B Complex adalah penting dalam membantu untuk mengekalkan kesihatan saraf, kulit, mata, otot yang sihat dalam saluran gastrousus serta memastikan otak berfungsi dengan baik.
B complex bertindak sebagai co-enzim iaitu untuk membantu enzim bertindak balas secara kimia dengan yang lain untuk menghasilkan tenaga dalam badan kita serta bagus untuk mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
B complex adalah vitamin yang larut air. Pengambilan yang berlebihan akan dikumuhkan dan dibuang. Sebab itu vitamin B perlu diambil setiap hari.
B complex yang bagus haruslah mengandungi 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin seperti yang dicadangkan RDI (Reference Daily Intake). B complex bekerja di dalam satu kumpulan dan kekurangan 1 vitamin akan mempengaruhi keberkesanan b complex itu sendiri.
Mari kita lihat apakah 8 vitamin yang penting dalam b complex:-
Vitamin B1 (Thiamine)
Berfungsi untuk membantu penghadaman terutamanya untuk karbohidrat dan memastikan system saraf, otot dan hati berfungsi dengan baik. B1 mudah musnah apabila dikenakan pemanasan.
Kekurangan Thiamine akan menyebabkan terjadinya Beriberi iaitu sistem saraf, sembelit, keletihan, menjadi pelupa dan sebagainya.
Sumber makanan yang mengandungi B1 adalah beras perang, kuning telur, hati, brokoli, ikan, ayam dan kekacang.
Vitamin B2 (Riboflavin)
Riboflavin penting dalam pembentukan sel darah merah, pengeluaran antibodi dan sel penafasan. Juga dikenali vitamin G. B2 menggalakkan kesihatan kulit, kuku dam rambut. B2 juga bagus untuk penglihatan iaitu mengurangkan keletihan mata dan juga katarak mata.
Kekurangan B2 menyebabkan ariboflavinosis iaitu simptom terjadi nya kudis di dalam mulut, gangguan pada mata dan keradangan pada mulut dan lidah.
B2 terkandung dalam keju, kuning telur, sayuran berdaun hijau, yogurt dan kekacang.
Vitamin B3 (Niacin)
Niacin penting untuk membantu sistem saraf berfungsi dengan baik iaitu menghasilkan asid hidroklorik untuk proses penghadaman. Ini melibatkan rembesan cecair hempedu dan perut dan menghasilkan hormon seks (estrogen, progesterone, testosterone).
Kekurangan B3 menyebabkan kemurungan, keletihan, senak perut, hilang selera makan dan keradangan.
Hati lembu, karot, brokoli, tepung jagung, tomato dan kentang antara sumber yang mengandungi B3.
Vitamin B5 (Asid Pantothenic)
B5 membantu pemulihan luka, melawan jangkitan antibodi dan mengelakkan keletihan. Asid Pantothenic juga sebagai penguat stamina dan mencegah daripada terjadi anemia.
Kekurangan B5 menyebabkan keletihan, sakit kepala, loya dan terjadi kesemutan di tangan.
Sumber makanan yang mengandungi B5 adalah avocado, udang, telur dan sayur.
Vitamin B6 (Pyridoxine)
Dikumuhkan dalam masa 4 jam selepas pengambilannya. Pyridoxine diperlukan dalam kefungsian otak dan sintesis untuk asid nukleik bagi RNA dan DNA.
Kekurangan B6 menyebabkan loya, anemia, sakit kepala dan muntah. Sumber vitamin B6 adalah biji bunga matahari, brokoli, telur, ayam dan bayam.
Vitamin B12 (Methylcobalamin)
Membentuk dan menjana semula sel darah merah sekaligus menghalang anemia, membantu memecahkan kepada bahagian yang kecil bagi homosintesis asid amino yang mana mengurangkan risiko sakit jantung. Selain itu, menggalakkan pembesaran dan meningkatkan selera kanak-kanak.
Kekurangan B12 menyebabkan sembelit, keletihan yang kronik, masalah penghadaman dan halusinasi. Sumber makanan B12 adalah telur, daging lembu, keju dan ikan. Sayuran tidak mengandungi B12 tetapi sayuran laut seperti rumpai laut.
Asid Folik (Folate)
Dikenali sebagai vitamin M. Asid folik dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu mengurangkan kecacatan semasa kelahiran. Juga meningkatkan laktasi dan membantu pembentukan sel darah merah.
Kekurangan asid folik pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan spina bifina pada bati. Sumber folate adalah asparagus, daging lembu, daging kambing, salmon, tuna dan sebagainya.
Biotin
Biotin membantu untuk kesihatan tulang sumsum, kalenjar peluh dan tisu saraf juda melegakan sakit otot.
Kekurangan biotin menyebabkan keradangan, kandungan gula darah tinggi, kemurungan dan loya.
B complex yang bagus perlu mengandungi 8 vitamin yang disebutkan di atas iaitu kesemuanya perlu diambil pada masa yang masa sama.
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Leave a Reply