perkataan yang sama

Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Adik nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan terlalu mendesak

Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

 

Jadikan kebiasaan untuk sambil bercakap-cakap dengan anak kerana itu salah satu untuk meransang anak-anak untuk lebih cepat bercakap.

Selamat mencuba.

Bertukar ke Cloth Diaper : Langkah Penjimatan Sempena GST
Tips Bercerai Lampin

Filed Under: Penjagaan Anak Tagged With: bagaimana untuk anak cepat bercakap, Petua untuk anak cepat bercakap

Comments

  1. adaa says

    13 September 2014 at 11:00 pm

    Tips yg sangat menarik..memang btol..kalo x beri perhatian..atau tunjukkan kecewa dpn dia..dia lagi down terus xnk bercakap dah..nice tips..thumbs up!

    Jemput ke blog adaa juga ye utk pelbagai info kesihatan..

    http://Www.adaa-inspiration.com

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      14 September 2014 at 2:39 pm

      hehehe.. memang betul.. kena selalu fokus dan pandang muka dowg..

      selamat berkenalan… hehehe

      Reply
  2. Nursimatun Md Yusof says

    14 November 2014 at 4:44 pm

    Tq sis for sharing… mohon kongsi infonya…

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      16 November 2014 at 7:44 pm

      hehehe.. semoga bagi manfaat bersama2 yea..

      Reply
  3. Farwizah Darwisha says

    13 May 2015 at 5:30 pm

    Nice blog..mohon sharing ye…
    Farwizah Darwisha menulis…Join Ahli Shaklee Dapat PERCUMA vitaleaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 May 2015 at 11:52 am

      Dipersila.
      Moga dapat memberi manfaat pada orang lain.

      Reply
  4. Ikhwan says

    15 June 2015 at 4:22 pm

    saya dalam proses nak mengajar anak bercakap.
    Ikhwan menulis…Rahsia Bayar PTPTN Secara PercumaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:07 pm

      Kita bercakap seperti biasa saja en ikhwan.
      Lama-kelamaan dia akan faham dan akan ikut cakap.
      Moga dapat membantu.

      Reply
  5. permatamama says

    21 July 2015 at 10:54 am

    betul tu petua yang dikongsi salah satu cara yang baik.

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 8:38 pm

      Semoga sama-sama membantu..

      Reply
  6. sabree hussin says

    10 September 2015 at 11:03 pm

    Erm nak tanya pendapat sikit, setengah parent dia akan gunakan bahasa yang agak-agak pelat bila nak bercakap dengan anak-anak. Adakah ini membantu anak tu bercakap? Atau sebenarnya hanya membuatkan anak tu pun jadi seorang yang pelat bila dah besar sikit nanti
    sabree hussin menulis…Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)My Profile

    Reply
    • azeni says

      11 September 2015 at 5:52 pm

      Saya kurang gemar menggunakan perkataan pelat bila bercakap dengan anak.
      Macam saya sendiri memang menggunakan bahasa biasa tiada pelat.
      Walaupun mereka tidak tahu dan memahami tetapi memori akan simpan setiap perkataan.
      Bila tiba masanya dengan sendirinya mereka akan menggunakannya.
      Macam anak pertama saya. Lambat bercakap.
      Bila boleh bercakap, tak sangka perkataan yang jarang kita sebut, tapi dia gunakan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital