• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Alahan Pada Susu Atau Kekurangan Laktosa (Lactose Intolerance atau Lactase Defiency)?

9 October 2014 By Azeni Ahmad 1 Comment

Pernah dengar tak tentang kekurangan laktosa (Lactose Intolerance atau Lactase Defiency)?

Atau

Adakah kaitan yang sama dengan alahan susu?

Alahan terhadap susu atau laktosa

Alahan terhadap susu dan produk tenusu

Sebenarnya adalah tidak sama untuk kedua-dua simptom tersebut.

Lastose intolerance lebih spesifik ke arah sindrom kegagalan untuk menghadamkan gula susu (milk sugar). Manakala alahan pada susu mungkin mampu untuk menghadamkan susu secara normal tetapi sistem imunisasi dalam badan bertindakbalas dengan salah satu ataupun beberapa komponen dalam susu (bukan secara keseluruhan).

Selalu kita dengar sesetengah kanak-kanak ada yang mengalami lastose intolerance terhadap susu malah orang dewasa pun ada jugak. Hingga ada yang sampai muntah-muntah, kembung perut ataupun cirit birit. Itu antara tanda-tandanya selepas di antara 30 minit hingga ke 2jam selepas pengambilan produk tenusu.

Sebelum itu, jom kita ulas dengan lebih terperinci terma-terma yang digunakan.

Apakah itu lactose intolerance?

Apakah itu lactose intolerance?

Intolerance adalah keadaan di mana usus tidak mampu untuk menghadamkan sesetengah makanan yang diambil disebabkan oleh kekurangan enzim.
Lactase  adalah satu enzim yang menukar laktosa kepada glukosa dan galaktosa. Enzim ini sangat penting untuk menghadamkan susu ataupun apa-apa produk tenusu.

Lastose intolerance ini juga salah satu disebabkan masalah saluran penghadaman yang menyebabkan punca kepada masalah gastrointestinal seperti celiac disease, sembelit, enteritis ataupun ulser perut.

Tanda yang terjadi bila tidak sesuai untuk minum susu

Tanda-tanda alahan pada produk tenusu

Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang alaminya ini akan mendapat kesan seperti pertumbuhan badan lambat, berat badan tidak sesuai dengan umur, muntah-muntah dan kekerapan cirit birit menyebabkan bayi mendapat ruam-ruam di sekitar punggung.

Masalah lastose intolerance ini bukanlah masalah yang boleh mengancam kesihatan menyeluruh kita namun ia boleh ditangani dengan mengolah semula corak pemakanan seharian.

Cara untu atasi dan rawat alahan pada susu

Bagaimana untuk rawat alahan susu?

Langkah-langkah Untuk Mengelakkan Lastose intolerance:

1. Yogurt adalah produk tenusu tetapi sangat bagus untuk mereka yang alah dengan laktosa. Tetapi yogurt yang dibuat sendiri lebih baik daripada yang sudah lama dipack kan.

2. Kerapkan mengambilan makanan berasaskan kalsium bagi memenuhi keperluan badan. Boleh ambil bayam, aprikot, salmon, jus orange, dan tauhu.

3. Periksa dengan doktor ataupun ahli farmasi untuk mengambil sebarang pil kesihatan. Kerana sesetengah pil perancang keluarga dan pil untuk masalah perut mengandungi laktosa.

4. Semasa perut tengah memulas atau bertindakbalas, jangan ambil sebarangan makanan berat ataupun solid food.

5. Minum air kosong yang banyak untuk mengantikan mineral yang hilang.

6. Baca produk label jika ingin membeli barang.

7. Elakkan perkataan laktosa (lactose) ataupun susu pejal (Milk solid) pada mana-mana label produk tenusu

8. Kebanyakkan makanan yang diproses yang ditinkan ataupun siap di pack mengandungi laktosa dalam pelbagai bentuk termasuk roti, sup yang diserbukkan atau ditin kan ataupun dalam bijirin sarapan dan sebagainya.

Kena rajin membelek label la yea..

9. Jika anda mengandung dan ada sejarah dalam keluarga alahan susu utamakan penyusuan badan sepenuhnya berbanding mengambil susu formula. Jika terpaksa ambil susu formula dan perlu berbincang dengan pakar pediatrik untuk cadangan susu formula yang sesuai.

Alahan Pada Susu ataupun Kekurangan Laktosa (Lactose Intolerance atau Lactase Defiency)

Nutrient yang dicadangkan bagi mereka yang mengalami lastose intolerance adalah:

i. Tablet arang (charcoal)

Bagi mereka yang teruk alahan boleh ambik 4 tablet setiap sejam hingga tanda-tanda alahan berkurangan. Charcoal ataupun arang bertindak sebagai penyerap toksin dan melegakan cirit birit.

ii. Memerlukan magnesium untuk seimbangkan pH dalam usus kita.

Mereka yang akan susu nie memerlukan sehari sebanyak 1000mg untuk kalsium sekali. Manakala vitamin D diperlukan untuk dalam usus untuk meningkatkan kadar penyerapan kalsium. Vitamin D disarankan 400IU sehari pengambilannya. So Ostematrix mempunyai gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D sekali.

iii. Multivitamin ataupun Vitalea Shaklee diperlukan untuk memberi kesihatan pada badan.

iv. Vitamin E membantu untuk memperkuatkan dinding usus (kolon).

Sesuai diambil dalam bentuk D-alpha-tocopherol. Disarankan pengambilan vitamin E sebanyak 200IU ke 400IU

v. Zink diperlukan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita dan seimbangkan semula kandungan mineral dalam badan.

Disarankan ambil 30mg setiap kali pengambilan untuk 3kali sehari.

So kena rajin untuk mengawal pola pemakanan andai anda mengalami masalah lastose intolerance terutamanya makanan berasaskan keju. Memang sedap dan menyelerakan.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Jom hubungi saya untuk dapatkan supplement untuk membantu masalah anda.

Sumber: Prescription for Nutritional Healing (5th Edition) by Phyllis A. Balch

 

Azeni Ahmad

Call/ SMS/Whatapps : 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee 

Testimonial : Demam Denggi Dan Cara Untuk Menaikkan Bacaan Platelets
Edema Ataupun Water Retention Mampu Dikurangkan Dengan Shaklee

Filed Under: Shaklee Tagged With: apa itu alahan susu, Apa itu lactose intolerance, cara natural untuk rawat susu, cara rawat alahan susu, tanda-tanda alahan susu

Trackbacks

  1. 5 Makanan Yang Menyebabkan Anak Suka Mengamuk | azeniahmad.com says:
    13 December 2015 at 1:59 pm

    […] Boleh baca secara terperinci di Alahan Pada Susu Atau Kekurangan Laktosa (Lactose Intolerance atau Lactase Defiency)? […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network