• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Bahaya ke Bila Wanita Tiada “Waktu Subur”?

31 March 2015 By azeni 25 Comments

Agak-agak suami pandai kira tak waktu subur isteri?

Ataupun isteri TIADA “waktu subur”??!!

Macamana pula tiada “waktu subur” nie kan?

Sama la dengan wanita dalam video ini.

Wanita tiada waktu subur memang akan merunsingkan terutamanya untuk suami kan.

Sebab apa merunsingkan?

So kena tengok la video ini.

Bagi wanita, “waktu subur ” perlu diketahui memandangkan ia penting untuk perancangan keluarga dan juga kesihatan wanita itu sendiri.  Ia akan mudah dikira kalau wanita itu mempunyai kitaran haid yang betul.

Bagaimana untuk mengira waktu subur? Boleh baca secara terperinci di artikel Pengiraan Waktu Subur.

Untuk keadaan normal, wanita dalam masa sebulan mesti ada tempoh sekurang-kurangnya seminggu untuk haid ataupun darah kotor keluar.

Untuk isteri, ia adalah tempoh untuk ‘berehat’. Pendek kata bendera merah dikibarkan la waktu itu. Itu menandakan “NO ENTRY’ bagi suami. Hahaha.

Suami tidak boleh masuk bila isteri dalam keadaan haid

Ada juga situasi yang tidak normal terjadi seperti:

Situasi 1: Bendera merah sentiasa dikibarkan! Kira darah haid datang tanpa henti.
Situasi 2:Darah haid tidak datang langsung. Ada juga yang suami pun suka nie. Hehe

Bahaya tue sebenarnya untuk kedua-dua situasi di atas. Bahaya bukan sahaja untuk suami dan kebahagian rumah tangga tetapi paling teruk kesihatan wanita itu sendiri.

Situasi 1

Sangat berbahaya untuk kesihatan isteri. Sebab ia dikhuatiri ada pendarahan dalaman pada wanita tersebut.

Secara luarannya, wanita akan mudah pening dan pengsan disebabkan anemia iaitu darah merah yang terlalu banyak keluar menyebabkan kekurangan zat besi.

Wanita juga akan kelihatan letih dan lesu disebabkan banyak nutrient hilang bersama-sama darah yang keluar terutamanya kalsium.

Secara dalamannya, mungkin ada penyakit yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Jika aliran darah yang keluar terlalu banyak dalam masa lebih daripada seminggu, itu memang berbahaya. Lebih baik rujuk kepada pakar ataupun hospital yang berhampiran.

Mungkin ia adalah petanda awal kepada penyakit-penyakit yang lain.

Situasi 2

Boleh memberikan beberapa petanda. Mungkin boleh jadi:

1. Petanda yang gembira iaitu mengandung. Ini keadaan di mana ibu yang selepas bersalin dan tidak didatangi haid kerana menyusukan bayi.

Boleh membawa hingga ke setahun lamanya bergantung kepada hormon wanita itu sendiri.

Dan kalau tiada sebarang langkah berjaga-jaga berkemungkinan juga mengandung. Tetapi kalau tidak mengandung pun tiada masalah juga.

2. Petanda kepada penyakit wanita yang kritikal seperti endometriosis, cyst ataupun lebih teruk iaitu kanser.

Semua penyakit yang disebutkan di atas adalah penyakit yang merebak secara diam-diam. Peringkat awal memang tidak nampak tanda yang ketara tetapi boleh dikesan melalui darah haid yang tidak teratur. Kemudian ia akan dapat dikesan apabila menjadi lebih parah ataupun telah mencapai tahap yang kritikal.

Paling ketara wanita bila dalam keadaan haid tidak normal akan menyebabkan emosi tidak stabil. Wanita wanita akan selalu dalam keadaan:

i. Selalu marah-marah tidak tentu pasal. Bahaya kalau ada anak-anak kan, Takut jadi mangsa kena marah.

ii. Tiba-tiba muka penuh naik jerawat. Sebab hormon tidak seimbang dan ia boleh memberi kesan kepada kulit wanita

iii. Makan terlalu banyak lebih daripada biasa. Boleh menyumbang kepada kegemukan.

iv. Hubungan intim suami isteri akan terganggu.

 

Semua keadaan di atas boleh dielakkan dengan supplement ataupun makanan tambahan. Walaupun ia sekadar tambahan tetapi ia memainkan peranan penting dalam memastikan badan berfungsi dengan baik terutamanya untuk kitaran haid.

Suplemen untuk bantu kitaran haid tidak teratur

Vitamin untuk bantu haid tidak teratur

Untuk memastikan kitaran haid dalam keadaan normal, anda boleh ambil set asas vitamin untuk keperluan badan iaitu:

GLA

Mengandungi minyak bunga matahari yang berfungsi untuk menstabilkan hormone wanita. Selain itu, mengandungi asid lemak bagi mengelakkan pembentukkan lemak yang menyumbang kepada pertambahan lemak.

Vitalea

Iaitu multivitamin iaitu mengandungi zat besi yang mengelakkan anemia dan membantu untuk menambahkan darah merah kita. Vitalea membantu untuk lebih bertenaga sepanjang hari.

Bcompleks

Vitamin asas untuk membantu penghasilkan hormon-hormon dalam badan. Selain itu, ia bertindak untuk memastikan peredaran darah ke seluruh badan kita dan otak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Vitamin C

Perlu diambil bersama-sama dengan Vitalea. Iaitu diambil bersama dengan zat besi untuk membantu penyerapan ke dalam darah. Vitamin C juga untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita.

Kitaran haid yang normal sangat penting kepada wanita tidak kira samada belum ataupun sudah berkahwin. Ia adalah penanda aras untuk kita tahu tahap kesihatan badan kita.

Jangan ambil enteng ataupun pandang mudah perkara ini. Sebab jika ia tidak normal, berkemungkinan besar badan kita mempunyai penyakit. Umpama duri dalam daging kiranya.

Jangan sampai ia sudah merebak ke tahap yang serius di atas kelalaian kita yang tidak ambil serius.

Mencegah lebih baik daripada berubat.

Macamna nak mencegah, boleh hubungi saya dulu untuk sebarang pertanyaan terperinci.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Cara Mencegah Hepatitis Supaya Tidak Berjangkit
Keluhan Wanita Tentang Sakit Belakang dan Lenguh Badan? Mengada atau Sebaliknya?

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara atasi haid tidak teratur, cara kira waktu subur, cara rawat endometriosis, endometriosis, Haid tidak teratur, menhapa haid tidak teratur, vitamin untuk haid tidak subur

Comments

  1. Mak Jemah Jual Vitamin says

    1 April 2015 at 11:23 pm

    tiada waktu subur masalah juga ye dalam nak merancang kehamilan..
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Tips Atasi Morning Sickness! Jangan Menangis Wahai IbuMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:25 am

      Susah nak nak buat pengiraan..
      Bahaya tue kalau lama-lama dibiarkan.

      Reply
  2. titan says

    1 April 2015 at 11:50 pm

    memang tahu kira.

    dan tahu waktu bila patut serang.

    haha..
    titan menulis…Komisen ke 43-46 dari KlikjerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:26 am

      Hahaha.

      Reply
  3. suri says

    2 April 2015 at 2:38 pm

    kalau tak tahu susah nak tahu waktunya subur..alahai..para suami isteri alaert benda penting ini kalau nak ada anak heee..
    suri menulis…Trick Mudahnya Bawa Anak Balik Rumah Opah Naik Bas HentiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:27 am

      Penting sangat.
      Kira macam tanda aras utk suami isteri la..
      Untuk tahap kesihatan isteri.

      Reply
  4. suri says

    2 April 2015 at 2:41 pm

    kalau tak datang haid kita rezekilah ya ahai… 😉
    suri menulis…Mudah Jahit Sarung Bantal Dewasa, Bayi Dan Kanak-KanakMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:29 am

      Kalau yang memang mengharap, itu adalah berita gembira..

      Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:29 am

      Kalau yang memang mengharap, itu adalah berita gembira

      Reply
  5. mrhanafi BEST says

    3 April 2015 at 6:47 pm

    suatu yang kurang normal memang berbahaya..
    mrhanafi BEST menulis…Taklimat Percuma BestMobile Bersama BloggerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 12:29 am

      Kena selalu alert terhadap perubahan isteri.

      Reply
      • Hero Borneo says

        4 April 2015 at 2:40 am

        yalah kan..perlu alert tentang kesihatan isteri.
        Hero Borneo menulis…3 Panduan Merangsang Pemikiran PositifMy Profile

        Reply
        • azeni says

          4 April 2015 at 10:11 pm

          Moga leh tambah pengetahuan HB dan bermanfaat bersama.

          Reply
  6. Ikhwan Fahmi says

    4 April 2015 at 4:00 am

    kasihan wanita, selalu jadi mangsa hehehe
    Ikhwan Fahmi menulis…7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 10:10 pm

      Badan wanita nie sensitif.
      Kena jaga betul-betul..
      Kalau tak penyakit mudah datang nak-nak kalau beranak pinak.

      Reply
  7. emalinmohd says

    4 April 2015 at 8:41 pm

    Kalau lain je memang patut check doktor.
    Mencegah lebih baik dari merawat
    emalinmohd menulis…Ubat Hati: DTX ComplexMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 April 2015 at 10:12 pm

      Betul tue emalin.
      Nampak lain je terus kena check.

      Reply
  8. diana says

    4 April 2015 at 11:57 pm

    Saya guna apps Period Tracker. Bukan apa, senang nak trace bila nak period. Kalau hangen semacam je, check, ooh nak period patutlah PMS haha
    diana menulis…Tip shopping barang deko di KaisonMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 April 2015 at 9:48 am

      Aik yeke diana.
      Macamna rupa period tracker tue?
      Senang jugak macam tue kan.

      Reply
  9. suri says

    6 April 2015 at 1:00 pm

    bahaya sebab darah tak keluar dari badankan hu..
    suri menulis…Multivitamin Dan Vitamin C Champs vs Panduan Beri Anak Makan MudahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 April 2015 at 9:48 am

      Memang bahaya pun.
      Darah kotor ada dalam badan kan.
      Macam2 penyakit boleh datang

      Reply
  10. islam di dadaku says

    7 April 2015 at 8:54 pm

    ramai keluarga ssya ada masalah dengan siklus haidnya
    islam di dadaku menulis…Tips Melatih Anak Agar Rajin ShalatMy Profile

    Reply
  11. azeni says

    9 April 2015 at 9:49 am

    Owhh yeke.
    Bahaya tue tuan.
    Kalau berpanjangan kena cepat check dengan doktor.

    Reply
  12. ohcikgu says

    19 April 2015 at 7:09 am

    parah la kalau tak reti nak kira waktu subur.
    ohcikgu menulis…Cikgu masih buat duit dengan Program Jobdirumah itu lagi?My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 April 2015 at 4:37 pm

      Kena ambil tahu la suami isteri kan.
      Perkara wajib tahu nie.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital