• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bertukar ke Cloth Diaper : Langkah Penjimatan Sempena GST

7 January 2015 By azeni 22 Comments

Tidak lama lagi  kita akan berhadapan dengan situasi GST (Government Service Tax) yang mana banyak barang-barang kegunaan harian akan dinaikkan harga. Implikasinya kos sara hidup semakin tinggi.

Salah satu langkah berjimat adalah dengan menggunakan lampin pakai basuh (cloth diaper). Bukan sahaja jimat malah sangat bagus untuk kesihatan anak-anak kita.

Tahukah anda penggunaan lampin pakai buang (pampers) mengambil masa 500 tahun untuk mereput. Dan sampah untuk lampin pakai buang adalah ketiga terbesar di dunia walaupun hanya 5 peratus sahaja penduduk bumi menggunakannya!

(Kosmo 2012)

Atas kesedaran sayangkan alam, ramai mengambil langkah untuk bertukar kepada lampin pakai basuh (cloth diaper).  Saya sendiri sememangnya menggunakan cloth diaper sejak daripada anak pertama lagi.

Mengapa saya menggunakan cloth diaper?

Cloth diaper, Lampin pakai basuh, Cloth diaper lebih ,enjimatkan dan mudah digunakan, cloth diaper luantots

Jom bertukar ke Cloth Diaper

Apakah kelebihan menggunakan cloth diaper?

1. Cloth diaper untuk kesihatan jangka masa panjang.

Semasa saya mengandungkan anak pertama, saya ada terbaca dan membuat kajian yang penggunaan lampin pakai buang memberi kesan pada kesihatan anak kita untuk jangka masa yang panjang. Ini disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan dalam lampin pakai buang untuk memastikan ia sentiasa kering kan.

Manakala cloth diaper menggunakan material kain yang sememangnya bebas daripada bahan kimia. Kalau orang dulu-dulu, boleh menggunakan kain napkin bayi untuk dijadikan lampin sebelum kewujudan lampin pakai buang, mengapa sekarang kita tidak boleh? Malah ada yang telah dimodenkan dan senang untuk digunakan.

2. Cloth diaper sangat-sangat menjimatkan

Paling penting, dapat menjimatkan duit berbanding menggunakan lampin pakai buang. Jom kita tengok bagaimana cloth diaper dapat menjimatkan?

1 lampin pakai buang = RM1.00

** Anggaran satu hari 6 keping lampin pakai buang,

1 hari = RM 6.00

Dalam masa setahun,

365 hari = RM 2,190.00

** Anggaran tempoh anak memakai lampin pakai buang selama 3 tahun,

3 tahun = RM 2,190.00 x 3 tahun = RM6, 570.00

(hanya untuk seorang anak sahaja)

Harga untuk cloth diaper untuk 12 helai, dianggarkan kos sekitar RM500 sahaja. Cloth diaper tahan dibasuh berulang kali dalam tempoh 3 tahun selagi ia tidak bocor dan menyerap.

Tetapi koleksi cloth diaper anak saya yang pertama masih boleh digunakan hingga ke anak kedua. Bayangkan boleh berjimat dan pada masa yang sama boleh menjaga kesihatan anak kita.

3. Size boleh disesuaikan mengikut size punggung anak

Cloth diaper yang digunakan boleh disesuaikan mengikut saiz punggung anak samada untuk size S,M, L, XL ataupun untuk bayi baru lahir pun boleh (newborn). Ia boleh dikongsikan sesama anak-anak yang lain. Lebih mudah, senang dan sangat jimat kan!

Anda boleh melihat cara membasuh di Bagaimana Saya Membasuh Cloth Diaper.

4. Melatih anak untuk bebas pakai lampin

Menggunakan cloth diaper memudahkan kita melatih anak untuk ke tandas memandangkan bahan untuk cloth diaper adalah kain. Semakin umur meningkat, apabila kencing dalam cloth diaper memang tidak selesa kerana sentiasa rasa basah sahaja kan. Maka anak lebih senang untuk ke tandas dengan sendirinya.

Selain itu, untuk ajar anak bercerai lampin anda boleh lihat di Tip-Tip Cerai Lampin.

Cloth diaper Lunatots, lampin pakai basuh, cara berjimat untuk lampin,

Antara koleksi cloth diaper Lunatots

Saya sendiri memilih cloth diaper jenama Lunatots iaitu antara perintis di Malaysia untuk memodenkan lampin pakai basuh ini. Saya bukan lah untuk mempromosi kan Lunatots jauh sekali untuk menjadi duta. Tetapi saya sekadar berkongsi apa yang telah kami gunakan untuk anak-anak dan ia memberi impak positif yang sangat besar dalam perbelanjaan kami sekeluarga.

Untuk lebih lanjut mengenai cloth diaper, anda boleh ke website www.lunatots.com.

Keperluan untuk anak yang paling asas adalah lampin dan susu. Jika anda juga menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula, ia adalah langkah penjimatan yang sangat besar dalam menangani kos sara hidup kita.

Jom bertukar.

Pendidikan Seks: 5 Cara Untuk IbuBapa Fahamkan Anak-Anak
10 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap

Related

Filed Under: Kesihatan, Penjagaan Anak Tagged With: Basic H, Cloth Diaper, Lampin pakai basuh

Comments

  1. Manan Qayyim says

    7 January 2015 at 1:28 pm

    bagusnya cloth diaper ni… Jimat & mesra alam…
    Manan Qayyim menulis…Jangan Tertipu Dengan Majikan AndaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 January 2015 at 1:43 pm

      Memang pun.
      Paling penting dapat menjimatkan duit dan dapat lindungi kesihatan anak-anak kan.

      Reply
  2. Mak Jemah Jual Vitamin says

    7 January 2015 at 1:45 pm

    untuk kehamilan sterusnya mak jemah rasa nak try cloth diapers plak. dulu hampir-hampir nak jadi agen CD ni ehehhee
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Buat D&C Hidup-Hidup Nasib Baik Bayi Masih BernyawaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 January 2015 at 1:56 pm

      Mujur lagi kan.. Hehehe.
      Sangat disarankan la.
      Untuk kesihatan anak kita yang paling penting.

      Reply
  3. emalinmohd says

    7 January 2015 at 10:38 pm

    Untuk ibu-ibu pulak boleh pakai cloth Pad. Selesa dan juga jimat seperti cloth diaper.
    emalinmohd menulis…Kesan Penyakit Melalui Jerawat Di MukaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 January 2015 at 6:36 am

      Ada jugak cloth pad.
      Tapi bergantung pada ibu pula.
      Kalau di rumah sahaja lebih mudah berbanding kalau bekerja.

      Reply
  4. Kakiblog says

    9 January 2015 at 1:07 am

    best kalau dapat menjimat wang..tak kurang penting baik untuk alam sekitar..
    Kakiblog menulis…Blog Disukai RamaiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 January 2015 at 4:07 am

      Memang sangat jimat duit.
      Paling penting kesihatan anak kita pun terjamin kan.

      Reply
  5. titan says

    11 January 2015 at 1:43 am

    okeh.

    selagi boleh jimat..kita belasah aje. haha..
    titan menulis…Komisen ke 35 dari Ashadee.comMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 January 2015 at 9:50 am

      Mesti..
      Asal berjimat kan.
      Nanti leh kumpul duit beli kitab baru pulak kan.
      Hihi

      Reply
      • titan says

        1 February 2015 at 2:23 am

        kitab baru yang mana satu nih??
        titan menulis…Siapa sebenarnya Cikgu Aishah?My Profile

        Reply
        • azeni says

          1 February 2015 at 10:26 am

          Hehe.
          Hajat dihati nak yang kaler pink tuee.

          Reply
  6. Ikhwan Fahmi says

    11 January 2015 at 5:06 am

    dah sampai masanya untuk berjimat 🙂
    Ikhwan Fahmi menulis…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 January 2015 at 9:51 am

      Memang pun.
      dengan GST nanti memang akan bg kesan kos sara hidup.
      jom bertukar..

      Reply
  7. Denaihati says

    12 January 2015 at 10:43 am

    Konsep lampin cara sebelum ada lampin pakai buang, ini dgn inovasi baru yg lebih baik, lebih bersih dan sangat jimat.
    Denaihati menulis…Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAWMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 January 2015 at 6:01 am

      Betul.
      Sebab cara yang sama dari sejak dulu cuma dimodenkan dan diinovasikan.

      Reply
  8. Hazman Fadzil says

    12 January 2015 at 5:37 pm

    Rasanya ramai ibubapa akan mula fikirkan alternatif yang lebih baik nie…. semoga promosi lebih giat dilakukan….
    Hazman Fadzil menulis…Restoran Marhaba Sunway jadi tempat makan menarik seisi keluargaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 January 2015 at 11:41 am

      Semoga kesedaran dengan menggunakan cloth diaper akan meringankan kos sara hidup dan paling penting untuk kesihatan masa panjang anak-anak.

      Reply
  9. MNH says

    16 January 2015 at 8:02 pm

    Bagus artikel ni. Boleh bantu orang orang yang berpendapatan rendah dan sederhana berjimat cermat apabila GST dilaksanakan nanti.
    MNH menulis…ARTIS PERLU JAGA AGAMA KETIKA BERLAKON, MENGARAH, DAN MENYANYIMy Profile

    Reply
    • azeni says

      17 January 2015 at 3:44 am

      Semoga membantu mereka yang ingin berjimat cermat.

      Reply

Trackbacks

  1. Seminar Parenting 212 Tentang Homeschooling | azeniahmad.com says:
    26 May 2015 at 5:20 pm

    […] Boleh lihat artikel tentang Penggunaan Cloth Diaper Lebih Jimat Sempena GST. […]

    Reply
  2. Tips Bercerai Lampin | azeniahmad.com says:
    16 August 2015 at 5:45 am

    […] Mengapa saya menggunakan Cloth Diaper? […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer