• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Mengapa Susu Badan Kurang?

28 December 2017 By azeni 6 Comments

Semua orang tahu susu ibu adalah susu paling terbaik di dunia untuk diberikan pada bayi yang baru lahir. Malah dalam Islam sendiri di syorkan untuk menyusu selama 2 tahun.

Tapi kenapa susu badan kurang?

mengapa susu badan kurang

Biasanya ini adalah persoalan ibu-ibu ataupun bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah. Tetapi saya juga pernah berjumpa ibu yang lepas bersalin kali 3 pun masih taktahu sebab dan punca susu badan kurang.

Saya kongsikan ilmu penyusuan disini atas pengalaman saya sendiri menyusu 3 orang anak saya hingga 2 tahun setiap seorang. Malah marathon selama 7 tahun tanpa berhenti. Hihihi.

Mengapa Susu Badan Kurang?

Sakit bersalin lambat sembuh

Proses bersalin memang boleh jadi trauma bagi setengah-setengah ibu. Ada terpaksa bersalin secara pembedahan ataupun jahitan episotomi terlau panjang dan banyak.

Ouchhh nyilu jadinya kalau nak duduk ataupun berbaring.

Bila jadi keadaan tak selesa akan mengundang tekanan pada ibu itu sendiri. Ibu lepas bersalin tak boleh stress.

Sebab ia akan mempengaruhi susu badan. Susu badan berkait dengan psikologi dan emosi ibu. Sebab itu masa lepas bersalin, sokongan suami dan keluarga sangat penting untuk bantu proses penyusuan.

Nak susu serta merta banyak

Ramai orang akan expect susu badan jika diberikan akan serta merta banyak.

Bukan.

Susu badan perlu diransang untuk pastikan keluar. Peringkat permulaan memang susu badan akan keluar sikit disebabkan ada kolostrum (cecair emas kuning).

Lepas seminggu, susu akan mulai banyak tetapi perlu ikut syarat penyusuan iaitu supply and demand.

Lagi cepat kosong payudara lagi cepat diisikan susu dan ini berkait dengan hormone penyusuan kita.

Tidak konsisten dan tidak sabar

Menyusu badan memang perlukan kesabaran sangat tinggi. Sebab proses meransang susu perlu seiring dengan emosi ibu yang tenang dan relaks.

Ibu perlu kerap menyusu bayi ikut keperluan bayi tak kesah selang sejam ataupun 2 jam. Sebab susu ibu akan bertindak memenuhi keperluan bayi.

Lagi kerap ibu menyusu lebih banyak susu akan terhasil.

Jika lebih 4 jam bayi tidka menyusu, bayi perlu dikejutkan menyusu untuk pastikan jaundice bayi cepat turun.

Sabar dan konsisten merupakan kunci pada proses penyusuan badan.

cara banyakkan susu badan

Ibu mudah rasa stress untuk menyusu anak

Takda ilmu penyusuan

Semua yang di atas akan berkait dengan ilmu penyusuan badan. Ilmu yang perlu dicari dan difahami. Praktikalnya bila kita apply pada bayi kita.

Setiap bayi akan berbeza proses penyusuannya. Macam saya 3 orang anak berlainan sama sekali prosesnya. Cuma kita perlu adaptasikan ilmu yang kita ada bersesuaian dengan anak.

Saya sarankan untuk hadiri mana-mana kelas penyusuan secara berbayar masa mengandung untuk pastikan semasa dalam berpantang, kita dapat sesuaikan proses itu.

Ingat banyak cabaran sebenarnya untuk menyusu badan tetapi kita akan lebih yakin dan sabar andai kita tahu asas ilmu penyusuan.

Berkait ke Set Pantang dengan proses penyusuan?

Ini adalah pengalaman saya sendiri dimana semasa bersalin anak pertama dalam seminggu pertama berpantang ambil jamu. Tapi terlalu panas menyebabkan anak saya tak selesa masa itu.

Ditambah dengan cuaca panas menyebabkan cepat naik ruam satu badan. Terus saya stop ambil jamu.

Bagi saya set pantang memang akan mempengaruhi susu badan dan juga kesihatan rahim kita. Masa anak ke 2 dan ke 3 saya sepenuhnya menggunakan Set Pantang dan Set Menyusu Shaklee. (Boleh baca disini pengalaman saya)

susu badan kurang

Kombinasi set pantang dan set menyusu sangat-sangat positif pada badan saya dan penyusuan badan. Emosi pun terkawal dan badan kembali langsing lepas bersalin.

1.ESP untuk pekatkan susu

ESP adalah protein bantu pekatkan susu badan. Selain itu, ketaranya saya sendiri rasa bertenaga masa dalam pantang. Maklum lah bayi akan bangun setiap 2 jam sekali menyusu.

So ibu memang akan kurang tidur jadinya.

2.Vitalea untuk tambah darah

Salah satu sebab ibu berpantang cepat pening adalah kekurangan darah merah. Masa bersalin kan banyak keluar darah merah.

So vitalea ada kandungan zat besi dan mineral untuk bantu pembentukkan darah merah dan elakkan berlaku anemia.

3.Vitamin C untuk penyerapan zat besi

Pentingnya Vitamin C untuk pastikan zat besi diserap masuk dalam darah kita. Dan vitamin C membantu untuk elakkan penyakit gusi dan gigi berdarah.

Vitamin C juga bantu luka bersalin cepat kering.

Paling penting, Vitamin C bantu untuk pembentukkan kolagen kulit kita.

4.Bcompleks untuk stabilkan emosi

Ada kandungan vitamin B untuk bantu legakan dan rileks kan otot-otot dalam badan kita dan stabilkan emosi kita.

Bcompleks juga bantu peredaran darah jadi lebih baik untuk menyalur nutrisi dan oksigen ke seluruh badan. Badan jadi bertenaga.

5.Ostematrix untuk elak sembelit

Ada kandungan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D untuk bantu elakkan sembelit masa dalam pantang.

Ini antara masalah utama juga sampai ibu berpantang dapat buasir. Alahai luka jahitan belum kering ditambah buasir.

Ostematrix juga bantu hilangkan lenguh-lenguh badan pinggang disebabkan duk menyusu badan.

6.Alfalfa untuk kecutkan rahim

Bertindak sebagai jamu moden dalam bentuk suplemen. Sangat bagus untuk untuk panaskan rahim dan kecutkan sekali.

Alfalfa juga bertindak sebagai milk booster iaitu meransangkan hormon penyusuan badan kita.

6 jenis vitamin ini selamat diambil seawal lepas bersalin. Sebab ia adalah suplemen dan ia membantu untuk melengkapkan nutrient dalam badan kita yang kurang.

cara banyakkan susu badan

cara banyakkan susu badan

Bila nutrient cukup dalam badan, rahim akan cepat kecut (tapi perlu bertungku dan makan makanan sihat juga) dan hormone dalam badan akan cepat kembali normal.

Saya tahu bukan semua ibu-ibu mempunyai peluang untuk menyusu badan sepenuhnya. Ibu mana yang tidak mahu anak sendiri merasai susu ibu nya sendiri cuma kenalpasti dulu masalah.


Buat persediaan ilmu sebelum bersalin. Yang penting niat dan keazaman kita sebagai ibu untuk menyusukan badan sepenuhnya.

Jika berminat untuk dapatkan konsultasi penyusuan ibu dan juga pesanan SET PANTANG dan SET MENYUSU BADAN, boleh hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

5 Punca Terjadinya Sakit Lutut
Pantang Larang Pesakit Hepatitis

Filed Under: Shaklee Tagged With: mengapa susu badan kurang, susu badan

Comments

  1. nida says

    28 December 2017 at 4:05 pm

    banyak ilmu penyusuan yg kena gali lagi. Tq Puan atas perkongsian yang sgt membantu ni.
    nida menulis…Bisness Online Yang Menguntungkan Untuk SurirumahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      29 December 2017 at 9:29 am

      Semoga membantu bagi manfaat.

      Reply
  2. Ainun Kalisah says

    31 December 2017 at 8:28 pm

    Worth sharing.

    Reply
    • azeni says

      2 January 2018 at 10:49 am

      Semoga bermanfaat.

      Reply
  3. Maz Jamal says

    3 January 2018 at 12:20 am

    Diakui masa anak sulong memang kurang ilmu..serba serbi tak tahu lepas tu putus asa..Alhamdulillah anak kedua berjaya menyusu sampai 2 tahun..Terima kasih atas perkongsian..
    Maz Jamal menulis…Cara Atasi Masalah Hati Berlemak Atau Fatty Liver Secara SemulajadiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 January 2018 at 1:35 pm

      Alhamduillah boleh dapat PhD penyusuan dah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital