Sinonimnya bila bayi yang baru lahir, kulit mereka seakan putih bersih, selembut sutera dan bau yang mewangikan. Tetapi tidak pada sesetengah bayi. Ada yang mengalami masalah kulit kepala berkerak di sekeliling tempurung kepala. Ada juga terjadi di bahagian dahi, sekitar mata ataupun telinga.
Kulit kepala bayi berkerak dikenali juga sebagai candle cap.
Ia adalah satu lapisan nipis ataupun berkerak bertompok-tompok atas kepala yang berwarna kekuningan dan agak berminyak. Ia juga seakan seperti ekzema kerana ada yang bersisik-sisik. Biasanya dalam beberapa bulan akan hilang secara sendirinya tetapi bergantung pada cara membersihkannya.
Bagaimana terjadinya kulit kepala bayi berkerak?
Sebenarnya tiada sebab yang tepat bagaimana kulit kepala bayi berkerak. Ada yang menyatakan ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa oleh ibu semasa dalam kandungan. Ini menyebabkan pengeluaran minyak (sebum) yang tidak normal tumbuh bersama dengan folikel rambut (pertumbuhan rambut).
Ia tidak menganggu pertumbuhan rambut cuma akan rasa gatal-gatal dan tidak selesa pada bayi.
Selain itu, faktor jangkitan kulat dikenali Malassezia yang bercampur dengan bakteria untuk mengeluarkan minyak (sebum). Ia lebih kepada faktor kebersihan yang menyebabkan jangkitan kulat.
Cara atasi kulit kepala bayi berkerak:
1. Biasanya petua orang-orang lama dengan menggunakan minyak kelapa. Sapu dan gosok secara lembut di bahagian berkerak.
2. Boleh menggunakan minyak baby oil untuk disapukan pada lapisan kerak tersebut. Usap secara lembut disebabkan kulit bayi masih lembut.
3. Boleh menggunakan sikat bayi yang lembut untuk menanggalkan kerak-kerak yang sudah lembut.
4. Gunakan produk mandian khas untuk bayi iaitu untuk shampu untuk membersihkan kepingan kerak-kerak. Pastikan kuku anda bersih semasa membersihkan kerana dikhutiari bakteria .
5. Pastikan sesi membersihkan kerak tersebut tidak terlalu lama ataupun dilakukan berulang kali dalam satu masa. Biarlah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan luka pada kulit bayi tersebut
Jika keadaan bertambah teruk, lebih baik berjumpa doktor untuk mengelakkan sebarang keradangan pada kulit berlaku.
Semasa mengandung, hormon di dalam badan wanita akan berubah malah ada sesetengahnya memberi kesan pada ibu dan bayi itu sendiri. Tiba-tiba semasa mengandung ada diabetes gestasi, keluar keputihan yang banyak ataupun pengeluaran minyak yang banyak daripada kalenjar dan sebagainya.
Keaadaan ini adalah normal tetapi perlu sentiasa dipantau bagi mengelakkan lebih teruk sebelum bersalin. Pengambilan vitamin yang secukupnya semasa hamil membantu keadaan agar lebih terkawal. Anda boleh pertimbangkan vitamin dalam Set Mengandung Shaklee.
Semoga informasi dapat memberi manfaat kepada anda.
Dilla Jalil says
Ambil set mengandung n dah hujung2 tu ai minum air kelapa..hampir setiap hari minum..hehee
Dilla Jalil menulis…9 Tips Simple Tingkatkan Sales di Facebook Cara Tuan Jamal SifuFBands
azeni says
Betul tue. Air kelapa muda sesetengah dijadikan air selusuh.
Boleh mencuci kerak.
Salah satu petua orang-orang lama.
titan says
okeh.
anak gua nanti ada masalah ni..gua try la wat.
titan menulis…2015 – Tahun Survival.
azeni says
Hahaha..
Pastikan ingat tau petua nie en. titan..
Hero Borneo says
pernah hadapi masalah ini dengan anak kedua..sapu cream yang saya dah tak ingat lagi apa jenamanya
Hero Borneo menulis…Bakal Jurulatih Bertauliah Dalam Hipnosis
azeni says
Ada juga sesetengah krim berkesan. Bergantung pada kulit bayi masing-masing..