Agak-agak suami pandai kira tak waktu subur isteri?
Ataupun isteri TIADA “waktu subur”??!!
Macamana pula tiada “waktu subur” nie kan?
Sama la dengan wanita dalam video ini.
Wanita tiada waktu subur memang akan merunsingkan terutamanya untuk suami kan.
Sebab apa merunsingkan?
So kena tengok la video ini.
Bagi wanita, “waktu subur ” perlu diketahui memandangkan ia penting untuk perancangan keluarga dan juga kesihatan wanita itu sendiri. Ia akan mudah dikira kalau wanita itu mempunyai kitaran haid yang betul.
Bagaimana untuk mengira waktu subur? Boleh baca secara terperinci di artikel Pengiraan Waktu Subur.
Untuk keadaan normal, wanita dalam masa sebulan mesti ada tempoh sekurang-kurangnya seminggu untuk haid ataupun darah kotor keluar.
Untuk isteri, ia adalah tempoh untuk ‘berehat’. Pendek kata bendera merah dikibarkan la waktu itu. Itu menandakan “NO ENTRY’ bagi suami. Hahaha.
Ada juga situasi yang tidak normal terjadi seperti:
Situasi 1: Bendera merah sentiasa dikibarkan! Kira darah haid datang tanpa henti.
Situasi 2:Darah haid tidak datang langsung. Ada juga yang suami pun suka nie. Hehe
Bahaya tue sebenarnya untuk kedua-dua situasi di atas. Bahaya bukan sahaja untuk suami dan kebahagian rumah tangga tetapi paling teruk kesihatan wanita itu sendiri.
Situasi 1
Sangat berbahaya untuk kesihatan isteri. Sebab ia dikhuatiri ada pendarahan dalaman pada wanita tersebut.
Secara luarannya, wanita akan mudah pening dan pengsan disebabkan anemia iaitu darah merah yang terlalu banyak keluar menyebabkan kekurangan zat besi.
Wanita juga akan kelihatan letih dan lesu disebabkan banyak nutrient hilang bersama-sama darah yang keluar terutamanya kalsium.
Secara dalamannya, mungkin ada penyakit yang tersembunyi yang kita tidak ketahui. Jika aliran darah yang keluar terlalu banyak dalam masa lebih daripada seminggu, itu memang berbahaya. Lebih baik rujuk kepada pakar ataupun hospital yang berhampiran.
Mungkin ia adalah petanda awal kepada penyakit-penyakit yang lain.
Situasi 2
Boleh memberikan beberapa petanda. Mungkin boleh jadi:
1. Petanda yang gembira iaitu mengandung. Ini keadaan di mana ibu yang selepas bersalin dan tidak didatangi haid kerana menyusukan bayi.
Boleh membawa hingga ke setahun lamanya bergantung kepada hormon wanita itu sendiri.
Dan kalau tiada sebarang langkah berjaga-jaga berkemungkinan juga mengandung. Tetapi kalau tidak mengandung pun tiada masalah juga.
2. Petanda kepada penyakit wanita yang kritikal seperti endometriosis, cyst ataupun lebih teruk iaitu kanser.
Semua penyakit yang disebutkan di atas adalah penyakit yang merebak secara diam-diam. Peringkat awal memang tidak nampak tanda yang ketara tetapi boleh dikesan melalui darah haid yang tidak teratur. Kemudian ia akan dapat dikesan apabila menjadi lebih parah ataupun telah mencapai tahap yang kritikal.
Paling ketara wanita bila dalam keadaan haid tidak normal akan menyebabkan emosi tidak stabil. Wanita wanita akan selalu dalam keadaan:
i. Selalu marah-marah tidak tentu pasal. Bahaya kalau ada anak-anak kan, Takut jadi mangsa kena marah.
ii. Tiba-tiba muka penuh naik jerawat. Sebab hormon tidak seimbang dan ia boleh memberi kesan kepada kulit wanita
iii. Makan terlalu banyak lebih daripada biasa. Boleh menyumbang kepada kegemukan.
iv. Hubungan intim suami isteri akan terganggu.
Semua keadaan di atas boleh dielakkan dengan supplement ataupun makanan tambahan. Walaupun ia sekadar tambahan tetapi ia memainkan peranan penting dalam memastikan badan berfungsi dengan baik terutamanya untuk kitaran haid.
Untuk memastikan kitaran haid dalam keadaan normal, anda boleh ambil set asas vitamin untuk keperluan badan iaitu:
GLA
Mengandungi minyak bunga matahari yang berfungsi untuk menstabilkan hormone wanita. Selain itu, mengandungi asid lemak bagi mengelakkan pembentukkan lemak yang menyumbang kepada pertambahan lemak.
Vitalea
Iaitu multivitamin iaitu mengandungi zat besi yang mengelakkan anemia dan membantu untuk menambahkan darah merah kita. Vitalea membantu untuk lebih bertenaga sepanjang hari.
Bcompleks
Vitamin asas untuk membantu penghasilkan hormon-hormon dalam badan. Selain itu, ia bertindak untuk memastikan peredaran darah ke seluruh badan kita dan otak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
Vitamin C
Perlu diambil bersama-sama dengan Vitalea. Iaitu diambil bersama dengan zat besi untuk membantu penyerapan ke dalam darah. Vitamin C juga untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita.
Kitaran haid yang normal sangat penting kepada wanita tidak kira samada belum ataupun sudah berkahwin. Ia adalah penanda aras untuk kita tahu tahap kesihatan badan kita.
Jangan ambil enteng ataupun pandang mudah perkara ini. Sebab jika ia tidak normal, berkemungkinan besar badan kita mempunyai penyakit. Umpama duri dalam daging kiranya.
Jangan sampai ia sudah merebak ke tahap yang serius di atas kelalaian kita yang tidak ambil serius.
Mencegah lebih baik daripada berubat.
Macamna nak mencegah, boleh hubungi saya dulu untuk sebarang pertanyaan terperinci.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
Shaklee Distributor : 890574
COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Mak Jemah Jual Vitamin says
tiada waktu subur masalah juga ye dalam nak merancang kehamilan..
Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Tips Atasi Morning Sickness! Jangan Menangis Wahai Ibu
azeni says
Susah nak nak buat pengiraan..
Bahaya tue kalau lama-lama dibiarkan.
titan says
memang tahu kira.
dan tahu waktu bila patut serang.
haha..
titan menulis…Komisen ke 43-46 dari Klikjer
azeni says
Hahaha.
suri says
kalau tak tahu susah nak tahu waktunya subur..alahai..para suami isteri alaert benda penting ini kalau nak ada anak heee..
suri menulis…Trick Mudahnya Bawa Anak Balik Rumah Opah Naik Bas Henti
azeni says
Penting sangat.
Kira macam tanda aras utk suami isteri la..
Untuk tahap kesihatan isteri.
suri says
kalau tak datang haid kita rezekilah ya ahai… 😉
suri menulis…Mudah Jahit Sarung Bantal Dewasa, Bayi Dan Kanak-Kanak
azeni says
Kalau yang memang mengharap, itu adalah berita gembira..
azeni says
Kalau yang memang mengharap, itu adalah berita gembira
mrhanafi BEST says
suatu yang kurang normal memang berbahaya..
mrhanafi BEST menulis…Taklimat Percuma BestMobile Bersama Blogger
azeni says
Kena selalu alert terhadap perubahan isteri.
Hero Borneo says
yalah kan..perlu alert tentang kesihatan isteri.
Hero Borneo menulis…3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif
azeni says
Moga leh tambah pengetahuan HB dan bermanfaat bersama.
Ikhwan Fahmi says
kasihan wanita, selalu jadi mangsa hehehe
Ikhwan Fahmi menulis…7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa Perubatan
azeni says
Badan wanita nie sensitif.
Kena jaga betul-betul..
Kalau tak penyakit mudah datang nak-nak kalau beranak pinak.
emalinmohd says
Kalau lain je memang patut check doktor.
Mencegah lebih baik dari merawat
emalinmohd menulis…Ubat Hati: DTX Complex
azeni says
Betul tue emalin.
Nampak lain je terus kena check.
diana says
Saya guna apps Period Tracker. Bukan apa, senang nak trace bila nak period. Kalau hangen semacam je, check, ooh nak period patutlah PMS haha
diana menulis…Tip shopping barang deko di Kaison
azeni says
Aik yeke diana.
Macamna rupa period tracker tue?
Senang jugak macam tue kan.
suri says
bahaya sebab darah tak keluar dari badankan hu..
suri menulis…Multivitamin Dan Vitamin C Champs vs Panduan Beri Anak Makan Mudah
azeni says
Memang bahaya pun.
Darah kotor ada dalam badan kan.
Macam2 penyakit boleh datang
islam di dadaku says
ramai keluarga ssya ada masalah dengan siklus haidnya
islam di dadaku menulis…Tips Melatih Anak Agar Rajin Shalat
azeni says
Owhh yeke.
Bahaya tue tuan.
Kalau berpanjangan kena cepat check dengan doktor.
ohcikgu says
parah la kalau tak reti nak kira waktu subur.
ohcikgu menulis…Cikgu masih buat duit dengan Program Jobdirumah itu lagi?
azeni says
Kena ambil tahu la suami isteri kan.
Perkara wajib tahu nie.