Demam denggi.
Adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka. Walaupun ia berpunca daripada nyamuk Aedes, tetapi boleh menyerang sesiapa sahaja.
Faktor kebersihan persekitaran memainkan peranan yang sangat penting untuk mengelakkan pembiakan aedes.
Begitu jugak saya dan anak lelaki sulung saya. Terkena demam denggi. Memandangkan saya berada di kawasan hot spot iaitu Kota Damansara, memang tak terlepas terkena denggi.
Untuk pengetahuan semua memang Selangor paling tinggi kes untuk denggi dan Kota Damansara yang mencatatkan kes yang terbanyak sekali! Disebabkan faktor pembinaan yang sangat banyak di kawasan kota Damansara menyebabkan ia penyumbang utama pada peningkatan mendadak kes demam denggi.
Tanda-tanda awal saya disyaki demam denggi apabila demam mengejut dan lenguh urat saraf satu badan.
Kalau nak tau rasanya macamana bentan bila dalam pantang. Lebih kurang macam tue la rasanya. Terus pergi check di hospital dan memang confirm la kena demam denggi. Dan pada masa yang sama anak lelaki saya yang sulung pun terkena juga. Dia asyik tidur dan selera makan terus hilang.
So suami pun busy la belikan ketam untuk buat sup ketam dan beli berkoyan-koyan air 100plus. Pening nak habiskan tau. Bila demam denggi memang selera makan terus takda. Tekak saya kemerahan bengkak. Memang langsung nak jamah makan tak boleh.
Untuk mereka yang kena demam denggi, paling penting adalah bacaan platletnya dan sel darah putih… Kedua-dua bacaan ini yang menentukan samada anda kategori denggi yang teruk ataupun perlu di tahan wad ataupun tidak.
Platelets saya semasa hari ke 2 demam adalah 233 dan masih dalam kategori selamat. Bacaan untuk platlet saya masuk hari ke 4 demam terus jatuh. Bacaan yang normal sepatutnya ada 150-450. Dan darah putih saya terus merudum bacaan. Pada masa yang sama, kepala memang pening rasa berpinar-pinar je.
Selain itu, saya konsisten ambil Shaklee. Setiap hari saya ambik Nutriferon 2 sachet, bancuh Performance Drink dan bancuh pekat-pekat ESP. Memang sangat membantu.
Ini cadangan daripada pakar nutrisi tentang suplemen untuk naikkan platet darah untuk denggi.
Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.
Nutriferon
Membantu untuk lenguh-lenguh urat saraf kita disamping meningkatkan sistem antibodi kita.
Performance Drink
Bantu untuk menormalkan bendalir elektrolit dalam badan. Sebab badan kita akan lesu disebabkan garam dalam badan hilang. Bancuh pekat-pekat. Performance Drink nie lebih baik daripada 100plus. Kalau nak minum kedua-dua pun boleh.
ESP
Untuk memberikan tenaga dalam badan kita. Dan ESP nie sangat bagus untuk menambahkan gula dalam darah kita. Maksudnya untuk glukosa yea.. Sebab kekurangan glukosa tue yang menyebabkan badan kita lemah dan lesu.
Vitamin C
Vitamin C juga penting untuk membantu sel darah putih dalam badan bagi menghalang bakteria ataupun jangkitan-jangkitan kuman. Selain itu, membantu menguatkan sistem imun badan kita.
Selepas hari 7, saya dah semakin ok cuma kepala masih pening dan berpinar-pinar. Lenguh badan semakin berkurangan cuma masih terasa lenguh dan sakit. Masuk hari ke 8, bacaan platletnya saya naik dan melepasi tahap selamat iaitu 179.
Doktor cakap saya dah kembali pada tahap yang normal. Begitu juga dengan anak saya. Selepas hari 6, konsisten minum air kosong, Nutriferon dan 100plus, bacaan platelets terus naik semula.
Alhamduillah.
Sedikit sebanyak Shaklee membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
So bagi anda ataupun ahli keluarga ataupun saudara mara yang terkena denggi, jangan pandang enteng tau. Mungkin boleh bawa bahaya. Pastikan lakukan pemeriksaan dengan doctor bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.
Jika ingin sebarang konsultasi ataupun nak order, boleh hubungi saya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
Shaklee Distributor : 890574
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Menarik entry blog kamu …sangat suka dengan disgn blog…
kalo suda lawat2 blog sy k http://anieadinievitaminstore.blogspot.com/
Hehehe.. tq anie..
Tq sudi berkunjung ke blog saya…
Okay nnt sy blogwalking ke blog kamu… 😉
demam denggi nie sangat bahaya, apalagi jika musim hujan. Mari kita sama-sama menjaga kebersihan lingkungan rumah dan kejiranan agar terhindar dari bertelurnya nyamuk yang membahayakan keselamatan kita semua.
Betul tue nila.. Memang bahaya kalau persekitaran kita tak bersih nak-nak kalau tapak pembinaan banyak naik.. Sebab tapak pembinaan sesetengah menyebabkan pembiakan nyamuk..
Kita kena ambil langkah sentiasa berjaga2..
Ingatkan asal denggi je kena admit wad.. Kalau boleh monitor kat umah ok la rehat dan boleh usaha macam2 kan..
Bergantung pada bacaan platelets hidayah..
Kalau rendah sangat bawah 100 memang kena tahan wad dah..
Macam saya tak teruk sangat so boleh monitor at rumah je…
tapi setiap hari kena ambik darah dan test.. kena pantau bacaan platelet setiap hari..
husband kena gak ari tu..platlet memang rendah tak sampai 200.. tapi sama jugak tak masuk wad sbb wad penuh..nasib baik la kan..kalo x mana nak menjaga dia lagi (org lelaki kalo sakit manjanya masyaallah 😛 ), nak jaga anak2 kat rumah lagi.. tapi memang ulang alik ambik darah la..
yang saya amalkan masa tu vivix, vitamin c, performance drink ngan 100 plus. bebel tak nak dia minum 100 plus tapi nak wat cane kan..biio je la..pastu monitor pengambilan air kosong skali.. 7 hari dok ulang alik ambik darah..platlet naik turun tp mmg x cecah langsung 200. alhamdulillah start hari ke 5 rasanya saya bg dia makan buah kiwi, nampak ok dan platlet naik sket.. lastnya hari ke7 doc kata xyah ambik darah lagi sbb platlet dah tunjukkan graf increasing.. alhamdulillah 🙂
Yup betul tue jazilah.. kalau ada vivix sekali lagi bagus kesannya untuk bantu naikkan platelets sebenarnya.
Yang letihnya nak ulangalik ambil darah la setiap hari smpai berlebam lengan kiri kanan.. hehehe..
Denggi semakin mengganas sekarang. Elok cegah Aedes dan Denggi sebelum kena, kalau dah kena susah.
Memang pun… bahaya betul la.. lebih baik cegah.. nak2 kalau kawasan banyak pembinaan tengah rancak berlaku. High potential untuk aedes membiak….
Skg kakak ipar sy dah kt icu denggi berdarah. Platelate dah 8 bacaannya.
Saya boleh bg dia set shaklee ni..
Tq azeni.. membantu…
Semoga membantu..
ramai yang meninggal sebab denggi, diharapkan ramai berikhtiar dengan shaklee ni
seri nian menulis…Nyamuk Gemari Ibu Hamil & Darah O: Fakta ke Auta! Dapatkan Cara Alami Hindari Gigitannya
Tak boleh nak elak kan.
Di mana-mana ada nyamuk bawa penyakit..
So ikhtiar kita untuk halang lebih teruk kan..
Semoga membantu..
good info
nurul fatin adiana menulis…Kenapa ESP Shaklee Menjadi Pilihan Ramai ? Apakah Kelebihannya?
nice sharing
ira menulis…Syoknya Hamil Project – Membantu Ibu-Ibu Hamil Dengan Ceria