• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Air Daun Kucai Boleh Hilangkan Jaundice (Kuning Bayi)

28 December 2014 By azeni 2 Comments

Boleh dikatakan bayi yang dilahir sekarang kebanyakannya akan mengalami jaundice ataupun kuning. Tiada faktor yang setepatnya mengapa bayi boleh terkena jaundice ataupun tidak.

Antara faktor penyumbang kepada jaundice adalah darah ibu dan anak tidak serasi, faktor pemakanan ibu semasa mengandung, sejarah daripada anak terdahulu, kelahiran pra matang dan sebagainya.

Bayi yang menhadapi jaundice tinggi perlu diletakkan bawah lampu biru dalam inkubetor

Jaundice boleh dilihat pada mata yang kekuningan dan pada kulit di bahagian muka, tangan, kaki dan perut apabila ditekan dan dilepaskan terdapat warna kuning.

“Jaundice ini terjadi disebabkan darah dalam bayi rosak dan pecah kemudian dicernakan oleh hati. Proses pencernaan dalam darah menyebabkan terjadinya bilirubin. Bilirubin dibuang melalui najis dan air kencing”

Bilirubin yang tidak mampu dibuang melalui najis dan air kencing menyebabkan bacaan jaundice semakin tinggi. Bacaan normal jaundice adalah di bawah 85 umo1/1.

Apabila bacaan meningkat di antara 85-340 umo1/1, ia perlu dipantau dengan rapi di rumah. Apabila melebih 340umo1/1, bayi akan diletak di bawah sinaran lampu biru dan biarkan dengan hanya memakai lampin sahaja.

Cara-Cara Untuk Hilangkan Jaundice Bayi (Kuning Bayi)

1. Kerapkan menyusu badan terutamanya untuk kolestrum di awal kelahiran. Kerana susu ibu akan membuatkan bayi mudah hadam dan senang untuk membuang najis ataupun kencing.

Daun kucai sangat bagus untuk turunkan bacaan jaundice (kuning)

2. Daun kucai direndam semalam. Air rendaman digunakan sebagai mandian kepada bayi. Kemudian bayi dibilas dengan air bersih. Amalkan selepas bayi keluar hospital dan boleh diamalkan apabila setiap kali bayi ingin dimandikan. Mandian menggunakan air daun kucai boleh diteruskan hingga bacaan jaundice menurun.

Saya sendiri mengamalkan air daun kucai untuk mengelakkan bacaan jaundice semasa selepas bersalin kedua-dua anak saya. Memang petua ini sangat membantu.

3. Semasa mengandung, ibu boleh amalkan ambil susu kambing dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Boleh diamalkan apabila kandungan berusia 7 bulan ke atas. Pastikan susu kambing yang segar yang diperah.

4. Ibu yang mengambil jamu semasa dalam pantang, dinasihatkan supaya berhenti terlebih dahulu kerana jamu adalah bersifat panas. Ia akan memberi kesan pada bacaan jaundice. Apabila bacaan jaundice bayi menurun dan stabil, ibu boleh mengambil semula jamu untuk berpantang.

Nota: Jangan sesekali berikan pada bayi air kosong ataupun susu kambing dalam kuantiti yang banyak. Kerana saluran pemakanan bayi terlalu kecil sekecil buah guli untuk menerima dan menghadam makanan selain susu ibu sahaja.

Paling penting adalah susu ibu. Kerana susu ibu mengandungi terlalu banyak khasiat yang diperlukan oleh bayi. Jika bayi perlu di tahan di hospital, pastikan anda mengepam susu untuk diberikan pada bayi.

Ibu yang masih lemah selepas bersalin perlu berulang alik ke hospital seandainya bayi perlu di tahan menyebabkan proses berpantang menjadi haru biru.

Disebabkan jamu tidak digalakkan ambil pada peringkat awal bersalin, ibu-ibu boleh mengambil Set Pantang Shaklee Untuk Ibu dan Anak Jaundice. Sangat membantu untuk anda.

Semoga informasi di atas membantu anda dan bayi anda.

Bagaimana Untuk Atasi Kulit Kepala Bayi ‘Berkerak’ ?
Petua Untuk Sembuhkan Batuk dan Selesema Kanak- Kanak Secara Alami

Related

Filed Under: Petua Tagged With: Bayi jaundice, Bayi kuning, Cara turunkan kuning bayi. cara turunkan jaundice bayi, Petua Hilangkan Juandice, set penyusuan untuk bayi kuning (jaundice)

Comments

  1. Calrase Patrick says

    9 November 2021 at 12:49 pm

    Sangat berguna
    Calrase Patrick menulis…9 Khasiat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Sangat BergunaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 October 2022 at 4:17 pm

      Semoga membantu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer