• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Seminar Parenting 212 Tentang Homeschooling

26 May 2015 By azeni 10 Comments

Baru-baru ini, kami berkesempatan menghadiri Seminar Parenting 212 yang diadakan di Perkarangan Karangkraf di Shah Alam iaitu anjuran daripada group khas iaitu Parenting 212.

Kami itu dimaksudkan dengan aku, suami dan anak-anak. Perkara yang membuatkan kami berminat sangat untuk hadiri seminar ini adalah salah satu tentatifnya adalah berkenaan Homeschooling.

Apa itu homeschooling

Apa itu Homeschooling?

Selain itu, ada juga tentang psikologi anak-anak dan juga tentang bisnes online.

Speaker untuk Homeschooling adalah Puan Siti Suraya Ali yang kami kenal agak lama. Manakala speaker untuk psikologi anak-anak iaitu Puan Saleha Idris dan Puan Roslinawati Misdi.

Seminar Parenting

Seminar Parenting 212

Walaupun niat utama kami adalah untuk mendengar tentang homeschooling, tetapi banyak dapat pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak. Cara untuk melihat kecenderungan dan sikap anak-anak kita bagaimana.

Cara untuk anak-anak mendengar cakap

Alternatif cara untuk anak-anak mendengar cakap

Pembelajaran kanak-kanak

Pembelanjaran untuk Kanak-kanak

Tentang Puan Suraya Ali, kami mengenali sejak mengandungkan anak pertama (Thaqif) 5 tahun lepas. Semasa mencari alternatif tentang penggunaan lampin.

Kami sentiasa mengikuti perkembangan Puan Suraya ataupun senang disapa dengan panggilan Kak Sue samada di media social ataupun melalui majalah-majalah kewanitaan ataupun Pa&Ma.

Daripada penyusuan badan secara ekslusif dan penggunaan lampin pakai buang (cloth diaper), semua info banyak dapat melalui Puan Suraya. Beliau antara perintis untuk lampin pakai buang dan juga merupakan pakar laktasi yang bertauliah.

Boleh lihat artikel tentang Penggunaan Cloth Diaper Lebih Jimat Sempena GST.

Dan kami agak teruja dengan cara homeschooling yang di terapkan pada anak-anak beliau.

Apa itu homeschooling

Perkongsian tentang Homeschooling

Bukan nak ikut sebiji sebiji kan tetapi hanya sebagai panduan dan juga guideline untuk melakuka homeschooling.

Sebelum ini banyak juga perkara-perkara yang berlegar di fikiran tentang anak yang homeschooling.

Antaranya adalah:

1. Gunakan silibus yang sama dengan sekolah ke?

2. Bagaiamana anak-anak nak bersosial?

3. Macamana anak-anak nak ambil peperiksaan kalau tak pergi ke sekolah?

4. Ada ke universiti yang boleh masuk?

Pasti perkara-perkara di atas akan bermain di benak kita sebagai ibu bapa kan.

Untuk menjawab semua soalan di atas, akan diterangkan secara terperinci di lain artikel ya.

Idea Homeschooling

Puan Suraya Ali dan Idea Homeschooling

Sebenarnya banyak membuka mata sebenarnya homeschooling sangat bagus dan ia boleh dilakukan secara santai ataupun secara formal. Dan sebenarnya semua boleh belajar bermula dari rumah.

Di Malaysia sebenarnya dah ramai yang mengamalkan konsep homeschooling cuma tidak diwar-warkan kepada umum. Sebab di Malaysia memang terikat dengan akta pendidikan bahawa kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga 17 tahun wajib mendapat pendidikan di sekolah.

Kalau tidak diberi pendidikan, ia menjadi satu kesalahan.

Boleh rujuk di laman rasmi Kementrian Pendidikan Malaysia.

Dan hasil daripada seminar ini, kami suami isteri sudah nampak apa yang perlu dilakukan dan cara untuk aplikasikan homeschooling.

Tapi yang penting kena tengok kecenderungan anak-anak la. Kalau mak ayah memang engineering, agak-agak anak pun wajib ke engineering ke?

Tepuk dada tanya la pasangan masing-masing.

Jumpa di artikel seterusnya tentang homeschooling.

Bagaimana Stevia Kuruskan Badan?
Review: Serum CoolHijab

Filed Under: personal Tagged With: Apa itu homeschooling, idea homeschooling, Parenting 212, psikologi kanak-kanak, Seminar Parenting

Comments

  1. akubiomed says

    27 May 2015 at 9:15 pm

    Mungkin di Malaysia ia bukan sesuatu yang normal Home Schooling berbanding di luar negara. Contoh Australia dimana ibubapa akan menjadi guru kepada anak kerana duduk jauh di pendalaman.
    akubiomed menulis…Bersantai bersama famili di empangan air sungai SelangorMy Profile

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:10 pm

      Pendedahan sangat kurang di Malaysia.
      Sebab definasi berjaya kena pandai dalam pendidikan.
      Padahal yang berjaya sekarang pun bukannya belajar tinggi sangat kan..

      Reply
  2. Ikhwan Fahmi says

    1 June 2015 at 9:47 pm

    perlu ada pendekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, sebab banyak sangat peraturan yang jadi larangan di malaysia.
    Ikhwan Fahmi menulis…Emel Susulan Untuk Bisnes SimkadMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 June 2015 at 11:08 pm

      Rasa banyak pantang larang dan mitos-mitos yang perlu kita ikut.
      Tapi tak salah kalau kita buat acuan sendiri kan anak-anak kita.

      Reply
  3. titan says

    3 June 2015 at 12:25 pm

    bini aku tak larat. jadi, tak leh bawa dia gi seminar mana-mana sekarang..
    titan menulis…Nak income BESAR, modal kena besar.My Profile

    Reply
    • azeni says

      3 June 2015 at 11:10 pm

      Hehehe..
      Takpe boleh baca secara online je..
      Banyak je sumbernya.

      Reply
  4. Dr Fattah says

    7 June 2015 at 9:40 pm

    ibu bapa perlu ada strategi mendidik anak anak, jadi memang wajar hadir seminar ni.
    Dr Fattah menulis…Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes AndaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:11 pm

      Kita sebagai ibubapa tahu apa yang anak-anak kita mahukan.
      So kita sebagai pendorong untuk mereka kan.

      Reply
  5. farisya says

    12 June 2015 at 1:20 pm

    teringin nak pergi kelas2 parenting macam ni…menarik!
    farisya menulis…#26: Cerita Post-NC ShakleeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:11 pm

      Best sangat kalau dengar sharing-sharing macam nie kan.
      Sedikit banyak membantu kita untukmengajar anak kita kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital