Seks itu adalah fitrah. Manusia yang dilahirkan di dunia akan mempunyai fitrah tersebut. Contohnya anak yang mahu makan perlu menggunakan tangan tetapi kita perlu ajar bagaimana menggunakan tangan dengan betul.
Begitu juga dengan pendidikan seks. Kita sebagai ibubapa ataupun orang dewasa perlu mengajarnya dalam konteks yang betul. Dengan teknologi tanpa sempadan sekarang mendedahkan anak-anak kita dengan ilmu yang belum sepatutnya diketahui.
Sebenarnya pendidikan seks adalah satu lingkaran yang sangat kompleks dimana ia mengenainya fakta biologi, pantang larang sosial, melibatkan agama dan juga pendirian moral.
Pembelajaran boleh difokuskan bergantung kepada umur dan kematangan anak kita. Antara yang boleh dibincangkan seperti:
- Penderaan seksual samada untuk lelaki ataupun perempuan
- Penyakit kelamin seperti HIV, siflis atau kanser pangkal rahim.
- Mengelak kehamilan sewaktu remaja
- Batas pengaulan antara lelaki dan perempuan
- Perubahan fizikal badan ataupun emosi semasa akil baligh.
5 Cara Untuk IbuBapa Fahamkan Anak-Anak
1. Ibu bapa perlu bersikap yakin dan tenang
Cara kita menjawab perlu yakin dan tenang. Elakkan daripada ketawa memandangkan ia adalah isu yang sensitif dan memalukan. Daripada itu, ia akan membina keyakinan anak kita untuk mempercayainya apa yang kita terangkan.
Walaupun agak sukar diterangkan tetapi cuba sesuaikan dengan kematangan dan keperibadian anak kita.
2. Penjelasan yang mudah dan ringkas
Soalan yang selalu ditanya.
“Kenapa baby boleh ada dalam perut ibu?”….
Memang pening hendak menjawab kan. Takkan nak diterangkan secara biologi pula kalau anak baru cecah umur 6-7 tahun.
Menurut Dr Ang Kim Teng (Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia), untuk anak dibawah 6 tahun memandai kalau diterangkan seperti begini;
“Sperma seseorang lelaki memsenyawakan telur wanita di dalam rahim yang terletak di perut, dan bayi akan mula membesar”.
Atau;
“Satu pasangan lelaki dan wanita saling mencintai, mereka akan jadi rapat antara satu sama lain untuk mendapatkan bayi”.
** Boleh membantu membentuk tanggapan dalam pemikiran bahawa persetubuhan adalah satu perbuatan cinta bukan paksaan.
Elakkan daripada menggunakan konsep bermesra kerana kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak memahaminya.
Bila anak semakin meningkat umur akan banyak berlaku perubahan fizikal disebabkan hormon dan juga banyak maklumat diterima daripada pengaruh kawan-kawan. Kita perlu sentiasa update mereka seiring dengan perkembangan dan perubahan.
3. Bahan bacaan buku
Anda boleh belikan satu buku eksklopedia tentang tubuh badan manusia. Daripada buku itu, boleh diterangkan tentang sistem pembiakan manusia. Kebanyakan buku eksklopedia dalam bentuk gambarajah. Lebih senang difaham dan memahamikan.
Sekurang-kurangnya, ia boleh kurangkan keraguan bagaimana proses persetubuhan boleh menghasilkan anak.
4. Faham apa yang anak perlu tahu
Mungkin kita boleh suntik ataupun ransang minda mereka dengan soalan-soalan yang mereka ingin bertanyakan.
Contohnya; “Awak nak tahu tak macamana bayi boleh ada di dalam perut ibu?”
Apabila anak memberikan tindak balas apa yang ditanya, menunjukkan dia ingin tahu. Lebih senang untuk kita terangkan.
Ataupun boleh bertanya pada mereka; “Apa yang awak tahu tentang lelaki dan wanita bila bersama?”.
Ia boleh bagi gambaran pada kita samada mereka faham ataupun tidak jika pernah diterangkan sebelum ini.
5. Gunakan medium sekeliling untuk mengajar
Boleh jadikan program di televisyen untuk kita terangkan dengan lebih terperinci tetapi pastikan ia selari dengan perkembangan anak kita.
Jika ibu masih lagi menyusukan, boleh gunakan pelakuan tersebut untuk terangkan apa fungsi payudara dan mengapa ia penting pada wanita.
Ataupun berjalan-jalan di zoo antara proses pembelajaran yang sangat bagus. Misalnya orang utan yang menyusukan anak dan ia boleh dikaitkan dengan hidupan mamalia.
Semoga dengan tip dan cara di atas boleh membantu anda.
Selamat mencuba.
tajuk ini amat sensitif tapi perlu disampaikan secara berhemah 🙂
Ikhwan Fahmi menulis…Bonda Gering Isteri Pula Keguguran
Memang agak sensitif.
Tapi lebih baik kita yang smpaikan daripada mereka sendiri tengok ataupun dapat dari sumber luar.
So banyak perkara boleh dicegah.
Semoga leh bantu.
Tajuk bukan main dahsyat. hehe, kena main peranan nak terangkan dengan betul-betul. Takut fikir lain budak-budak. Budak zaman sekarang semakin advance.
adarain menulis…Drama Korea Paling Best 2014
Sebab itu, lebih baik ibubapa yang terangkan. Daripada dia sendiri tahu tapi bukan dengan pemahaman yang betul.
Lagi bahaya tue.
pendekatan yang positif dan bijak boleh memberi kefahaman kepada anak-anak..boleh juga katakan hanya orang yang kahwin sahaja boleh ada baby..
Hanafi Abdullah menulis…Rahsia Juara Affiliate Klikjer Terbongkar
Boleh juga en. Hanafi.
Bergantung pada kreativiti masing-masing.
Asalkan anak kita boleh faham dengan cara yang betul.
Pada kebiasaannya, ibu bapa di Malaysia agak konservatif dalam hal ini. Jika ditanya, ibu bapa akan mengelak dan tidak kurang jugak yang terus melenting dengan memarahi anak yang bertanya. Isu yang amat tabu dalam masyarakat, tapi bila melihat kembali apa yang berlaku sepeti kes pembuangan bayi, saya rasa kita sebagai anggota masyarakat perlu berlapang dada berbincang isu besar sebegini.
Sylarius Yusof menulis…Bila Duit BR1M 2015 Dapat dan Masuk Dalam Akaun
Sangat betul Sylarius. Kita masih dalam lingkaran budaya yang pemalu untuk bercerita isu ini.
Anak akan faham dari sumber luar yang kita sendiri tak pasti betul atau tidak.
Salah satu kes yang banyak terjadi sekarang disebabkan hanya fikir keseronokan saja.
tajuk yang cukup berani, tapi amat perlu untuk kefahaman ibubapa mendidik anak-anak, lebih-lebih lagi dalam komedanan teknologi yang begitu pantas sekarang..
Zehn Ali menulis…Keajaiban Kalimah Astaghfirullah (Ø£Ø³ØªØºÙØ± اÙÙÙ)
Ibu bapa yang berperanan untuk memahamkan anak-anak.
Malah dengan teknologi sekarang, kita boleh guna sebagai medium untuk menyampaikan kepada mereka.
yup.
Mak abah kena main peranan.
Jangan harap kat cikgu sekolah aje.
titan menulis…Komisen ke 36 dari Ashadee.com
Betul tue cikgu titan..
Semua bermula dari rumah kan.
menarik, perlu menggunakan pendekatan yang sesuai. Menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh anak-anak. Anak- anak hanya meniru apa yg dilakukan orang dewasa. Ibubapa pun perlu alert dengan tidak terbuka melakukan apa2 hubungan kemesraan di depan anak-anak. Pernah suatu hari, budak di tadika mencium rakannya dimulut. Bila ditanya kenapa berbuat begitu?.Jawpan anak tersebut, sebab nampak mak dan ayah lakukan dirumah.
rika menulis…Ujian Personaliti Otak Kanan dan Otak Kiri
Betul tue rika..
Banyak sangat kes yang berlaku bukan setakat anak remaja tetapi kanak-kanak sekolah rendah pun ada yang melakukan perbuatan tak sepatutnya.
Sebab mereka terikut sahaja tetapi tidak diberikan ilmu.
persepsi masyarakat kita juga yang membuatkan ilmu-ilmu basic ni tidak didedahkan kepada budak yang dibawah umur, sedangkan ianya perlu. Perlu menerangkan kepada mereka mana yang baik mana yang tidak dengan cara yang tepat..:D
reezluv menulis…Mulakan Simpanan Si Hijau
Betul tue.
Pendedahan awal sangat penting untuk terutamanya bawah umur.
Semua bermula dari rumah.
Sis pun punya anak dara yang sedang membesar. Memang di sekolah dah diajar isu ini, tapi dirumah pun sis ajar dia ajar, bila dah besar tak lah dia terkejut dengan budaya sekarang ni dan faham baik buruk sex ini. Moga dia lebih berhati-hati..mudah2an amin…
hanny abdullah menulis…Aktiviti Berkayak Di Bor Thor Krabi
Terbaik sis.
Pendedahan awal bagus mereka tidak terkejut budaya.
Sekurang-kurangnya asas dah ada.
Pendedahan awal adalah penting. Tapi memerlukan pendekatan yang bersesuaian.
Kyrul Nizam menulis…Aku Jatuh Lantai Dengan Pinocchio!
Bergantung kepada kreativiti ibubapa sendiri bagaimana untuk menyesuaikan dengan perkembangan anak kita.
Susah sebenarnya nak jawab tentang bayi dalam perut tu..huhu
Tapi saya setuju tentang breastfeeding tu. Perlu diterangkan kepada anak-anak bahawa “breast” adalah sumber makanan untuk bayi.
emalinmohd menulis…8 Tips Untuk Berjaya Masak Sarapan Anak
Hehe..
Bergantung pada kreativiti ibubapa sendiri.
Kalau bercakap ulang kali lama-lama dia kan faham jugak kan.
Breast tue bagus diumpamakan seperti sumber makanan untuk baby kan.
Nice sharing..
setiap kali kalau Qaireen tengok gambar kawin kami mesti dia akan cakap… “Qaireen dekat mana?” mama jawab “Qaireen lah yang tangkap gambar ni” huahaha…
Dilla Jalil menulis…Cara Cepat Berhenti Merokok Untuk Suami Yang Tak Makan Saman!
Hahahaha.
Buat masa sekarang anda selamat lagi.
Bila qaireen dan bergeliga otak, mama dia pening otak nak jawab.
Huhuhu
Yang no 2 tu ubah la sikit,
dari ” Satu pasangan lelaki dan wanita saling mencintai, ….”
kepada “Satu pasangan suami isteri lelaki dan wanita saling mencintai, ….”
sebab saling mencintai saja tak cukup, nak kena kahwin dulu.
Malaysia Tercinta menulis…Permohonan UPU ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2015/2016
Itu bergantung pada kreativiti ibubapa itu sendiri.
Olahan perkataan atau ayat mengikut cara anak kita.
Anak saya sering diberi pendedahan isu rogol itu salah dan bagaimana perlakuan rogol. Pd satu ketika anak sy mengintai hubungan saya dgn suami dan dia trus menendang pintu dan nagis sbb dia kata saya dan suami merogol hingga dia nk g report polis.. Sbb perbuatan rogol tu salah..jadi apa perlu sy terangkan pd anak saya.