• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bagaimana Stevia Kuruskan Badan?

3 July 2015 By azeni Leave a Comment

Mungkin ramai sudah mengetahui kebaikan dan khasiat daripada stevia. Mungkin juga ramai yang tidak mengetahui apa itu stevia?

Stevia adalah pemanis yang berasal daripada tumbuhan.
Stevia tidak mengandungi kalori dan mempunyai 200 kali ganda lebih manis daripada gula.

Kalau dilihat kesihatan rakyat Malaysia, memang paling tertinggi kes kesihatan adalah obesiti iaitu kegemukan.

Sudahnya cara kerja yang mengadap komputer sahaja ataupun kerja yang tidak mengeluarkan peluh, memang penyumbang utama kegemukan.

Bayangkan yang masuk dalam perut kita, tidak sama dengan yang keluar. Malah ada yang tak keluar-keluar. Hahaha.

Atas inisiatif itulah, kami sekeluarga cuba menjadikan stevia sebagai amalan dalam pemakanan seharian.

Asalnya, percubaan daripada suami yang ambil sebotol dulu. Memandangkan ia dalam bentuk botol kecil, memudahkan untuk diletakkan dalam handbag ataupun porch bag lelaki kan.

Mudah untuk diusung ke sana sini.

Stevia kempiskan perut dan kurus bada

Tidak la kempis sampai begini kan!

Stevia Boleh Kempiskan Perut?

Dalam percubaan botol yang pertama selama 2 minggu, memang ketara sangat penurunan berat badan. Cara pemakanan seperti biasa tiada yang kurang ataupun skip.

Tapi seperti biasa la, makan mengikut kadar yang sesuai dan sihat untuk badan kita. Perbanyakkan air suam kosong untuk elak badan terhidrasi.

Paling best dan ketara, perubahan pada perut. Biasanya wanita selepas beranak pinak perut antara paling susah untuk dikembalikan seperti asal.

Tetapi dengan stevia, semua itu terjadi.

Wahh gitu kan. Hehehe.

Bila perut kembali kepada asal, pastinya bahagian badan yang lain juga susut kan. Di bahagian lengan dan juga paha.

Untuk wanita, itu memang berita yang sangat mengujakan.

Kurus tanpa dipinta kan. Hehehe.

Selain itu, boleh cuba cara senaman untuk kuruskan perut terutamanya untuk wanita yang baru lepas bersalin. Boleh lihat secara terperinci Senaman Untuk Kempiskan Perut Lepas Bersalin.

Dengan sifatnya yang sifar kalori, stevia memang sangat-sangat membantu untuk kuruskan badan dan kempiskan perut.

Kurus secara sihat dalaman dan luaran.

Stevia pemanis bantu kuruskan badan

Stevia berasal daripada tumbuhan (sumber)

Dengan stevia sebenarnya bukan ubat samada untuk kurus ataupun ubat untuk penyakit-penyakit yang kronik yang lain.

Tetapi ia membantu amalan pemakanan kita menjadi lebih sihat kan. Menjadikan menu makanan kita kurang dengan kalori kan.

Selepas jadikan stevia rutin harian, secara automatik tekak dan selera kita akan kurang menerima pemanis gula yang lain.

Terutamanya gula pasir yang wajib ada di rumah kan.

Anda boleh cuba alternatif solusi yang lain untuk cara kempiskan perut.

Walaupun harga memang lebih mahal berganda daripada gula pasir, tetapi dengan kesan yang kita dapat ianya sangat-sangat berbaloi.

Jangan anda ragu untuk mencubanya.

Stevia kuruskan badan dan kempiskan perut

Stevia Boleh Kuruskan Badan Secara Natural

Ketahui bahawa kesihatan badan kita tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Apabila sakit, semua wang ringgit menjadi tidak berharga kan.

Stevia boleh menjadi salah satu solusi dalam hidup anda untuk hidup lebih sihat.

Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.

Mencari Hadiah Bunga Untuk Yang Tersayang?
Seminar Parenting 212 Tentang Homeschooling

Related

Filed Under: personal Tagged With: cara kempiskan perut secara natural, kelebihan stevia, stevia kempiskan perut, Stevia kuruskan obadan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer