• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Apakah Itu Nutrien, Mikro-Nutrien Dan Makro-Nutrien?

4 December 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Selalu kita dengar kan badan kita memerlukan NUTRIEN yang sepatutnya???

Tetapi apa itu NUTRIEN?

Nutrien (nutrisi) adalah bukan sekadar vitamin sahaja walaupun ramai menganggap kedua-duanya adalah sama. Karbohidrat, protein (iaitu terbina daripada  rantaian amino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRIEN. Nutrien ini dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita.

Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, memastikan organ berfungsi dengan sempurna dan untuk perkembangan sel.

Perbezaan MIKRO-Nutrien dengan MAKRO-Nutrien

MIKRO-Nutrien adalah berbeza daripada MAKRO-Nutrien kerana mereka adalah perlu hanya dalam jumlah yang sangat kecil. Namanya pun dah MIKRO kan. Mikro-nutrien ini tidak boleh membekalkan tenaga dengan sendiri kepada tubuh kita.

Apa itu makronutrient, Apa itu mikronutrient

Apa itu makronutrien dan mikronutrien?

Walau bagaimanapun, mikro-nutrien adalah penting untuk kesihatan yang baik, dan kekurangan mikro-nutrien boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Mikro-nutrien termasuk mineral seperti flouride, selenium, natrium, iodin, tembaga dan zink. Mereka juga termasuk vitamin seperti vitamin C, A, D, E dan K, serta vitamin B-compleks.

Walaupun mereka hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil, namun kekurangannya akan membantutkan sistem badan kita daripada pertumbuhan tulang ke fungsi otak.

MAKRO-Nutrien pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRIEN yang mencukupi.

Apa itu makronutrient, sumber untuk makronutrient

MAKRO-Nutrien adalah nutrien yang menyediakan kalori atautenaga. Nutrien adalah bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan, metabolisme, dan untuk fungsi badan yang lain. Namanya MAKRO bermaksud besar,makro-nutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang besar.

Terdapat tiga makro-nutrien:

  1. Karbohidrat
  2. Protein
  3. Lemak

Walaupun Makro-Nutrien itu adalah penting namun badan kita masih memerlukan sejumlah air yang cukup iaitu 6-8 gelas sehari dan mikro-nutrien.

Ramai yang tidak sedar tentang kepentingan mineral, tanpanya Vitamin tidak boleh berfungsi dan tidak dapat diasimilasikan (ditukar ke bentuk ringkas) untuk diserap kedalam tubuh.

Ya, ada sesetengah vitamin yang boleh disintesis oleh tubuh TETAPI tiada satu mineral pun yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya dari sumber luar!

 

Sumber:
1. Vitamin Bible
2.  http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/micronutrients-what-they-are-and-why-theyre-essential.html

Bahagian Keintiman Wanita Kembali Rapat Selepas Bersalin
Kencing Manis Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: apa itu makro nutrien, apa itu mikro nutrien, Apa itu nutrien, perbezaan mikro dan makro nutrien

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer