• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Aku Benci Subjek Kalkulus?!

25 January 2015 By azeni 36 Comments

Tiba-tiba aku teringat kenangan dulu masa belajar. Dah lama tinggal dah. Hampir 7 tahun dah zaman universiti. Tapi rasa macam baru saja graduate kan.

Tak sedar diri. Padahal dah beranak pinak dah. Haha.

subjek calculus. subjek killer

Kenangan dulu-dulu dengan subjek kononnya killer sampai boleh kena repeat paper. Ada yang sampai kena repeat semester lagi. Alasannya subjek killer padahal tak study langsung kot. Mujur la aku tak tergolong. Graduate on time walaupun CGPA biasa-biasa saja, bukan anugerah dekan pun.

Masa belajar dulu memang aku tak ambil suplemen apa-apa pun. Kalau masa tue ambik Suplemen Untuk Otak, rasanya boleh dapat anugerah dekan kot kan. Haha.. Maklum la jadi lebih cerdas kan.

Dulu selalu terpengaruh dengan senior cakap ini subjek killer la, ini subjek susah la. Memang dah ketakutan dah bila masuk awal semester. Nak-nak kalau kena lecturer oversea. Alahai pening nak paham cakap dia. Rasa macam banyak juga subjek yang meniti di bibir macam Fluid Mechanic, Termodynamic, Heat Transfer dan yang lain sampai terlupa dah.

Antara subjek yang merumitkan tapi kurang killer adalah subjek Kalkulus (Calculus). Tapi aku tak benci pun macam tajuk di atas tue. Hehe.

Dulu kalau jurusan kejuruteraan memang kena ambil Kalkulus I dan Kalkulus II. Rasanya mcm ada Kalkulus III kalau yang ambik untuk jurusan Matematik kot. Tak berapa pasti aku.

Tapi dah sampai Kalkulus II pun dah pening tengok banyak cacing-cacing tue. Inikan pula Kalkulus III kan.

subjek calculus

Ingat tak? Contoh kamiran.

 

 

Sesiapa yang ambik kalkulus mesti akan ingat sub topik iaitu perbezaan (differentiation) dan pengamiran (integration). Proses pengamiran satu persamaan hingga dapat satu jawapan . Ataupun proses mencacing kan persamaan sampai cacing hilang dan dapat jawapan.

Haha.

Sebenarnya seronok belajar kalkulus nie sebab tak perlu menghafal sangat. Janji tahu nak kamir-kamir dengan beza-beza dah boleh lulus dah kan. Ini yang mana aku ingat la. Rasa ada lagi untuk sub topik kefungsian macam (f)= persamaan kan.

Aku memang dari dulu terfikir. Ada ke kerja yang memerlukan untuk buat pengiraan sampai beza dan kamir semua nie?

Dan sehingga sekarang aku kerja langsung takda pun. Yang ada cuma tambah, tolak, darab dan bahagi saja.

Penat-penat belajar walaupun tak score A+ kan tapi tak apply pun kan. Hehe.

Kuat study. susah belajar. suplemen untuk otak

Stress dalam bilik peperiksaan

 

Subjek Kalkulus nie sebenarnya susah nak ditiru jugak kan kalau dalam exam. Hahaha. Kamir salah terus dapat jawapan salah. Takkan tiba-tiba kamir salah tapi dapat jawapan betul pula. Memang confirm tiru orang sebelah tue.

Ouhh sungguh nostalgik betul la.

Kenangan zaman study di kampus dulu, memang boleh buat kita ketawa. Nak-nak kalau buat reunion kemudian cerita balik. Boleh buat malu je kalau anak-anak dengar kan. Hehehe.

Dalam kenangan…

KUiTTHO (2002-2005)

UTHM (2005-2008)

Buku Panduan Nutrisi
Review: Handbag Campanion II Oleh Sometime

Related

Filed Under: personal Tagged With: Calculus, Kefungsian, Pengamiran, Perbezaan, Subjek kalkulus, Subjek Killer, suplemen untuk otak, vitamin untuk otak cerdas

Comments

  1. titan says

    25 January 2015 at 2:32 pm

    best apa belajar matematik nih.

    haha..
    titan menulis…Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      25 January 2015 at 4:43 pm

      Hahaha.
      Memang best sebab tak banyak hafal pun.

      Reply
      • titan says

        30 January 2015 at 5:27 pm

        ni semua permainan otak aje.

        biarkan otak bermain dengan lebih gembira.
        titan menulis…Jepun sebagai Destinasi Pelancongan UtamaMy Profile

        Reply
        • azeni says

          31 January 2015 at 4:02 pm

          Kalau biar mereka bermain dengan gembira tanpa kita rela, semakin semak otak nanti.

          Reply
  2. Faarihin Talip says

    25 January 2015 at 10:52 pm

    Serius. Math ni kalau tak buat latihan or skip kelas memang susahlah nak skor. Melainkan, orang tu genius math, tak payah studi pun boleh skor. Kut. Ha Ha.
    Faarihin Talip menulis…I Want Them.My Profile

    Reply
    • azeni says

      26 January 2015 at 6:49 am

      Hehehe.
      Buat latihan dan takyah nak hafal pun.

      Reply
  3. akubiomed says

    25 January 2015 at 11:59 pm

    Kurang minat terpaksa belajar sebab ambil aliran kejureteraan memang tidak boleh dielakkan.
    akubiomed menulis…Projek restore basikal BMX anakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      26 January 2015 at 6:50 am

      Terpaksa la belajar eh.
      Janji boleh graduate.
      Hihi

      Reply
  4. Jia Rizaira says

    26 January 2015 at 2:50 am

    Yups, saya pelajar matematik mmg smpai kalkulus 3. Kalkulus 1 dgn 3 tak bape nak syok. Kalkulus 2 baru syok…
    Jia Rizaira menulis…Pengakhiran Tahun 2014 dan Permulaan Tahun 2015 Yang BaikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      26 January 2015 at 6:51 am

      Wah yeke Jia Rizaira?
      Tua la rasa calculus 2 mmg syok pun.
      calculus 3 ajar kamir beza juga ke?

      Reply
  5. Kyrul Nizam says

    26 January 2015 at 2:41 pm

    Aku mmg lemah bab Math ni. Tapi terpaksa belajar. 🙂
    Kyrul Nizam menulis…7 Tahun Kau BerkhidmatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:39 am

      Hahaha.
      Semua nya terpaksa kan.

      Reply
  6. Sylarius Yusof says

    26 January 2015 at 3:41 pm

    Pengamiran ni saya faham kegunaan dia untuk calculation electricity je. Lain-lain, saya ingat tak ingat je. Yer la, kalau ada yang kita boleh gunakan hari-hari, sure mudah ingat. Kalau study time dekat-dekat nak exam, alamatnya burn gitu aje la. Dah lupa bila dah lama sangat tinggalkan student life. Hehe
    Sylarius Yusof menulis…Spare the Rotan, Spoil the AnakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:41 am

      Ada juga guna untuk mekanikal sylarius.
      selalu guna dalam fluid mechanic.
      Hehehe.
      Memang la pun kalau last minute study tak ingat selepas tue.

      Reply
  7. suri says

    26 January 2015 at 6:29 pm

    kurang minat ini salah satu subjek tambahan masa lajar kat kolej dulu..masa sekolah menengah mana ada amik matematik tambahan..
    suri menulis…Biar Mereka Cemburu?My Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:42 am

      kira lanjuta daripada add math la suri.
      Tapi lanjutan yang sangat detail.

      Reply
  8. blogger lelaki says

    26 January 2015 at 10:39 pm

    hu3…aku rasa macma tu..banyak2 yang kita belajar dulu berapa peratus je digunakan dialam pekerjaan…kita bekerja banyak guna jalan pintas..tapi kita belajar dulu untuk menimba ilmu
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:43 am

      kita belajar sekadar untuk tahu sahaja.
      Bukan untuk apply pun.
      tak smpai 5% pun apply apa yang kita beljar teori dulu.

      Reply
  9. Dr Fattah says

    26 January 2015 at 11:00 pm

    benci tapi rindu balik nak belajar kalkulus.
    Dr Fattah menulis…Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:43 am

      Ehh betul la.
      Rindu kan.
      Hihihi

      Reply
  10. Hero Borneo says

    26 January 2015 at 11:58 pm

    matematik tak pernah tipu..itu yang bestnya
    Hero Borneo menulis…Perjalanan Untuk Menjadi Seorang PakarMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:44 am

      Tue yang susah nak tiru tue HB.
      Hahaha

      Reply
  11. zik says

    27 January 2015 at 12:44 am

    tak pasti apa function kalkulus nih dalam kehidupan.. keh2..
    zik menulis…Sinopsis penuh drama tabir Zulaika,tv3My Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:45 am

      Sebenarnya ada je dalam life kerja.
      Tapi disebabkan orang-orang terahulu dah mudahkan, so kita ambik shorcut la.
      selalu ambik rules of thumbs la kan.

      Reply
  12. emalinmohd says

    27 January 2015 at 5:31 am

    Sampai matriks je belajar subject ni. Dah degree amik course yang xda math..hihi…
    emalinmohd menulis…10 Akibat Kandungan Gula Tinggi Dalam Salur PencernaanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 January 2015 at 5:46 am

      Langsung takda mah yea emalin?
      Mesti banyak subjek menghafal kan.

      Reply
  13. Lin Chalo says

    28 January 2015 at 10:52 am

    Salute sama orang yang terer kira-kira cacing-cacing semua ni. Sebab bukan semua orang boleh buat. Termasuk akak lettew. Haha
    Lin Chalo menulis…Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan Bisnes Shaklee Walaupun Ianya Bisnes MLM Yang Ramai Orang Tak SukaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 January 2015 at 12:37 pm

      Hehehe.
      Terer tak terer pun sangat akak.
      Tapi malas nak buat latihan kan.

      Reply
  14. Ummi Hanie says

    29 January 2015 at 12:05 am

    heat transfer?

    azeni amik chemical eng. ke?

    dasat2,,,,

    kamiran! sy lupa terusss dah….
    Ummi Hanie menulis…Komisen eQurban dan JobdirumahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      29 January 2015 at 12:09 pm

      Takla Hanie.
      Saya ambik bidang kejuruteraan.
      Memang subjek wajib heat transfer tue.

      Reply
  15. Datin Tyka says

    4 February 2015 at 1:09 am

    subjek kegemaran ni.. suka subjek mengira.. cuba kalau bab teori.. kelautttt
    Datin Tyka menulis…Kejutan Buat Heliza HelmiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 February 2015 at 10:00 am

      Betul tue DT.
      Bab hafal tue kalau tak paham memang cepat lupa pun.

      Reply
  16. multi blog says

    8 February 2015 at 12:35 am

    wah lucu juga ya mba mantap
    multi blog menulis…Cara kerja Google AdsenseMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:06 pm

      Takla mantap.
      Biasa aja.

      Reply
  17. SuperNifz says

    11 February 2015 at 9:04 am

    Taim belajar memang kalu leh kita nak konsentrait kat subjek yang kita sukaa jerk.. tapi bila lamaa dah tinggalkan buku2 blaja nih… terasa rindduuu pulak nak blaja laiee…

    http://supernifzvitamin.com/kenapa-saya-menghidapi-sembelit-selepas-melahirkan-bayi/
    SuperNifz menulis…Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?My Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:07 pm

      Memang la.
      Kalau tengah beljar memang menyampah pun.
      Kalau dah habis belajar ridu pula kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer