• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

6 Cara Untuk Merawat dan Menghilangkan Kulit Berpanau

5 January 2015 By azeni 30 Comments

Sekali pandang nampak penampilan macam menarik.

Dua kali pandang terus nampak kulit berpanau di muka. Hihihi.

Sebenarnya kulit berpanau ataupun tinea versicolor antara puncanya disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat ataupun yis yang dikenali oleh Malassezia. Kehadiran kulat ataupun yis pada kulit sebenarnya tidak berbahaya. Ia boleh hidup pada permukaan kulit yang lembap-lembap, berminyak ataupun pada sel-sel yang mati.

Cara untuk hilangkan kulit berpanau dan cara merawatnya, vitamin Shaklee untuk hilangkan kulit berpanau, vitamin shaklee untuk rawat kulit berpanau

Panau adalah tompokan keputihan ataupun kemerahan

Biasanya kulit yang berpanau terdapat di bahagian dada, leher, belakang badan dan kadang-kadang di bahagian tepi-tepi dagu kan.

Kulit berpanau dan berkurap adalah simptom yang sama. Iaitu terjadi daripada jangkitan kulat aktif. Untuk lebih lanjut tentang kurap boleh lihat di Cara Untuk Rawat Kulit Berkurap.

Antara punca kulit berpanau adalah:

i. Sistem imun badan rendah menyebabkan jangkitan kulat ataupun yis pada kulit.

ii. Selalu pakai pakaian di dalam keadaan lembap-lembap ataupun basah. Contoh baju baru dijemur di ampaian terus angkat dan pakai. Ataupun memakai pakaian yang baru dijemur dan masih dalam keadaan panas.

iii. Keadaan badan ‘panas’ yang baru lepas melakukan aktiviti terus membasuh muka ataupun mandi. Berlawanan suhu panas dan sejuk menyebabkan terjadinya bakteria.

iv. Mempunyai jenis kulit berminyak

v. Kurang menjaga kebersihan diri

vi. Membuang kalenjar adrenal

vii. Perubahan hormon dalam badan semasa mengandung

viii. Pengambilan pil perancang untuk wanita yang berkeluarga kerana ia boleh menganggu sistem dalam badan kita.

Kalau dibiarkan lama-lama tidak dirawat, panau akan menjadi seperti ebati dengan kulit kita kan. Memang akan menganggu tahap keyakinan diri walaupun ia di tempat yang tersorok.

6 Cara Untuk Merawat dan Menghilangkan Kulit Berpanau:

1. Gunakan ramuan mentega, serbuk kunyut dan serbuk cedana (sandalwood powder)

Untuk dijadikan seperti masker dan diletakkan pada kulit berpanau dalam setengah jam sebelum dibersihkan. Lakukan dengan sekerap mungkin.

2. Bawang Putih

Anda boleh menggunakan bawang putih kerana ia mempunyai sifat anti kulat. Boleh digosok pada kulit berpanau ataupun makan secara mentah jika anda mampu tahan dengan baunya. Lakukan dengan sekerap mungkin.

3. Yogurt

Boleh menggunakan yogurt yang asli ataupun tidak berperisa untuk dijadikan sebagai masker di bahagian yang berpanau. Kerana yogurt adalah agen terbaik untuk mematikan kulat ataupun yis.

4. Limau dan kapur

Boleh menggunakan limau dan kapur dicampur untuk disapukan pada kulit berpanau selepas mandi. Limau boleh menormalkan pH kulit kita.

5. Kebersihan diri

Sekerap mungkin mandi selepas badan berpeluh. Elakkan daripada berkongsi baju ataupun tuala yang lembap untuk mengelakkan jangkitan kulat (yis).

6. Vitamin untuk rawat kulit berpanau

Paling penting, kulit yang berpanau menunjukkan sistem imum kita lemah. Sangat disarankan mengambil vitamin Vitamin C, Alfalfa, Herbal Blend Cream dan Garlic untuk kuatkan sistem pertahanan badan kita.

Anda boleh menggunakan vitamin Shaklee untuk masalah kulit berpanau iaitu Alfalfa, Herbal Cream Blend, Vitamin C, dan Garlic Shaklee.

Cara untuk merawat dan hilangkan kulit berpanau

Vitamin untuk sembuhkan kulit berpanau

Perlu diingat yea vitamin-vitamin di atas perlu diambil secara konsisten dan mungkin mengambil masa yang lama untuk dihilangkan kesan panau bergantung kepada keadaan badan masing-masing.

Sumber

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin untuk kulit berpanau.

Cara Order Vitamin Shaklee

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Kecederaan Otot: 3 Tips Mudah Untuk Hadapi Supaya Cepat Sembuh
Bagaimana Untuk Atasi Kulit Kepala Bayi ‘Berkerak’ ?

Related

Filed Under: Petua, Shaklee Tagged With: Kulit Berpanau, Vitamin Shaklee

Comments

  1. titan says

    6 January 2015 at 7:44 pm

    jap..nak check..

    ada tak panau kat badan ni.
    titan menulis…Komisen ke 35 dari Ashadee.comMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 January 2015 at 4:29 am

      Panau kadang2 kat tempat tersembunyi tau.
      Kena check btol2 tau en. titan.. hihi

      Reply
      • titan says

        24 March 2015 at 6:27 pm

        dah check.

        memang takde panau.

        maklumlah..gua kan genius dan hensem.
        titan menulis…DIAgnosis 2 ReviewsMy Profile

        Reply
    • azeni says

      25 March 2015 at 11:48 pm

      Hahaha.
      Baik-baik.
      Kadang tak nampak sebab kat belakang badan. 🙂

      Reply
  2. Hero Borneo says

    7 January 2015 at 2:51 am

    ada panau memang tak selesa..
    Hero Borneo menulis…Bakal Jurulatih Bertauliah Dalam HipnosisMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 January 2015 at 4:29 am

      sebab ada yang leh jadi gatal.
      tue mengaru kerjanya.

      Reply
  3. wildan says

    3 June 2015 at 5:03 pm

    Terimakasih atas semua tipsnya, sangat berguna.
    wildan menulis…Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 June 2015 at 11:11 pm

      Semoga membantu.

      Reply
  4. aishah says

    5 November 2015 at 10:45 pm

    Terima.kasih di atas tips.tersebut.

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:45 pm

      Semoga membantu

      Reply
  5. Rossa Calla says

    4 December 2015 at 11:11 am

    Cara mudah dan senang kan
    Rossa Calla menulis…Semakan Status Halal Malaysia Online Dan SMSMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 December 2015 at 5:12 pm

      Mudah kan..

      Reply
  6. Symonraj says

    1 October 2016 at 4:55 pm

    Hye Azeni,
    Terima Kasih untuk petua you..in fact Symon cuba try petua nombor 2…hopefully it’s work for me 🙂 God bless

    Reply
    • azeni says

      9 October 2016 at 8:06 pm

      Hai.
      Boleh lakukan secara konsisten ya.
      Semoga membantu

      Reply
  7. Apa apa says

    9 October 2016 at 3:46 am

    Betol ke minyak masak boleh menghilangkan panau

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:14 pm

      Saya pernah dengar juga tentang minyak masak..
      Takpasti boleh bantu ke tak.
      Mungkin boleh try and error..

      Reply
  8. Ummiros says

    21 October 2016 at 1:07 am

    Mcm mna pula klw dgn berpakaian. Selain xbole kongsi pakaian. Pakaian mcm kita nk pakai utk letak dr pd pertumbuhan panau dn kurap ni??? Share bole.

    Reply
  9. Ummiros says

    21 October 2016 at 1:09 am

    Sorry. Utk elak kena panau dn kurap . Pakaian jenis mcm mna sesuai dipakai utk seharian. Sbb kekadang kita ni beraktiviti lasak. Bdn tu berpeluh. Lembab kan..

    Reply
    • azeni says

      5 November 2016 at 10:31 am

      Boleh gunakan jenis cotton nye.
      Yang ringan untuk peluh mengering.
      Sebab panau dan kurap memang akan jadi gatal-gatal kan bila berpeluh kulit.

      Reply
  10. Abu says

    18 May 2017 at 3:38 pm

    Klau panau tu x gatal macam mane nak hilangkan ye ?

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:10 pm

      Maksudnya kulit jadi keputihan dan kering ke?

      Reply
      • Abu says

        13 June 2017 at 1:07 am

        Ye, dan skrg ade banyak bintik merah yang gatal berdekatan kawasan panau

        Reply
        • azeni says

          24 June 2017 at 12:29 am

          Boleh terus hubungi saya tahu untuk lebih detail..
          Azeni ~ 012 5771864

          Reply
  11. atikh says

    28 August 2017 at 11:28 pm

    tq ats tips tu

    Reply
    • azeni says

      29 August 2017 at 11:21 pm

      Semoga membantu. 🙂

      Reply
  12. Unau limbing says

    27 July 2018 at 9:38 pm

    Akak nak tanya ada tak suntikan untk panau?tk pernh kena..mula2 tompok kecil kat blkg..pastu merebak..sya dh cuba mkan ubt pil dan ada yg sapu..kalau ada untk suntk panau brpa harga?

    Reply
    • azeni says

      28 July 2018 at 2:26 pm

      Tiada suntikan untuk masalah panau.
      Tetapi ada set vitamin yang bantu untuk hilangkan panau..

      Jika berminat boleh terus hubungi saya di Azeni 012 5771864 (Call/SMS/Whatapps).

      Terima kasih.

      Reply
  13. Effendy selangor says

    28 December 2019 at 7:46 am

    Hai Puan Azeni

    Saya ada soalan

    Dulu mmg ada kesan kulat warna merah di paha tetapi apabila di sapu ubat so skg dah ok….cuma skg masalah nya adalah ada kesan warna putih…. kesan ini pun agak melalukan saya juga…. boleh saya tahu cara2 utntuk merawatnya atau produk yg sesuai utk saya cuba…

    Terima kasih

    Effendy selangor

    Reply
    • azeni says

      28 December 2019 at 7:48 am

      Hai encik Effendy..

      Terima kasih sudi tinggalkan komen di sini..
      Sekarang nie ada rasa gatal2 ke?

      Kalau nak lebih mudah dan cepat, encik boleh trus whatapps saya ye..

      http://www.wasap.my/60125771864

      Terima kasih ☺️

      Reply

Trackbacks

  1. 4 Cara Untuk Rawat Kulit Berkurap Supaya Tak Berjangkit | azeniahmad.com says:
    3 December 2015 at 2:36 pm

    […] berkurap dan berpanau seakan sama simptomnya iaitu jangkitan daripada […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer